Permulaan Dunia Pendidikan Di Usia 5 Tahun…

“Macam mana nak anak lulus penilaian dan pentaksiran sekolah?”

Mungkin anda tertanya-tanya soalan ini.

Ramai yang tanya kami soalan ni.

Jawapan saya mungkin berubah-ubah ikut mood dan situasi semasa…

Tapi…

Asasnya masih sama.

  1. Pastikan anak boleh faham soalan dalam kertas penilaian dan pentaksiran tersebut.
  2. Pastikan anak boleh faham apa yang dipelajari dalam kelas dengan cikgu.
  3. Pastikan anak boleh membaca dengan lancar dan berintonasi.

Ini bukan cerita pasal nak lulus periksa semata-mata.

Ini cerita pasal nak anak mendapat kejayaan yang sepatutnya anak boleh capai selepas tamat persekolahan nanti.

Kita tak perlu tunggu sampai anak masuk tingkatan 5 baru nak mula.

Kita tak perlu nak bayar tutor personal latih anak belajar 21 subjek terus.

Usia 5 tahun adalah permulaannya..

Anak dah menunjukkan minat terhadap buku dan bahan bertulis? Anak dah mula bermain pura-pura mengambil pesanan makanan atau membuat senarai shopping? Kita dah boleh mula mengajar membaca.

Anak dah boleh melompat 1 kaki? Anak dah boleh skipping 2 tangan? Anak dah boleh menggunting kertas? Anak dah boleh berkomunikasi dengan baik?

Semua tu petanda awal anak dah bersedia nak belajar membaca.

Anak tengah menunggu…

Ajarkan anak membaca dengan mudah.

Anak akan mula faham tentang tulisan selepas kita ajarkan membaca (Mana ada anak terus terus pandai membaca tanpa diajar terlebih dahulu).

Satu bunyi.

Demi satu bunyi.

Demi satu bunyi.

Demi satu bunyi.

Dari satu bunyi jadi gabung bunyi.

Dari gabung bunyi jadi perkataan.

Dari perkataan jadi ayat.

Dari ayat jadi satu buku.

Mulakan sekarang.

Semoga emel ini bermanfaat.

Aaminn..

~ Cikgu Azleen

P.S.: Saya ada konten terbaru. Panduan PERCUMA.

KLIK SINI untuk dapatkan panduan ‘3 Ramuan Anak Pandai Membaca Yang Anda Wajib Fahami Sebelum Mula Mengajar Membaca’…

Similar Posts

  • Anak Kecil Prihatin Butiran

    Malam itu kami makan di Uptown PJ. Banyak yang sudah berubah. Maklumkan sejak berpindah ke Johor dan punya anak, jarang keluar malam. Huhu. Tiada kedai-kedai menjual barangan di kaki lima. Mungkin juga kerana orang bercuti Tahun Baru Cina. Entahlah. Kami pergi makan di sini. Tidak mahu buat ulasan kerana biasa-biasa sahaja. Tiada menu yang benar-benar…

  • Kebaikan Brain-Gym Untuk Ajar Membaca

    Rasa menarik apabila mengetahui bahawa kita kerap menyusahkan pembelajaran anak-anak? Kadang-kadang kita nak sangat mencari teknik atau kaedah yang “wow”, yang mengagumkan sehingga mulut terbuka luas, atau mata terbeliak kagum semata-mata mahukan anak kita membaca. Tetapi seringkali yang berlaku adalah kaedah paling ringkas dan senanglah yang memberi perubahan dalam pembelajaran anak kita. Dr. Paul Dennison,…

  • Hari kedua

    1st, walaupun pagi tadi bangun pukul 7, lepas vc b, sekali lagi aku tidur. Tapi sejam je hari ni. Selepas beberapa kali snooze alarm akhirnya bangun 9.30. Sebab ada appointment pukul 10. Aku kena buat lebih banyak appointment waktu pagi nampaknya untuk memaksa diri bangun. 2nd, breakfast makan nugget, kentang dan telur. Kemudian lunch makan…

  • Kenali Multiple Intelligences Anak

    Dua ekor dinosaur ini dibina oleh salah seorang phonicsmarty kelas ReadEasy saya yang baru. Kagum saya dengan perincian yang diberikan oleh phonicsmarty ini. Tanduknya, ekornya, rahangnya mulutnya. Pheww! Macam real. Phonicsmarty ini sedikit lain. Ikut suka hati dia, tapi boleh ikut arahan. Bila ibu bapanya beritahu saya yang anaknya suka dinosaur sehinggakan ayahnya rasa nak…

  • Menu Roti Mentega Kacang

    Beginilah rupa sahur hari ini. Dua keping roti wholemeal yang disapu dengan mentega kacang. Selalunya saya suka mentega kacang jenama Steffi tapi di Tesco Tebrau semalam tidak ada. Beli sahajalah Skippy chunky. Ditaburkan lebihan pisang dari menu Afiah. Rasa macam pernah tengok orang buat sandwich mentega dengan pisang. Sedap juga rasanya. Lemak-lemak masin dari mentega…

Leave a Reply