Macamana nak bagi anak faham apa yang dibaca?

Macamana nak bagi anak faham apa yang dibaca?

Kita kena tengok balik piramid kemahiran membaca – tengok video untuk rajah piramid ni. Saya lukis tau hahaha.

Piramid mula dari bawah, iaitu kemahiran asas.
Antara yang termasuk dalam kemahiran asas adalah mendengar, melihat dan bertutur.

Selain tu ada juga motor kasar, motor halus dan latar belakang anak.

Anak perlu ada penguasaan kemahiran asas yang baik, barulah boleh ke peringkat seterusnya iaitu kesedaran fonologi.

Dalam kesedaran fonologi, anak perlu tahu yang perkataan terdiri dari bunyi.
Anak boleh dengar suku kata dalam perkataan, boleh pecahkan perkataan kepada suku kata.

Peringkat seterusnya adalah kesedaran fonemik.
Ini lebih halus dari fonologi.

Di peringkat ini, anak boleh dengar bunyi-bunyi kecil dalam perkataan.

Anak juga boleh memanipulasikan bunyi-bunyi ini.

Kedua-dua peringkat fonologi dan fonemik ini berlaku secara lisan sahaja, tidak melibatkan kad imbas apatah lagi buku.

Bila anak ada kesedaran fonemik yang bagus, barulah anak boleh belajar membaca (fonik) dengan cepat.

Kerana fonik mengaitkan bunyi-bunyi (kesedaran fonemik) kepada simbol (huruf).

Bila anak dah boleh baca, teruskan berlatih membaca sampai lancar.
Barulah boleh sampai ke peringkat seterusnya iaitu kefahaman.

Pendek cerita, nak pastikan anak boleh faham apa yang dibaca, ajarkan anak membaca sampai lancar dahulu ya. Part 16


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

Leave a Reply