Umur berapa nak mula ajar anak baca?
Umur berapa nak mula ajar baca?
Ajar baca bukan ikut umur, tapi ikut kesediaan belajar membaca anak.
Antara faktor yang diambil kira adalah:
- Perkembangan bahasa
Boleh sebut nama, boleh faham arahan, boleh bercerita - Kemahiran fonemik
Boleh kenal dan bezakan bunyi awalan dalam perkataan - Tumpuan dan daya fokus
Boleh fokus satu aktiviti 5-10 minit, tidak cepat marah bila diganggu, menunjukkan minat menconteng - Kemahiran motor halus
Boleh pegang pensel atau krayon dengan genggaman yang betul, boleh menukar halaman buku - Sikap dan emosi terhadap pembelajaran
Menunjukkan minat terhadap buku
Jadi ibu, semak dulu tahap kesediaan membaca anak.
Ada anak yang 3 tahun dah bersedia, ada juga anak yang dah 6 tahun masih belum bersedia.
So, cuba tulis kat komen umur berapa anak ibu bersedia belajar membaca? Part 12
Discover more from Cikgu Azleen
Subscribe to get the latest posts sent to your email.


