Seni Ajar Membaca

Tip #2 Ajar Simbol Secara Multisensori

Tip #2: Ajar simbol secara multisensori

Menurut kajian yang dibuat oleh Mindtools pada tahun 1998, hanya 65% daripada populasi pelajarnya belajar secara visual. 30% belajar secara auditori dan baki 5% lagi adalah dari kalangan yang belajar secara kinestetik.

Menurut Dale Cone Experience Model pula (Rujuk gambar), manusia hanya mengingati 30% daripada apa yang mereka lihat, 50% daripada apa yang mereka dengar dan lihat, dan 90% apa yang mereka lakukan.

Justeru, dalam mengajarkan simbol kepada anak, kita hendaklah mempelbagaikan aktiviti bagi memberi peluang anak mengingati simbol dengan lebih baik (90%).

Antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi meliputi pelbagai sensori (multisensori) anak adalah:

1. Kad imbasan (penglihatan)
2. Menyentuh kad huruf berpasir (sentuhan)
3. Menulis bunyi di atas pasir atau krim pencukur (penglihatan, sentuhan, pendengaran)
4. Menulis di udara (muscle memory)
5. Menggunakan bongkah simbol/ huruf (sentuhan secara 3D)
6. Membina simbol dengan menggunakan playdoh (sentuhan secara 3D)

Jadi, selepas ini bila mengajarkan anak simbol, cuba buat ke-enam-enam aktiviti ini dahulu. Bagi sesetengah anak, aktiviti ini mungkin perlu diulang beberapa kali barulah mendatangkan ingatan yang kuat kepada anak.

Selamat mencuba!

Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy
Guru Membaca Fonik 
#tipsmembacafonik

Leave a Reply