Hari itu masa saya sedang berbengkel PdPc Kaedah Fonik Untuk Literasi BM di sebuah sekolah ni, ada cikgu yang angkat tangan nak tanya soalan.
“Kalau anak usia 4, 5 dan 6 tahun, berapa banyak yang boleh diajar dalam sehari?”
Soalan beliau buat saya diam sebentar. Kemudian saya senyum.
Ini kan sekolah rendah. Paling muda usia anak di sekolah rendah adalah 7 tahun.
Mana datang yang 4, 5 dan 6 tahun? Hehe.
Rupanya cikgu ni berhajat nak mengajar anaknya sendiri di rumah.
Nah, rakan-rakan cikgu.
Pengisian (content) mengajar kaedah fonik gabung bunyi untuk anak 4, 5, 6, 7, 8 malah berapa pun usia anak adalah sama.
Pengisiannya sama, apa yang nak diajarnya sama. Pendekatan berbeza.
Mengajar anak murid dalam kelas tidaklah boleh sama seperti mengajar anak sendiri di rumah.
Itu yang nanti ada yang tanya, “Cikgu Leen, susahlah anak saya ini tak nak belajar di rumah.”
Pendekatan tidak sesuai.
Mengajar anak di rumah:
- Sesi mestilah pendek-pendek. Memadai 2-3 minit sahaja per sesi.
-
Boleh buat sesi beberapa kali dalam sehari. Jarakkan sekurang-kurangnya 20 minit antara sesi.
-
Buat secara santai dan bersahaja. Tidak perlu minta anak mengulang-ulang apa yang kita ajar.
-
Berhenti apabila cukup masa 2-3 minit tadi walaupun anak sedang seronok gila membuatnya. Berhenti sebelum anak bosan.
-
Berikan pujian dan semangat untuk anak. Berikan pujian secara terperinci tentang apa yang dia lakukan.
Cukuplah 5 tips mengajar anak di rumah ini.
Selamat mengajar anak sendiri.
PLAY DOES WORK!
Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy