• Kesedaran Fonemik - Seni Ajar Membaca

    Tips Tingkatkan Kesedaran Fonemik Anak 2 ke 4 Tahun

    Malam tadi kali pertama Angah berjaya siapkan aktiviti dengan lengkap tanpa bantuan.

    Dah matang agaknya. Hahaha. Bukan main gembira dan bangga bila mommy suruh ambil gambar.

    Angah baru 3 tahun. Dia cuma menumpang-numpang kelas yang saya ajar.

    Masa mula-mula saya start kelas bulan 11 tahun 2016, Angah cuma perhati di muka pintu. Dari hari ke hari semakin dekat dengan meja kami belajar.

    Kemudian dia duduk di kaki saya semasa saya mengajar. Saya mula berikan dia kerusi di sebelah saya.

    Selepas beberapa minggu, dia minta buat aktiviti juga. Jadi dudukkan dia di hujung meja kidney.

    Sekarang, Angah jadi penolong ketua kelas. Hahaha. Ketua kelas kan Afiah. Angah yang susunkan kerusi, letakkan mangkuk dan pilih sendiri tempat duduk dia.

    Angah dah boleh gabung bunyi secara lisan, apa-apa bunyi, juga mengeja perkataan mudah seperti ibu, abu, ini, ani, juga secara lisan sahaja. Seringkali salah dan kami ketawa gembira.

    Sekarang dia mula cuba menggabung bunyi yang pelik-pelik, seperti /k/ dengan /b/. Mommy jawab “kb”. Dan dia ketawa besar geli hati.

    1. Nak ajar anak 2 ke 4 tahun membaca adalah lebih mudah dari mengajar anak yang sudah masuk ke sekolah. Tetapi pengajaran tidak boleh dibuat secara formal atau dengan duduk di kerusi dan meja.

    2. Jika ada anak lain yang lebih tua daripadanya, fokus mengajar anak yang lebih tua itu. Tetapi bahan-bahan pengajaran haruslah disediakan juga untuk anak yang kecil ini. Mereka sedang kuat semangatnya untuk meniru perbuatan orang lain.

    3. Mulakan dengan yang lisan sahaja. Buat aktiviti-aktiviti yang menggalakkan kesedaran fonemik. Tingkatkan keupayaan anak untuk mendengar dan membezakan bunyi-bunyi.

    4. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah perdengarkan pelbagai jenis bunyi dan lihat jika anak boleh menyebutnya. Bunyi boleh dibuat menggunakan mulut ataupun gunakan kemudahan teknologi voice recorder pada handphone.

    Bunyi-bunyi yang boleh digunakan adalah bunyi binatang seperti burung dan ayam, bunyi peralatan rumah seperti vakum dan kipas, bunyi kenderaan seperti kereta dan motor, serta apa-apa bunyi lain yang boleh anda fikirkan.

    1. Saya suka permainan “Sebut Hooray” yang ada dikongsikan dalam buku Permainan Kreatif keluaran Read Network. Rakam 10 ke 15 bunyi yang berlainan, dan sebut hooray bila mendengar bunyi yang sedang diajar.

    2. Aktiviti mesti dibuat secara santai dan dalam suasana yang menyeronokkan. Banyakkan ketawa. Anak 2 ke 4 tahun masih jauh perjalanannya dan tidak perlu terkejar-kejar.

    Membaca bukanlah satu perlumbaan.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy feeling proud of Angah accomplishment

  • Lain-lain

    Tikar Terlipat

    Dari dalam tandas, boleh dengar suara Angah menangis meraung-raung.

    Tapi bukan jenis tangisan sakit, lebih kepada tangisan minta perhatian.

    Namun, masih rasa tak syok nak mandi dan menyelesaikan hajat.

    Maka, mommy pun keluar ke depan dan menggunakan nada suara yang tegas dan muka serius, “Angah nak apa?”

    Angah menuding jari ke hujung bilik.

    “Nak apa?”

    Masih lagi dijawab dengan raungan dan tudingan jari.

    “Kakak, Angah kenapa?”

    Kakakpun bercerita. Puncanya hanyalah sudut tikar terlipat.

    “Angah bangun pergi betulkan.”

