• Lain-lain

    Bayi Muntah Bila Menyusu?

    Isyraq selalu muntah..

    Tapi takdelah saya risau sangat – sebab dia kentut, perutnya tidak keras, kelakuan normal, dan muntahnya hanya semasa atau selepas menyusu.

    Selain tu ianya juga tidak projectile. Lebih kepada macam meleleh gitu.

    Ketiga-tiga anak macam ni juga.

    Yang tak bestnya adalah mommy bau masam susu jer.

    Abis tudung dan baju bercorak muntah susu.

    Mak-mak kalau tengok mungkin paham.

    Yang belum mak-mak tu agaknya apalah dalam pikiran mereka. Selekeh benor hakak ni 😅

    Anyway, thanks dr Hairin Anisa Tajuddin sharekan pasal topik ni..

    Juga ada tips dan triks untuk cuba atasi isu ini.

    Saya dah cuba setakat beberapa jam yang lepas ni..

    Harapnya positif..

    Nor Azleen Abd Rahim
    Professional Mommy