Ladang Pak Hasan

Sesi membaca lantang hari ini disertai oleh Isyraq dan Mommy sahaja. Kakak dan Angah ikut Abah pergi tengok perarakan Merdeka.

Tahun ini Pasir Gudang menjadi tuan rumah untuk sambutan kemerdekaan peringkat Negeri Johor. Perarakan pagi ini dibuat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Cerita pilihan kami hari ini adalah Ladang Pak Hassan, buku kedua dari Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku. Buku sebanyak 17 muka surat ini ditulis oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi dan diterbitkan oleh One Stop Language and Computer Consultancy. Set buku ini ada diedarkan oleh Whiztots Resources.

  1. Sambil membaca buku ini, saya juga menyanyikan lagu Pak Hassan Ada Ladang mengikut melodi lagu Old Mac Donald.

  2. Saya variasikan bunyi “a e i o u” kepada /a i u e o/ dan seterusnya kepada gabung bunyi “ma mi mu me mo”, “ka ki ku ke ko” dan “ba bi bu be bo”.

  3. Apabila Isyraq mula menunjukkan respon kepada cerita dan lagu, saya memberi masa menunggu respon bunyi dari Isyraq. Isyraq baru 7 bulan.

  4. Lagu-lagu ini boleh diulang-ulang di waktu lain tanpa sesi membaca lantang dan boleh divariasikan dengan haiwan-haiwan ternakan lain serta gabung bunyi lain.

  5. Bagi anak-anak yang lebih besar boleh tambahkan aktiviti mengira gambar haiwan, mencari haiwan dalam gambar dan membuat bunyi dan aksi haiwan.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-60!

Merdeka adalah apabila minda dan jiwa kita bebas dari dipengaruhi anasir jahat.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy baru merdeka.

Similar Posts

  • Bermula Dengan Perkataan

    TIP#12 Bank Perkataan Salah satu idea yang bagus dan menarik adalah membuat koleksi perkataan yang anak telah belajar membacanya. Kalian perlukan satu kotak – kotak kasut pun boleh. Tuliskan “bank perkataan” padanya. Gunakan huruf kecil. Jika anak kalian jenis yang suka berkraftiviti, galakkan anak untuk melukis pintu dan tingkap bergril pada kotak tersebut. Inilah tempat…

  • Simple ABC

    Masa saya kecil dahulu, ABC lebih ringkas. Ianya hanyalah ais kisar yang diletakkan sirap dan serbuk milo. Ada kacang merah dan kegemaran saya adalah nenas. Di kampung saya, Abang Nan yang menjual ABC ini, baru dua puluh sen satu bungkus. Kedainya betul-betul di pintu belakang sekolah. Jadi bila balik sekolah berpusu-pusulah kami ke kedai membeli…

  • Aktiviti Dengar Dan Buat

    Antara cara untuk mengukuhkan gabung bunyi adalah dengan membuat aktiviti dengar dan buat. Aktiviti ini dibuat selepas anak mahir dengan aktiviti lihat dan buat. Nak tahu bagaimana aktiviti dengar dan buat dijalankan dalam kumpulan? Layan video pendek 40 saat ini.. Semoga bermanfaat, dari saya Cikgu Azleen yang sangat suka ajar membaca kaedah fonik gabung bunyi…

  • Cara Bimbing Anak Membaca

    Anak kecil hendaklah dibimbing sewaktu membaca. Duduk sebelah sewaktu dia membaca. Walaupun sudah tamat Buku 8 beberapa bulan yang lalu, dan sekarang sudah hampir tamat Read Easy Beginner Level, saya masih lagi menemani Afiah membaca. Kadang-kadang dia jumpa perkataan yang panjang dan tidak pernah ditemui. Lantas boleh menjadi salah sebutan ataupun salah fahaman. Sambil membaca,…

  • Motivasi, Ganjaran dan Rasuah

    Ganjaran dan rasuah adakalanya sangat berkesan, terutamanya kepada anak kecil. Matlamat kecil yang dicapai sepanjang perjalanan belajar membaca boleh diberikan ganjaran yang kecil bersesuaian. Contohnya, dalam kelas Whiztots tutor akan memberikan sebutir coklat Nips setiap kali pelajar dapat membaca satu perkataan. Sekeping stiker senyuman pelbagai warna pula diberikan untuk dilekatkan pada tapak stiker setiap kali…

Leave a Reply