SIAPA YANG AKAN BIMBING ANDA BELAJAR READEASY PHONICS?

Assalamualaikum. Saya Cikgu Azleen. 😊

Sebelum aktif mengendalikan kursus dan latihan phonics, saya pernah berkhidmat sebagai Guru Pemulihan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari tahun 2008 hingga 2017.

Sepanjang tempoh tersebut, saya banyak terlibat dalam membantu murid yang menghadapi kesukaran menguasai kemahiran asas membaca.

Saya juga pernah dilantik sebagai Jurulatih Utama Pemulihan Khas PPD Pasir Gudang dari tahun 2014 hingga 2017.

Minat saya dalam bidang pengajaran membaca membawa saya mendalami kaedah Bacalah Anakku dan ReadEasy Phonics.

Antara kelayakan latihan yang saya miliki:

✅ Certified Tutor Bacalah Anakku dan ReadEasy (sejak 2016)
✅ Certified Personal Coach Bacalah Anakku dan ReadEasy (sejak 2017)
✅ Certified Trainer Bacalah Anakku dan ReadEasy (sejak 2018)

Bagi saya, mengetahui sesuatu kaedah membaca sahaja belum mencukupi. Kita juga perlu memahami bagaimana hendak mengajarnya.

Sebab itulah dalam kursus yang saya kendalikan, saya memberi penekanan kepada teknik pengajaran yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dan guru.

Bukan sekadar mengenal bunyi phonics, tetapi belajar:

📌 Cara memperkenalkan bunyi baharu.
📌 Cara mengajar bentuk dan pembentukan huruf.
📌 Cara membimbing anak menggabungkan bunyi untuk membaca perkataan.

Saya percaya, apabila ibu bapa dan guru lebih memahami proses pengajaran, mereka juga akan lebih yakin membimbing anak-anak belajar membaca.

Kalau anda mahu belajar teknik mengajar ReadEasy Phonics, saya jemput sertai kursus saya pada November ini.

📚 KURSUS INTENSIF ONLINE READEASY PHONICS

📅 3, 4 & 5 November 2026
⏰ 8.15 – 10.15 malam
💻 LIVE Zoom | 6 jam

⭐ PAKEJ EKSTRA RM129
Live Zoom + Rakaman Kursus + 3 Bonus Video Sebutan Bunyi

PAKEJ BASIC RM79
Live Zoom sahaja

👉 Pendaftaran:
https://ezy.la/kiofrez

Jumpa saya dalam kelas nanti!

Cikgu Azleen
Certified Trainer ReadEasy Phonics (Since 2018)

#ReadEasyPhonics #CikguAzleen #KursusPhonics #BelajarPhonics


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

Leave a Reply