Ibu dan anak sedang belajar membaca guna fonik dengan kad bunyi

Apa Itu Fonik dan Kenapa Ia Lebih Berkesan Dari Hafalan ABC?

“Anak saya dah hafal A sampai Z, tapi kenapa masih tak boleh baca perkataan mudah macam ‘mama’ dan ‘nasi’?”

Kalau anda pernah tertanya macam ni, anda tak keseorangan. Ramai ibu bapa mula ajar membaca dengan harapan bila anak dah kenal semua huruf, mereka automatik akan boleh membaca. Tapi… itu tak selalu berlaku.

Mari saya perkenalkan satu kaedah yang sedang bantu ramai anak kecil di Malaysia membaca lebih awal dan lebih yakin — fonik.


Kebanyakan kita dibesarkan dengan pendekatan “hafal huruf”. Anak diajar A untuk Ayam, B untuk Bola — dan disuruh hafal urutan huruf dari A ke Z. Tapi bila tiba masa nak baca perkataan sebenar, anak jadi keliru.

Contohnya, bila anak nampak perkataan mama, dia mungkin akan sebut:

“em-ei-em-ei?”

Dan ini tak bantu dia faham atau bunyikan perkataan tersebut dengan betul. Ini kerana:

  • Nama huruf tidak mewakili bunyi sebenar perkataan
  • Hafalan huruf tidak bantu anak “gabungkan” bunyi untuk membaca

Di sinilah kaedah fonik memainkan peranan.

Fonik ialah kaedah mengajar membaca berdasarkan bunyi, bukan nama huruf. Dalam fonik:

  • Anak belajar bunyi setiap huruf seperti /m/, /a/, /s/ dan bukan “em”, “ei”, “es”
  • Anak belajar gabung bunyi jadi perkataan (contoh: /m/ + /a/ + /m/ + /a/ = mama)
  • Anak belajar pecahkan bunyi untuk eja (contoh: nasi = /n/ /a/ /s/ /i/)

Kaedah ini:

  • Lebih mudah difahami oleh otak anak kecil
  • Sesuai untuk anak seawal 3–4 tahun
  • Telah digunakan secara meluas di UK, Australia, Singapura — dan kini semakin berkembang di Malaysia!

Bila anak belajar membaca guna fonik, mereka:

  • Tak perlu hafal banyak perkataan — mereka boleh baca sendiri perkataan baru
  • Lebih yakin dan seronok membaca kerana faham bagaimana bunyi membentuk perkataan
  • Kurang tekanan dan bosan kerana aktiviti fonik boleh dibuat secara bermain, menyanyi dan bergerak

Ramai ibu bapa dalam komuniti Jom Fonik terkejut — hanya dengan belajar 1 bunyi sehari dan guna aktiviti ringkas, anak mereka mula boleh baca sendiri dalam beberapa minggu sahaja!


Nak mulakan langkah pertama ajar anak membaca dengan fonik?

Saya dah sediakan Pakej Mini Fonik Percuma untuk bantu anda mulakan dari rumah, walaupun anda bukan guru atau tak ada pengalaman mengajar.

📥 Muat turun sekarang di: 👉 https://cikguazleen.com/download-percuma/

Dengan panduan yang betul, 10 minit sehari pun cukup untuk lihat perubahan besar pada anak anda. Jom mula hari ini!

Similar Posts

Leave a Reply