Jom Ambil Langkah Pertama Ajar Anak Membaca
“Nanti bila lapang, saya mula ajar anak.”
Ayat ini mudah terlintas apabila hari-hari kita penuh dengan urusan.
Tunggu kerja reda.
Tunggu rumah siap dikemas.
Tunggu ibu rasa lebih bersedia.
Tapi bila ada sedikit masa, datang pula soalan…
“Nak ajar apa dahulu?”
Ibu, sepanjang perkongsian ini, kita dah lihat beberapa langkah yang boleh dicuba.
Kenalkan satu bunyi.
Buat aktiviti ringkas.
Tunjukkan cara menggabungkan bunyi.
Ulang bahagian yang masih perlukan bimbingan.
Hari ini, pilih satu langkah yang ibu boleh buat bersama anak.
Tak perlu terus merancang sebulan.
Sediakan satu aktiviti, pilih waktu yang tenang dan duduk bersama-sama.
Mungkin anak terus mencuba. Mungkin ibu perlu tunjukkan beberapa kali.
Dari situlah ibu boleh mengenali apa yang anak sudah tahu dan apa yang perlu dibimbing seterusnya.
Jika ibu mahu bahan yang tersusun untuk menemani proses ini, dapatkan Kombo eBook Aktiviti Jom Fonik Set 1–5.
Dalam kombo ini ada aktiviti untuk:
✅ Mengenal bunyi dan huruf
✅ Menggabungkan bunyi
✅ Mencerakin bunyi melalui kotak fonik
✅ Menulis dan membaca perkataan
✅ Berlatih membaca ayat serta cerita pendek
Ada aktiviti mewarna, memadan, membentuk huruf dan bermain dengan bunyi.
Ibu boleh cetak halaman yang diperlukan, ulang mengikut keperluan dan teruskan apabila anak semakin mahir.
Bahan sudah tersedia. Langkah pertama ialah memilih satu aktiviti untuk dibuat bersama anak.
Klik pautan ini untuk lihat contoh halaman, butiran tawaran dan dapatkan kombo:
📌 Produk digital PDF untuk dicetak sendiri. Tiada buku fizikal dihantar.
Satu bunyi. Satu aktiviti. Satu permulaan bersama ibu.
Discover more from Cikgu Azleen
Subscribe to get the latest posts sent to your email.


