Apa Itu Synthetic Phonics & Kenapa Ia Lebih Efektif Daripada Hafalan ABC?

“Anak dah boleh sebut A sampai Z, tapi kenapa tak boleh baca ‘cat’ pun?”

Ini soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa. Nampak macam anak dah ‘pandai’ sebab tahu semua huruf, tapi bila diminta membaca — mereka terdiam.

Sebenarnya, masalah bukan pada anak, tapi pada kaedah yang digunakan.


📉 Ajar Nama Huruf, Bukan Bunyi

Kebanyakan kanak-kanak diajar membaca dengan mula hafal:

  • Nama huruf: A, B, C, D…
  • Lagu ABC
  • Ejaan: “C-A-T, CAT!”

Tapi otak tak belajar membaca melalui nama huruf. Ia belajar membaca melalui bunyi.

Kajian neuroscience menunjukkan bahawa otak manusia membaca perkataan dengan memproses bunyi secara berurutan (sound-by-sound) — bukan dengan mengecam huruf secara visual atau hafalan semata-mata.


📚 Synthetic Phonics

Synthetic phonics ialah kaedah mengajar membaca bermula dengan:

  1. Bunyi huruf (phoneme) — /s/, /a/, /t/, dll
  2. Gabungan bunyi (blending) — /s/ + /a/ + /t/ → sat
  3. Bina perkataan — kemudian baca dan faham.

Kaedah ini terbukti berkesan dalam pelbagai kajian:

“…once a child has fully understood the connection between sounds and letters, there’s no stopping him from becoming a fluent reader almost overnight.”
— Rudolph Flesch, Why Johnny Still Can’t Read


🧠 Sokongan Sains: Cara Otak Baca

Menurut kajian 10 tahun pengimejan otak (brain imaging), bahagian otak yang aktif ketika membaca ialah bahagian yang memproses bunyi, bukan visual huruf.

“The brain reads sound-by-sound.”
HealthyPlace: Brain Imaging Research on Reading

Synthetic phonics membantu ‘wayarkan’ otak anak untuk membaca secara semula jadi dan automatik.


✅ Anak Lebih Cepat Baca & Faham

Berbeza dengan kaedah hafalan:

  • Anak boleh membaca perkataan baru tanpa hafal
  • Lebih yakin, sebab faham bagaimana bunyi membentuk makna
  • Boleh mengeja dan menulis dengan lebih tepat

Kerajaan UK juga mengarahkan semua sekolah rendah guna kaedah ini selepas dapati murid 3 tahun lebih ke hadapan dalam kemahiran membaca berbanding kaedah lain.


🎓 Belajar Synthetic Phonics dengan Kursus ReadEasy

Kalau anda nak:
✅ Ajar anak membaca English dengan cara yang betul
✅ Faham teknik synthetic phonics secara sistematik
✅ Dapat latihan hands-on dari Certified Trainer

👉 Daftar kursus intensif ReadEasy hari ini!
📅 Online, 6 jam, platform Zoom
📌 Daftar di sini: https://whiztots.onpay.my/order/form/kiofrez


Similar Posts

Leave a Reply