Seni Ajar Membaca

Sally Shaywitz: Perkembangan Otak & Belajar Membaca

Laman web ASCD telah menjalankan satu sesi interviu dengan Sally Shaywitz. Sally Shaywitz adalah pakar kanak-kanak, pakar neurologi dan juga ahli National Reading Panel US.

Sesi interviu ini dijalankan bagi mengetahui bagaimana otak kanak-kanak berkembang dan apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah pembelajaran di peringkat awal.

Berikut adalah intipati dari perbualan tersebut yang saya fahami:

  1. Bercakap adalah natural, membaca tidak. Kanak-kanak tidak membaca secara automatik. Mereka perlu diajar bagaimana untuk membaca.
  2. Sistem otak yang membantu manusia membaca adalah sistem bahasa. Untuk membaca, kanak-kanak perlu menggunakan sistem bahasa yang kaya dan hebat ini untuk mendapatkan makna dari cetakan. Untuk melakukan itu, kanak-kanak mengekod cetakan tersebut kepada bahasa.
  3. Ini bermakna bahawa untuk membaca, kita perlu mengubahsuai atau melatih otak untuk berfungsi dalam cara yang bukan asalnya ia berfungsi. (Pengubahsuaian fungsi otak). Untuk sebahagian kanak-kanak, ini adalah mudah. Untuk sebahagian daripadanya lagi, sangat susah.
  4. Hasil kajian di Yale University menunjukkan bahawa membaca adalah kemahiran terhasil berasaskan biologi. Kanak-kanak yang tidak boleh membaca sering dipersalahkan sebagai tidak bermotivasi (pemalas) atau tidak cukup berusaha. Dalam erti kata lain, ia adalah kesilapan sengaja mereka.

Dengan teknologi fMRI, kita boleh melihat imaging pattern dan mengetahui bahawa sistem biologi otak kanak-kanak ini yang menjadikan masalah tidak boleh membaca ini berlaku.

  1. Terdapat perbezaan besar, cara otak memproses semasa membaca bagi pembaca mahir dengan mereka yang tidak boleh membaca. Hasil kajian menyarankan untuk mengelakkan atau langkah pemulihan (intervensi) masalah membaca, lakukan phonological awareness.
  2. Hasil kajian juga mendapati bahawa salah satu petanda kuat siapa yang boleh membaca dengan baik adalah tahap kesedaran phonemicnya.
  3. Kaedah membaca paling komprehensif adalah kaedah yang mengajarkan sistem bunyi dalam bahasa tersebut. Ia mengajar kanak-kanak bahawa perkataan boleh dipecahkan kepada unit bahasa yang lebih kecil (fonem) dan juga huruf mewakili unit bahasa yang lebih kecil ini – fonik.
  4. Kanak-kanak perlu berlatih membaca. Bayangkan brain pathway ini seperti jalan. Semakin kerap ia digunakan, ia semakin lancar dan besar. Kanak-kanak yang tidak boleh membaca dengan baik, tidak akan mahu membaca.

Jika kita boleh memberikan kepada kanak-kanak bermasalah membaca, perkara asas tentang bunyi supaya mereka tahu dan boleh mendekod sekumpulan perkataan, mereka akan mempunyai kemahiran fonologikal untuk membunyikan perkataan yang mereka tidak pernah diajar dan terdorong secara semulajadi untuk membaca.

Apabila mereka mula boleh membaca lancar, barulah otak mempunyai sumber berlebihan untuk menikmati makna perkataan dan cerita yang dibaca.

  1. Kanak-kanak disleksik mempunyai kesukaran dalam fonologi, tetapi bagus dalam pemahaman. Kanak-kanak ini biasanya mempunyai vokabulari yang hebat, tetapi tidak boleh memahami cetakan. Bayangkan perasaan mereka. Kerana itu kanak-kanak sebegini perlu dikesan lebih awal, dan diberikan bantuan secara terus dan berkesan.

Panjang lagi, akan bersambung dalam bahagian kedua nanti.

Nor Azleen Abd Rahim

cikgumommy

powerupmychild

Sumber: http://www.ascd.org/publications/educational-leadership/oct99/vol57/num02/Learning-About-Learning-to-Read@-A-Conversation-with-Sally-Shaywitz.aspx

Leave a Reply