    Angah bangun dan betulkan sudut tikar yang terlipat akibat proses Kakak mengangkat Isyraq.

    Tangisan dan raungan berhenti.

    1. Anak berusia sekitar 2 ke 3 tahun memang sedang fasa perfectionist. Segalanya mahu sempurna. Segalanya mahu tersusun.

    Masa Afiah usia begini kami mengambil masa yang sangat lama membeli barang di Tesco kerana dia tolong mengemas barang-barang yang tidak tersusun, tolong meletakkan kembali barang-barang yang ditinggalkan oleh pelanggan lain kerana tak jadi beli.

    Masa itu kami dah risau dah jika Afiah ada sindrom, Allah lupa pula namanya.

    Tapi lepas buat semakan melalui pembacaan dan bertanya pakar kanak-kanak, rupanya ianya adalah memang sifat kanak-kanak pada usia ini.

    1. Anak usia 2-4 tahun juga self-centric. Berpusatkan dirinya. Dia merasakan yang dunia sekeliling ini berpusatkan dirinya. Segalanya adalah tentang dia.

    Sebab itu mudah mengamuk, tantrum tak tentu hala.

    Bila sudah mengamuk, susah pula mahu dipujuk. Alahai.

    1. Menengking dan memukul tidak akan menyelesaikan amukan anak pada usia ini. Ia hanya akan menambahkan hormon cortisol yang menyebabkan stress berlebihan pada otak.

    Ibu bapa kena lebih banyak bersabar. Bersabar dari menengking dan memukul. Juga kena bersabar dari memujuk dengan menyogok barang yang tidak munasabah.

    Saat-saat seperti ini mengingatkan saya kembali bagaimanalah ibu bapa saya menjaga saya dahulu.

    Semoga Allah SWT memelihara dan mengasihani kedua ibu bapa kita sepertimana mereka memelihara dan mengasihani kita semasa kita masih kecil dahulu. Amin.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy feeling touching.

  • Seni Ajar Membaca

    Aktiviti untuk anak 2 hingga 4 tahun

    “Mi, ngah ngih”, sambil tunjuk muka sedih.

    “Angah nangis?”

    “Ha” angguk-angguk sambil senyum.

    Di lain waktu.

    “Mi, pe Ngah gde.” Sambil memegang beg baju rumah pengasuh dan menunjuk ke dalam beg.

    Saya angkat muka pandang angah. Angah baru masuk 3 tahun. Saya senyum dan angguk.

    “Mi, pe ngah gde.” Jari telunjuk masih menunjuk ke dalam beg.

    “Mi, ngok. Pe ngan gde. Pe ngah gde. Mi ngok ni.

    “Suruh mommy tengok? Diapers angah ada dalam beg ya?”

    Angah angguk dan senyum puas.

    Ada anak yang setahun sudah boleh bertutur dengan jelas. Ada anak yang sudah 3 tahun pun masih guna singkatan.

    Adakalanya singkatan itu mengena tapi kebanyakan masa susah nak teka.

    “Mi, ko”

    Ko itu boleh membawa 1001 maksud. Adakalanya ia bermaksud gosok, adakalanya ia bermaksud mengantuk. Ada kalanya pula ia bermaksud tidur.

    Dalam buku Wiring The Brain for Reading, aktiviti yang dicadangkan untuk anak berusia 2 hingga 4 tahun adalah mengulang semula apa yang disebut oleh anak supaya dia tahu yang mommy fahami dia.

    Selain daripada itu, bacalah kepada anak. Menamakan benda-benda seperti anggota badan, objek dalam bilik dan sebagainya.

    Ibu juga digalakkan untuk mengambil objek-objek yang biasa digunakan dan tanya pada anak. Nyanyikan lagu-lagu kanak-kanak dan lagu-lagu fonik. Galakkan anak untuk menyanyi bersama-sama.

    Tunjukkan gambar kepada anak. Tanyakan apa yang berlaku atau minta dia bercerita tentang gambar tersebut.

    Kawan-kawan, yang pentingnya di peringkat usia ini adalah berkomunikasi dengan anak. Usah biarkan mereka ralit menonton televisyen atau bermain gajet.

