Aktiviti Mengingat Bentuk Huruf Dengan Playdoh

Assalam,

Ini adalah satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengukuhkan ingatan anak terhadap bentuk huruf bunyi yang diajar.

Gunakan play-doh untuk membuat bentuk huruf tersebut.

Bagi anak yang boleh visualisasi bentuk huruf, biarkan mereka buat secara bebas.

Jika sukar, berikan panduan kad huruf.

Jika anak tidak dapat membuat dengan melihat kad tersebut, biarkan mereka menyurih bentuk huruf di atas kad.

Selamat belajar satu bunyi.

Dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy yang sangat suka homeschooling dan mengajar anak-anak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku.

Permainan Pijak Kad Bunyi

Assalam,

Kerja untuk kanak-kanak adalah bermain.

Apabila bermain, kanak-kanak belajar banyak benda.

Lihat dalam video berikut ni..

Aktiviti permainan Pijak Kad Bunyi ini direka untuk mengajar anak satu bunyi.

Tetapi dalam bermain permainan ini, anak juga belajar perkara lain seperti:

  • Mematuhi peraturan permainan
  • Mengikut giliran
  • Bertolak ansur
  • Membezakan bentuk huruf

Itu tidak termasuk dengan latihan psikomoto yang berlaku tanda sedar..

Nah, permainan yang simple tetapi penuh makna dan bermanfaat.

Selamat mencuba..

Dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy yang sukakan homeschooling dan mengajar anak-anak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku.

Aktiviti Asosiasi Aksi Untuk Mengingat Bunyi

Assalam,

Seringkali kalau ajar bunyi sahaja dan paksa anak ingat bunyi tersebut agak membosankan dan memberi tekanan.

Ini kerana kajian menunjukkan bahawa seseorang lebih mengingati sesuatu perkara apabila ia memberikan efek emosi ke atasnya.

Maka, pembelajaran haruslah dibuatkan menarik dan menyeronokkan.

Salah satu teknik untuk membolehkan anak rasa seronok sewaktu belajar satu bunyi adalah dengan mengaitkan (asosiasi) bunyi tersebut dengan sesuatu aksi yang relevan.

Contohnya dalam video ini, kami kaitkan bunyi /u/ dengan ulat yang berjalan di pokok.

Lebih menarik lagi, kerana di hujung dahan pokok, ulat menggeletek pokok.

Terkekeh-kekeh anak ketawa. Bahkan semua mahu bergilir-gilir menjadi pokok dan ulat.

Bila seronok begini, anda rasa anak boleh ingat tak bunyi /u/?

Sekian dahulu dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy, yang mempunyai minat mendalam tentang homeschooling dan mengajar kelas cepat membaca kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku.

Layan video ni..

Aktiviti Untuk Mengingat Bentuk Bunyi

Assalamualaikum,

Untuk membolehkan anak menjadi independent readers, anak perlu mengingat bentuk huruf yang diajar.

Salah satu aktiviti yang boleh digunakan untuk mengukuhkan ingatan anak terhadap bentuk huruf diajar adalah membuat finger-painting.

Sebelum memulakan finger-painting, minta anak menyurih huruf tersebut menggunakan jari kosong pada frame huruf yang disediakan.

Apabila anak sudah agak advance, berikan kertas kosong untuk anak menulis huruf secara bebas.

Sekian sahaja, dari saya Cikgu Azleen yang sangat berminat dengan dunia homeschooling dan mengajar anak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi, Bacalah Anakku.

Aktiviti Dengar Dan Buat

Antara cara untuk mengukuhkan gabung bunyi adalah dengan membuat aktiviti dengar dan buat.

Aktiviti ini dibuat selepas anak mahir dengan aktiviti lihat dan buat.

Nak tahu bagaimana aktiviti dengar dan buat dijalankan dalam kumpulan?

Layan video pendek 40 saat ini..

Semoga bermanfaat, dari saya Cikgu Azleen yang sangat suka ajar membaca kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku.

 

4 Tips Ajar Anak Autistik Membaca

Saya nak bawa Afiah, Azmina dan Isyraq masuk Underwater World.

Saya belanja anda 4 tips ajar anak autistik membaca dalam video ini.

Sambil-sambil tengok perjalanan kami ke Langkawi.

Maaf ni first time saya cuba rekod video di luar, suara ada bunyi hishing. Agak mengganggu, so saya attach skrip saya kat komen pertama ya..

Next time saya akan cari mic yang sedappp untuk rekod bila berjalan kat luar..

Dah ler, jom layan video ni..

Nor Azleen Abd Rahim
Professional Mommy

P.s Nanti saya tag mana2 yang minta tag tempoh hari..