Minggu ini #cikgumommy beraksi masuk kelas semula. Huhu. Rindu kelas dengan anak-anak.
Ini juga salah satu proses latihan tutor baru. Tengok sendiri cara mengajar.
Antara perkara yang sangat saya tekankan adalah:
- Kenali nama students. Panggil mereka dengan nama yang mereka gemari, tahu usia mereka, tahu gaya belajar mereka.
-
Buat persediaan sebelum kelas bermula. Semak bahan bantu belajar yang ingin digunakan, pastikan ianya mencukupi untuk jumlah students, semak juga buku dan lembaran aktiviti yang hendak digunakan.
-
Sebaiknya berdiri semasa mengajar. Nampak malas sangat bila duduk sepanjang masa. Melainkan kalian sedang sarat mengandung, atau mempunyai masalah kesihatan yang menghalang kalian berdiri lama.
-
Banyakkan aktiviti yang memerlukan pelajar bergerak aktif. Berdiri, melompat, merangkak. Kanak-kanak fitrahnya bermain. Jadi berikan mereka belajar sambil bermain. Barulah tidak bosan dan menyeronokkan.
-
Berikan pujian dan ganjaran. Jadilah pemurah dengan kata-kata pujian, bagus, pandai, hebat, awesome, hi-five, gimme-ten. Gunakan biskut chocobear, coklat, sticker, bintang untuk ganjaran. Ada yang bersifat serta-merta, dan ada yang boleh kita jadikan terkumpul untuk melatih kesabaran.
Cukuplah 5 perkara sahaja. Lain kali kita kongsi lagi.
Bagaimana dengan kalian? Apakah perkara yang sangat kalian titikberatkan semasa mengajar?
Nor Azleen Abd Rahim
back in action
#bacalahanakku