  • Seni Ajar Membaca

    Nak Ajar Fonik Gabung Bunyi Tapi Guna Buku Lain

    Hari tu saya dihubungi oleh seseorang yang ingin tahu tentang perkhidmatan Personal Coaching yang saya jalankan. Sebagai seorang coach yang bertanggungjawab, saya pun menyelidik serba sedikit tentang individu ini bagi memastikan personal coaching ini memang sesuai untuk membantu beliau mencapai apa yang beliau hajatkan.

    Rupa-rupanya beliau adalah guru sebuah tadika dan berhajat membuat tuition untuk anak murid tadika beliau. Saya maklumkan kepada beliau bahawa sesi personal coaching adalah khusus untuk ibu bapa yang berhajat mengajar anak sendiri sahaja.

    Untuk guru-guru yang ingin menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku di sekolah masing-masing adalah lebih sesuai jika mereka menghadiri Kursus Intensif Bacalah Anakku. Manakala jika berhajat untuk membuat home tuition atau kelas membaca, perlulah memohon dengan pihak Read Network.

    Bacalah Anakku ada TM (pendaftaran intellectual property) dan tidak boleh sewenang-wenangnya membuka kelas membaca. Boleh disaman nanti. Beliau akui yang beliau ada ternampak posting dari Puan Nik Eliani tentang perkara tersebut.

    Beberapa minit kemudian, beliau mesej saya kembali.

    “Cikgu, kalau saya guna buku tadika saya tapi mengajar dengan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku boleh tak?”

    Aduih, saya tak arif tentang susunan buku tadika guru tersebut tetapi saya arif dengan susunan buku Bacalah Anakku.

    Kawan-kawan, janganlah kita merumitkan perkara yang mudah.

    Bacalah Anakku telah dibina, diolah, disusun, dicubajaya, disusun semula semenjak tahun 1996. Beerti ia sudah berada di pasaran selama 21 tahun.

    Berada di pasaran selama 21 tahun, tetapi telah dibina sejak sebelum itu. Dicuba pakai oleh penulisnya sendiri ke atas anak-anak mereka, kepada anak-anak kawan-kawan mereka, anak-anak jiran mereka (anak-anak sedara saya sebelah suami adalah antara anak-anak awal yang dicubajaya oleh pasangan penulis ini).

    Ia dibina dengan mengambil kira tabii dan fitrah anak kecil. Bukan suka-suka penulis mahu ajar a i u dahulu dan diikuti dengan b dan n. Mengapa tidak ajar mengikut susunan ABC?

    Perkara-perkara kecil dan nampak remeh di mata kita ini sebenarnya besar impaknya kepada pembinaan litar membaca dalam otak anak. Bila sejak akhir-akhir ini muncullah satu demi satu kajian sains neurologi tentang bagaimana otak kita membaca semuanya menyokong apa yang dipraktikkan oleh Bacalah Anakku sebelum ini.

    Dan penulis telah bukan sahaja menerbitkan dan menjual buku Bacalah Anakku ini, bahkan ada menyediakan kursus-kursus kaedah mengajar, melatih trainer-trainer dan coach-coach untuk membantu guru dan ibu bapa, membuka peluang kelas membaca supaya lebih banyak anak-anak Malaysia mendapat peluang belajar membaca dari awal usia.

    Jadi mengapa kita mahu merumitkan perkara yang mudah?

    Guna sahaja buku yang memang telah disediakan khusus untuk Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku. Ia pasti serasi. Ia pasti mudah, cepat dan seronok. Harganya pun sangat berpatutan. RM44.90 sahaja untuk 8 buku bacaan.

    Azleen
    #cikgumommy si penjual buku

  • Homeschooling

    Ajar Anak Menggunting

    Hari tu, saya dapati ada sebahagian dari students kelas saya yang masih belum mahir menggunakan gunting. Umur dah 5-6 tahun tapi pegang gunting pun masih perlu dibetulkan.

    Dalam kelas membaca ni memang kurang sempatlah saya nak mengajar cara pegang gunting dan menggunting.

    Jadi saya pun berikan link video mengajar anak menggunting yang dikongsikan okeh Puan Mahfuzah, Penulis Buku-buku Pendidikan Khas, ke dalam group whatsapps parents.

