ANAK DAH KENAL BUNYI, TAPI MASIH TAK BOLEH MEMBACA?
Anak dah kenal bunyi /s/, /a/, /t/.
Bila tunjuk satu-satu huruf, dia boleh sebut bunyinya.
Tapi bila minta baca perkataan sat…
Dia sebut:
/s/ … /a/ … /t/
Kemudian diam.
Tak tahu macam mana nak jadikan bunyi-bunyi tadi sebagai satu perkataan.
Kenapa jadi macam ni?
Sebab mengenal bunyi dan menggabungkan bunyi ialah dua kemahiran yang berbeza.
Kemahiran menggabungkan bunyi untuk membaca perkataan dipanggil BLENDING.
Contohnya:
/s/ + /a/ + /t/ → sat
Anak perlu belajar mendengar bunyi-bunyi tersebut, kemudian menggabungkannya menjadi satu perkataan.
Sebab itu dalam ReadEasy Phonics, kita tak terus minta anak membaca perkataan sebaik sahaja dia mengenal beberapa bunyi.
Ada langkah pengajaran blending yang perlu dilalui.
Antaranya:
✅ Oral Blending — Menggabungkan bunyi yang didengar tanpa melihat huruf.
✅ Show Blending — Belajar menggabungkan bunyi dengan bantuan simbol huruf.
✅ Hands-on Blending — Menggunakan aktiviti manipulatif untuk membina dan membaca perkataan.
Dan latihan ini diteruskan dengan aktiviti membaca, spelling dan manipulation.
Ingat, anak yang sudah mengenal bunyi belum semestinya sudah menguasai blending.
Jadi kalau anak masih belum boleh membaca, cuba perhatikan:
Adakah dia belum kenal bunyi?
Atau sebenarnya dia belum tahu cara menggabungkan bunyi?
Dua masalah ini memerlukan fokus pengajaran yang berbeza.
📚 Nak belajar teknik mengajar blending secara sistematik?
Dalam Kursus Intensif Online ReadEasy Phonics, saya akan tunjukkan langkah-langkah mengajar blending supaya ibu bapa dan guru lebih jelas cara membimbing anak.
📅 3, 4 & 5 November 2026
⏰ 8.15 – 10.15 malam
💻 LIVE Zoom | 6 jam
⭐ Pakej Ekstra RM129
Live Zoom + Rakaman Kursus + 3 Bonus Video Sebutan Bunyi
Pakej Basic RM79
Live Zoom sahaja
👉 Daftar di sini:
https://ezy.la/kiofrez
Cikgu Azleen
Certified Trainer ReadEasy Phonics (Since 2018)
#ReadEasyPhonics #TeachingBlending #BelajarPhonics #CikguAzleen
Discover more from Cikgu Azleen
Subscribe to get the latest posts sent to your email.


