Mengajar Membaca

Langkah 2: Mengajar Gabung Bunyi

Langkah 2: Mengajar Gabung Bunyi

Seterusnya, anak perlu tahu yang kita boleh menggabung bunyi untuk dijadikan perkataan dan perkataan mempunyai makna. Jadi /a-n-i/ menjadi nama kanak-kanak perempuan dan /a-b-u/ menjadi nama kanak-kanak lelaki.

Untungnya perkataan dalam bahasa Malaysia ini boleh dipecahkan kepada suku kata. Jadi kita boleh ajar /a/ dan /ni/ dan /bu/. Kemudian baru digabungkan lagi menjadi /ani/ dan /abu/. Lebih mudah begitu.

Pastikan kita mengajar anak menggabung bunyi, bukan mengeja-ngeja bunyi atau menghafal suku kata.

Untuk mengajar gabung bunyi, kita boleh mulakan secara lisan dahulu. Ada banyak pendekatan seperti karate, robocop, tepuk-tepuk tangan, ketuk meja dan sebagainya. Pilih satu sahaja yang paling anak gemari.

Selepas anak biasa secara lisan, kita perkenalkan dengan kad berkawan pula. Dan pastikan buat aktiviti hands-on untuk mengukuhkan kefahaman anak terhadap gabung bunyi.

Akhir sekali, barulah kita beralih kepada membaca di dalam buku. Siri Bacalah Anakku telah disusun secara sistematik untuk memudahkan anak belajar membaca. Boleh sahaja gunakan buku ini untuk membaca.

Pendek kata, mudah sahajakan ajar gabung bunyi:

Langkah 1: Mulakan dengan gabung bunyi lisan

Langkah 2: Perkenalkan kad berkawan.

Langkah 3: Buat aktiviti hands-on.

Selepas itu, baca buku untuk memastikan anak benar-benar telah boleh membaca, bukan menghafal.

Nah, semua langkah-langkah ini saya ada terangkan secara terperinci dalam Kursus Intensif Kaedah Mengajar.

Semoga bermanfaat. Silakan share.

Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy
#notafonik

.

.

Leave a Reply