    Alhamdulillah setakat ini semua parents yang hantar anak kepada saya memberi kerjasama sepenuhnya.

    Jadi bila saya minta mak-mak ni bantu ajar anak belajar menggunting di rumah, mereka buat lebih dari itu.

    Ada sorang mak ni siap rujuk kepada Occupational Theraphy untuk dapatkan nasihat bagaimana nak bantu anak dia menggunting.

    Lepas tu kongsikan pulak dengan kami dalam grup. Alhamdulillah, bertambah ilmu.

    Justeru, rasanya saya pun nak kongsikan dengan kalian langkah-langkah untuk membantu anak belajar menggunting.

    OT tersebut (yang tak tahu saya siapa namanya, maaf) mencadangkan supaya mulakan dari aktiviti shoulder joint.

    Menurutnya aktiviti-aktiviti menggunakan tangan ini bermula dari bahu. Aktiviti menguatkan bahu ni adalah seperti senggayut (monkey bar), kereta sorong (wheelbarrow walking) dan juga merangkak (crawling).

    Bila shoulder joint dah kuat, barulah perkenalkan aktiviti-aktiviti forearm muscles, palmar muscles dan barulah ke jari-jari.

    Wah! Kami semua pun macam “wahhhh”. Baru tahu.

    Patutlah kebanyakan buku-buku untuk pendidikan awal kanak-kanak ni sangat menekankan aktiviti senggayut dan merangkak.

    Dalam sembang-sembang tu keluarlah cerita “Oh rupanya anak dia skip merangkak dulu” ataupun merangkak sekejap sangat.

    Jadi kawan-kawan, kalau anak kalian kurang merangkak, buatlah aktiviti-aktiviti yang boleh menggalakkan anak merangkak. Mak kena sama-sama main-main merangkak.

    Kalau anak kalian masih bayi macam Isyraq, pastikan dia ada masa di lantai (floor time orang putih cakap). Lagi lama lagi kerap lagi bagus.

    Nak lagi bagus mak pun floor time juga dengan bayi. Baru nampak mak buaya ngan anak buaya.

    Hehehe.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy bukan cikgu buaya.

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Anak Rindu Mommy

    Baru sampai dari Muar. Terus pergi ambil Afiah dan Azmina di rumah pengasuh. Menjerit-jerit nampak mommy macam seminggu tak jumpa.

    Masuk dalam kereta macam-macam nak diadukan. Demamlah, selesemalah.

    Alahai, baru sehari mommy pergi tinggalkan awak berdua dengan abah, dah macam-macam penyakit timbul.

    Andai 3 hari mommy pergi?

    Afiah kata, “Kalau mommy pergi 3 hari lagi banyak sakit.”

    Mommy baru bercadang-cadang nak ke Kuantan 9 September untuk Seminar Froebels. Ingat nak pergi backpackers sorang-sorang sahaja naik bas.

    Anak-anak pula semuanya sibuk nak tunjuk skills membaca. Baru 24 jam okey mommy tinggalkan awak.

    Angah cakap (dalam bahasa pelatnya, mommy dah translate supaya kalian faham), “Mommy, angah nangis.”

    “Kenapa nangis?”

    “Sebab mommy pergi.”

    “Abah pergi lama-lama tak nangis pun”.

    Angah sengih.

    Begitulah kawan-kawan, walaupun anak-anak ini biasanya panggil abah dahulu sebelum mommy, ketiadaan mommy lebih dirasai.

    Sampai di rumah terus cek peti pos.

    Yeah! Dah dapat kunci untuk Whiztots The Reading House. Hahaha.

    Ya, Whiztots akan ada rumah khas untuk kelas membaca. Tak sabar nak plan susunatur kelas baru. Tapi lagi penting adalah nak cari tutor tambahan.

    Sekian.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Seni Ajar Membaca

    Aktiviti Membaca Untuk Anak 0 Hingga 2 Tahun

    Malam tadi, waktu saya nak tidur suami beritahu yang ada parcel untuk saya dari Jalan Klang Lama. Puas saya fikir apa benda pula dari Jalan Klang Lama ni. Dah lama juga saya tak membeli barang secara online ni. Suami kata macam buku kot.

