📚 Perbezaan Ajar English Guna Hafalan vs Fonik – Mana Satu Lebih Berkesan?
Bayangkan anak melihat perkataan CAT.
Kalau diajar guna hafalan, mungkin dia sebut:
“Si – Ei – Ti…”
Dan akhirnya… “Cikgu, ni baca apa ya?”
Tapi kalau diajar guna fonik, anak akan sebut:
“/k/… /a/… /t/ → CAT!”
Dan dia tahu maksudnya – kucing! 🐱
Perbezaan ini nampak kecil, tapi impaknya sangat BESAR dalam proses anak belajar membaca English (dan juga Bahasa Melayu). Jom kita lihat lebih jelas perbezaan dua pendekatan ini.
❌ Hafalan: Tahu Nama Huruf, Tapi Tak Faham Bunyi
Ramai antara kita diajar membaca dulu dengan cara menghafal A-B-C.
Ya, anak tahu A itu “ei”, B itu “bi”, C itu “si”…
Tapi bila jumpa perkataan, mereka perlu teka atau hafal setiap perkataan satu per satu.
Akhirnya, anak cepat lupa, cepat bosan, dan kurang faham.
Kesan:
- Anak jadi peneka, bukan pembaca
- Sukar baca perkataan baru
- Perlu hafal ratusan perkataan
- Kurang keyakinan bila membaca
✅ Fonik: Kenal Bunyi → Gabung → Boleh Baca Sendiri
Dengan kaedah fonik, anak diajar bunyi huruf dahulu — bukan nama huruf.
Contoh:
- C bunyinya /k/
- A bunyinya /a/
- T bunyinya /t/
Gabungkan: /k/ /a/ /t/ → cat!
Anak bukan sekadar meneka — tapi faham bagaimana bunyi membentuk perkataan.
Kelebihan FONIK:
- Boleh baca banyak perkataan baru sendiri
- Tak perlu hafal banyak
- Lebih yakin bila jumpa perkataan asing
- Sesuai untuk anak kecil seawal 3–4 tahun
🎯 Jadi, Mana Lebih Sesuai untuk Anak Kecil?
Sudah tentu: Fonik!
Sebab fonik ajar anak:
✔ Kenal bunyi huruf dengan tepat
✔ Gabung bunyi jadi perkataan (blending)
✔ Pecahkan perkataan untuk eja (segmenting)
✔ Dan paling penting – rasa seronok bila boleh baca sendiri!
📌 Mahu Belajar Cara Ajar Fonik English Yang Betul?
Cikgu Azleen kini membuka penyertaan untuk:
🌟 Kursus ReadEasy Phonics (Online)
💻 Sesuai untuk ibu bapa & pendidik
📚 Belajar cara ajar English fonik dari rumah
👶 Sesuai untuk anak 4–7 tahun
👉 Daftar sekarang di: https://cikguazleen.com/kursus-readeasy-phonics/


