Kenapa Ramai Anak Tak Boleh Baca English Walaupun Dah Masuk Sekolah?
“Dah darjah dua, tapi anak masih terkial-kial baca perkataan ‘cat’… kenapa jadi macam ni?”
Bunyi macam biasa dengar, kan?
Ramai ibu bapa terkejut bila anak dah bertahun belajar English di sekolah, tapi masih belum boleh membaca dengan lancar. Masalah ini bukan disebabkan anak lembap atau tak cukup berusaha. Sebaliknya, puncanya lebih dalam — ia berkaitan dengan kaedah yang digunakan untuk ajar membaca.
❌ Kaedah Eja Lama: Hafal, Teka, Lupa
Di kebanyakan sekolah, ramai murid masih diajar menggunakan kaedah mengeja lama:
👉 “C-A-T, CAT!”
👉 “M-U-M, MUM!”
Kaedah ini nampak berkesan pada awalnya, tapi sebenarnya banyak kelemahan:
- Anak hanya hafal dan teka, bukan benar-benar faham hubungan antara huruf dan bunyi.
- Mereka cepat lupa, sebab tak belajar berdasarkan sistem bunyi yang konsisten.
- Anak jadi keliru, terutama bila jumpa perkataan pelik ejaan tapi tak bunyi seperti biasa — contohnya “one”, “the”, “was”.
✅ Kaedah Fonik: Baca Berdasarkan Bunyi
Kaedah fonik (phonics), terutama jenis synthetic phonics, ajar anak bunyi huruf dahulu sebelum mereka kenal nama huruf.
Contoh:
👉 “c-a-t” dibunyikan /k/ /æ/ /t/ dan digabungkan → cat.
Menurut pakar pendidikan seperti William Bennett dan Rudolph Flesch, anak akan membaca dengan lebih cepat dan lancar bila mereka faham sistem bunyi-huruf ini. Malah, kajian di UK dapati murid yang belajar guna fonik 3 tahun lebih ke hadapan berbanding murid lain pada usia 11 tahun!
📚 ReadEasy: Solusi Terbukti dengan Fonik
Program ReadEasy menggunakan pendekatan synthetic phonics yang sistematik — ajar anak:
✅ Bunyi satu huruf →
✅ Gabung bunyi →
✅ Bina perkataan →
✅ Baca ayat dan cerita.
Modul ReadEasy juga telah diguna pakai secara meluas, dengan pendekatan “sound to symbol” yang lengkap dengan aktiviti menyebut, menulis dan membaca secara berperingkat.
💡 Kesimpulan: Masalah Bukan Pada Anak, Tapi Pada Kaedah
Kalau anak masih tak boleh baca English walaupun dah bersekolah, itu bukan salah mereka.
Mereka cuma perlukan cara ajar yang betul — fonik, bukan hafal eja.
🎓 Jom Daftar Kursus Intensif ReadEasy Hari Ini!
Nak belajar cara ajar anak membaca English guna fonik dengan betul?
Program Kursus Intensif ReadEasy Online (6 jam di Zoom) sesuai untuk ibu bapa & guru!
📌 Pendaftaran dibuka sekarang di:
👉 https://whiztots.onpay.my/order/form/kiofrez
Tempat terhad. Daftar sekarang sebelum penuh!