    Teringat yang saya ada beli buku dari bookdepository bulan lepas yang masih belum sampai. Tapi selalunya bukunya dari luar negara. Itu yang makan masa sampai berbulan-bulan baru sampai (Free shipping).

    Minta suami ambilkan nak tengok juga walau dah ready nak tidur dengan Isyraq. Tengok sampulnya sahaja ok sah dari bookdepository. Walau hati meronta-ronta nak tengok isinya tak apalah esok sahaja.

    Elok pula lepas baring-baring 5 minitpun, Isyraq menendang sana menendang sini sambil menarik2 rambut saya, saya pun tak dapat nak tidur. Bangun angkat Isyraq beri kat suami. Apa lagi nak buat kalau tak pergi melihat buku yang baru sampai.

    Bukunya diluar dari jangkaan saya. Saya sangkakan ianya adalah buku teknikal yang penuh dengan jargon sains neurologi yang akan membuat saya muntah nak baca. (Tapi tetap beli juga, pelikkan!)

    Rupanya tidaklah sampai ke tahap itu. Ianya ditulis dalam bahasa yang mudah difahami (Bahasa Inggeris ya, masih dalam bahasa Inggeris). Tetapi mudah.

    Pagi ini saya baru dapat baca sampai habis Chapter 1 tentang language development (Perkembangan bahasa pada bayi dari sejak lahir). Sungguh menarik (untuk saya, untuk kalian saya tak pasti).

    Tapi dalam buku ini diterangkan secara terperinci bagaimana proses perkembangan bahasa itu berlaku kepada bayi. Ia juga menerangkan proses yang berlaku di dalam otak semasa perkembangan bahasa itu berjalan.

    Ada banyak poin yang menarik, perkara-perkara yang tidak terjangkau dek akal kita, yang tidak pernah kita jangkakan. Tapi kalau nak tulis semua memang masaklah. Nanti tunggu saya hadam betul-betul. Yang pasti ada banyak poin yang akan saya kongsikan dalam Bengkel Parenting esok di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Bandar Serom, Muar.

    Buku ini juga ada berikan senarai aktiviti yang boleh dan perlu dibuat untuk membantu anak belajar membaca awal. Nah, saya kongsikan 5 aktiviti yang boleh dibuat untuk anak berusia 0 hingga 2 tahun ya.

    Aktiviti 1: Bercakap dengan anak. Jelaskan kepada anak apa yang anda mahu atau sedang lakukan. Contohnya “Ada 3 butang baju ni. Satu, dua, tiga.. dah siap.”

    Aktiviti 2: Akui dan ulang semula bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh bayi.

    Aktiviti 3: Tiru ekspressi wajah bayi dan lebih-lebihkan (overexaggerate). Contohnya main baa baa cak dan lebih-lebihkan wajah terkejut anda.

    Aktiviti 4: Membaca lantang kepada bayi.

    Aktiviti 5: Berikan bayi cermin untuk dia melihat mulutnya semasa membuat bunyi. Pastikan bayi melihat mulut ibu semasa ibu bercakap dengannya.

    Dan pesanan hari ini adalah sila berhenti dari membaca facebook ini (atau sebarang aktiviti lain di telefon) semasa sedang menyusukan bayi anda. Bercakaplah dengannya sambil memandang mukanya dengan penuh kasih sayang. Barulah bonding!

    Cukuplah untuk pagi ini, saya nak berkemas untuk ke Batu Pahat. Ada ibu yang bersungguh-sungguh mahu buat personal coaching dengan saya dari sejak bulan 4 tempoh hari tapi tak dapat datang ke Pasir Gudang. Kebetulan saya nak ke Muar esok, dapatlah saya membantu ibu ini belajar bagaimana nak mengajar anak sendiri membaca di rumah.

    Selamat pagi dan semoga semua orang mengalami pagi yang seronok lagi berkat hari ini.

    Azleen #cikgumommy

  • Lain-lain

    Bodoh dan Kurang Ajar

    Hari tu sedang syok-syok saya mengepam di meja makan, sayup-sayup saya dengar suara Afiah yang bermain di luar rumah.

