Kelas Membaca - Seni Ajar Membaca

KELAS MEMBACA ONLINE WHIZTOTS

Siapa yang ada anak berusia 6 tahun, yang dah pergi sekolah tadika, dah hantar tuisyen, hari-hari nyanyi lagu ABC tapi MASIH BELUM BOLEH MEMBACA?

Akibatnya anak tak dapat nak buat homework sendiri, tak dapat faham apa cikgu ajar dalam kelas, anak tak suka buka buku, asyik mengelak je bila kita nak ajak dia membaca, cikgu marah anak, tuduh anak kita malas dan degil (padahal belum boleh baca jer pun), kawan-kawan pun ikut ejek-ejek anak kita, anak jadi tak suka nak pergi sekolah, rasa malu dan sedih.

Kita pun jadi stress sebab nak ajak anak belajar, dia asyik mengelak, kata sakit perut lah, nak pergi toiletlah, laparlah, mengantuk pun ada. Bila balik kampung, atuk nenek, mak sedare bapa sedare asyik tanya soalan yang sama kat anak kita, “Dah pandai baca?”.

Lepas tu, kita pun rasa malu juga. Nak marah kat anak, rasa serba salah. Nak buat tak kisah je anak belum boleh baca, takkanlah pulak kan. Kesian kat anak. Akhirnya marah kat diri sendiri sebab tak dapat nak bantu anak belajar membaca dengan lancar.

Makin paksa anak pergi sekolah, makin paksa anak pergi tuisyen, hari-hari setiap saat nyanyi lagi ABC pun, buka buku mengeja perkataan 24 jam sekalipun, makin susah anak nak mahir dan lancar membaca.

Anak perlu belajar membaca dengan cara yang seiring bagaimana otak anak berfungsi, yang terbukti secara sains neurologi (sains otak), yang tersusun dari mudah ke sukar, yang berulang-ulang (tapi bukan latih tubi) dan yang paling penting mestilah secara bermain barulah anak dapat belajar membaca dengan CEPAT, MUDAH dan BERKESAN!

Saya pun pernah ada anak yang dah pergi sekolah tadika, yang dah hantar pergi tuisyen, yang dah menyanyi lagu ABC setiap hari tapi masih BELUM BOLEH MEMBACA.

Walaupun mereka bukan anak saya sendiri, sebagai guru pemulihan yang makanan rujinya ajar membaca, saya ingin melihat anak-anak murid saya ini berjaya membaca dengan lancar. Barulah mereka boleh duduk belajar dalam kelas yang sama dengan kawan-kawan seusia mereka.

Kadang-kadang tu memang rasa frust mengajar, balik sekolah saya menangis. Rasa macam saya dah cuba segala teknik untuk mengajar. Ajar bukan banyak pun, ABCDE je. 3-5 huruf je sehari. Tapi bila tanya balik esoknya, anak murid dah lupa. Huruf pun tak ingat, macamana nak membaca.

Sampailah saya jumpa dengan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku yang membolehkan saya mengajar anak murid saya membaca dengan cepat, mudah dan berkesan.

Teknik Asosiasi yang dipraktiskan dalam kaedah ini membolehkan anak mengingat bunyi dan huruf dengan mudah. Ada banyak permainan yang dijalankan, anak-anak rasa seronok belajar, tak stress. Mereka ingat mereka bermain, tapi kat hujung kelas, mereka dapat semua yang diajar, dan yang paling penting, mereka tidak lupa.

Aktiviti hands-on pula membantu anak untuk faham konsep membaca ni dengan cepat. Anak-anak yang jenis tak reti duduk diam tu pun boleh faham dengan mudah bila guna konsep ni.

Mungkin anda pernah cuba kaedah mengeja atau kaedah suku kata, tapi anak cuma boleh baca kat buku kaedah tu sahaja. Tak boleh baca bila tunjuk buku lain, padahal perkataan yang sama. Nampak anak macam menghafal pula.

Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku ini lebih berkesan sebab:

✅ CEPAT – Ianya selari dengan cara otak berfungsi (terbukti secara sains neurologi yang otak membaca dengan menggabung bunyi demi bunyi)

✅ MUDAH – anak hanya perlu hafal 28 bunyi sahaja

✅ FITRAH – anak membaca secara gabung bunyi, bukan mengeja-ngeja dan bukan menghafal

✅ Kita ajar anak ABC selepas anak LANCAR membaca

✅ Anak boleh MENGEJA & MENULIS

✅ Anak boleh membaca dalam Bahasa Inggeris juga kerana KAEDAH dan BUNYI sama antara BM dan BI

Nak anak anda boleh membaca BM dengan CEPAT, MUDAH dan LANCAR?

Kelas Membaca Online Whiztots adalah kelas online Zoom secara 1-to-1 untuk anak berusia 5 tahun ke atas mula belajar membaca bahasa Malaysia menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku yang terbukti cepat, mudah dan berkesan.

Ada 2 pakej yang ditawarkan iaitu:

PAKEJ BASIC (2 KALI SEMINGGU) HANYA RM245 – untuk 7 orang sahaja
1x Yuran pendaftaran bernilai RM100
8x sesi kelas online mastery bernilai RM160
1x set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku bernilai RM47
1x set Buku Aktiviti Fonetik Ekspres bernilai RM12
1x Laporan Perkembangan Anak bernilai RM30
BONUS: 1x set Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku bernilai RM34
BONUS: 1x poster Lagu Abu Ada Ayam bernilai RM3
BONUS: 1x Carta Bunyi Bacalah Anakku bernilai RM3
ISTIMEWA: Surprise Bonus bernilai RM50

* Kelas Online Mastery adalah kelas one to one dengan tutor melalui aplikasi zoom, tiada rakaman
** Yuran bulanan untuk kelas seterusnya adalah RM160 sahaja
*** Kelas maksimum 8x dalam sebulan

PAKEJ NORMAL (3 KALI SEMINGGU) HANYA RM285 – untuk 7 orang sahaja
1x Yuran pendaftaran bernilai RM100
12x sesi kelas online mastery bernilai RM220
1x set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku bernilai RM47
1x set Buku Aktiviti Fonetik Ekspres bernilai RM12
1x Laporan Perkembangan Anak bernilai RM30
BONUS: 1x set Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku bernilai RM34
BONUS: 1x poster Lagu Abu Ada Ayam bernilai RM3
BONUS: 1x Carta Bunyi Bacalah Anakku bernilai RM3
ISTIMEWA: Surprise Bonus bernilai RM50

* Kelas Online Mastery adalah kelas one to one dengan tutor melalui aplikasi zoom, tiada rakaman
** Yuran bulanan untuk kelas seterusnya adalah RM220 sahaja
*** Kelas maksimum 12x dalam sebulan

Untuk info lanjut, boleh terus ke laman web berikut:
ezy.la/entrybak
ezy.la/entrybak
ezy.la/entrybak

https://www.youtube.com/watch?v=U5s8fJmjgxM

Leave a Reply