    Tengok sini Afiah buat, bodoh.”

    Saya diam sebentar nak pastikan benarkah apa yang saya dengar.

    Tengoklah sini, bodoh, Afiah buat.”

    Terus saya panggil Afiah masuk.

    Dengar ceria Afiah berlari masuk kerana mungkin ingat mommy nak beri coklat. Hahaha.

    Saya tanyakan Afiah adakah dia tahu makna perkataan bodoh. Dia menggeleng kepala.

    Lantas saya terangkan kepada dia yang bodoh itu berlawanan maksud dengan pandai. Bodoh itu maksudnya tidak tahu atau tidak pandai.

    Dan apabila digunakan dalam ayat seperti yang Afiah gunakan tadi ia beerti menghina orang lain.

    Saya pesan supaya tidak gunakan perkataan bodoh itu sewenang-wenangnya. Afiah mengangguk faham.

    Beberapa hari selepas itu, dengar lagi Afiah bermain di luar.

    Jangan macam tu lah, kurang ajar.”

    Ah, sudah. Mana lagi pula belajar perkataan ini.

    Sekali lagi Afiah dipanggil dan ditanyakan maksud kurang ajar.

    Sekali lagi Afiah menggeleng menyatakan tidak tahu maksudnya.

    Saya tak tahu dari mana dia kutip perkataan-perkataan tersebut kerana kami jarang sangat menggunakannya. Nak kata tak pernah guna tu mustahil pulak kan.

    Apapun, dari mana dia kutip perkataan-perkataan ini adalah kurang penting berbanding memberitahunya bahawa perkataan-perkataan sebegini boleh membawa maksud yang kurang baik.

    Kita tak dapat nak kawal perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan buruk dari ditemui oleh anak kita (kecuali jika kita simpan sahaja anak tersebut di almari kaca perhiasan).

    Tetapi kita dapat membantu memberi panduan kepada anak bagaimana membuat pilihan yang bijak.

    Ini zaman internet. Segalanya saling berkaitan. Segalanya dihujung jari.

    Anak-anak perlukan panduan untuk memilih perkara baik, bukan dihalang dari mengetahui perkata tidak baik.

    Jika susah, simpan sahaja anak dalam almari kaca buat perhiasan.

    Azleen

    #cikgumommy

  • Personal Development

    Apa Bezanya Selepas Berhenti Kerja?

    Semalam, selepas tamat Pertandingan Tarian tu, kami lepak-lepak belanja anak-anak Az-Zaffan makan KFC.

    Sambil tu seorang rakan bertanyakan bagaimana kehidupan saya selepas berhenti kerja. Apakah perubahan dan perbezaan dengan semasa bekerja?

    Saya terdiam sebentar sebelum memberi jawapan yang saya gembira dan tidak menyesal dengan keputusan diambil. Tetapi kalau cerita tentang perbezaan dan perubahan memang ada jurang yang besar.

    Dulu walau anak tiga sempat juga saya menonton rancangan kegemaran saya di televisyen seperti CSI, rancangan lawyer tu apa ya namanya dan macam-macam lagi dalam sehari. Pasti ada masa walau pendek untuk saya duduk menonton.

    Sekarang, anak masih tiga tetapi sangat susah saya nak mencari peluang menonton televisyen. Saya pun macam hairan kenapa jadi begitu. Saya tak punya masa untuk duduk sahaja.

    Itu perbezaan besar bagi orang yang suka menonton televisyen seperti saya.

    Perbezaan lagi besar adalah apabila saya mula mengambil pekerja dan menjadi majikan. Kena pastikan juga hak dan kebajikan pekerja terjaga.

    Lepas saya berhenti hari tu juga ada saya sembang-sembang dengan guru besar. Bila saya ceritakan rutin harian, mingguan dan bulanan saya, ustaz kata, “Eh, macam lagi sibuk ya. Kata nak berhenti jaga anak, nanti tak dapat juga nak jaga anak.”

    Ya, memang rutinnya lagi sibuk tapi saya ada kebebasan untuk menyusun jadual saya sendiri, juga untuk membawa anak bersama saya ke mana saya pergi apabila perlu.

    Kan beza besar itu?

    Bekerja dengan berpaksikan Allah SWT sebagai pemberi rezeki membolehkan kita melakukan perkara yang benar tanpa perlu tunduk kepada arahan-arahan yang tidak berapa benar.

    Sukar sebenarnya bekerja makan gaji berbanding berniaga.

    Namanya pun makan gaji, orang makan nasi.

    Sudahlah, saya ada sedikit masa mahu melipat baju sambil menonton televisyen sebelum anak-anak bangun mahukan sesuatu.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Kursus, Seminar, Bengkel

    Taklimat Santai Fonik Untuk Ibu Bapa dan Waris Murid LINUS SK Kangkar Pulai 2

    Alhamdulillah, dapat juga penuhi undangan dari SK Kangkar Pulai 2 untuk menjalankan Taklimat Santai Fonik untuk Ibu Bapa dan Waris Murid LiNUS.

    Taklimat yang berlangsung selama hampir 2 jam ini telah berkongsi tips-tips mengajar anak membaca awal di rumah, kesedaran bagaimana kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku dapat membantu anak belajar membaca dengan lebih cepat, mudah dan seronok.

    Selain itu, ibu bapa juga ditunjukkan bagaimana membuat bahan bantu belajar yang murah, mudah dan cepat.

    Selepas taklimat, Bengkel Fonik untuk murid LINUS telah dijalankan selama 1 jam.

    Dalam bengkel ini, murid diajar menyebut bunyi vokal, membuat aktiviti-aktiviti mengingat bunyi dan bentuk huruf.

    Kalau dalam perancangan sebenarnya nak ajar juga cara gabung bunyi.

    Tetapi oleh kerana bengkel bermula agak lewat, saya pula berkejaran nak balik ke Pasir Gudang kerana ada urusan lain, saya cuma sempat demo cara gabung bunyi.

    Diharapkan perkongsian pendek ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang hadir.

    Boleh lihat gambar-gambar di album facebook saya https://www.facebook.com/cikguazleen79/posts/10211834606433164

  • Personal Development

    Seronok Ada Anak vs Seronok Tiada Anak


    Seronoknya tengok anak bergelimpangan macam ni, pukul 12 tengah hari di bulan puasa.

    Bila lihat keadaan mereka bertiga bergomol-gomolan, saya pasti teringat keadaan 8 tahun awal perkahwinan yang tiada anak lagi.

    Keadaan yang sehingga saya hampir pasti mungkin saya memang ditakdirkan tidak punya anak sendiri hingga mati.

    Ya, hanya orang yang pernah tidak punya anak sahaja benar-benar memahami perasaan itu.

    Keadaan di mana kita sanggup berikan apa sahaja asalkan Allah SWT kurniakan satu, cukup walau hanya satu anak sendiri.

    Ada anak ni seronok, tapi tiada anak juga seronok.

    Seronoknya ada anak bila pagi-pagi bangun lihat muka mereka yang comot dengan air liur basi itu buat mak rasa gembira.

    Seronoknya tiada anak boleh bangun lewat pagi dan nampak muka suami tenang-tenang kat sebelah. Boleh jadi ambil cuti hari itu. 

    Seronoknya ada anak bila balik kerja stress lihat telatahnya mak lupa langsung tentang kerja.

    Seronoknya tiada anak bila stress baling sahaja baju ke dalam kereta dan ajak suami “Jom jalan” tak perlu pikir banyak.

    Seronoknya ada anak bila masak macam-macam ada orang yang nak makan.

    Seronoknya tiada anak lepas makan cuma basuh pinggan sahaja yang boleh siap dalam 5 minit.

    Seronoknya ada anak bila tengok movie di tv boleh bergumpal-gumpal beramai-ramai depan tv.

    Seronoknya tiada anak boleh tengok midnight movie di panggung wayang sambil belai-belai tangan suami.

    Seronok itu di hati, kita yang tentukan.

    Dan orang lain tidak boleh curi keseronokan kita.

    Biar apapun yang ingin mereka katakan.

    Semoga pasangan yang belum punya anak dan inginkan anak akan dapat apa yang mereka mahukan.

    Aamin.