Bila Waktu Terbaik Untuk Mula Ajar Anak Membaca?

Dulu saya pun fikir…

“Ala, nanti masuk darjah satu la baru ajar membaca.”

Tapi bila saya mula belajar tentang fonik dan perkembangan awal kanak-kanak, baru saya sedar — tunggu sekolah tu sebenarnya dah agak lewat.


🧠 Anak Belajar Sejak Kecil… Tapi Kita Tak Perasan

Anak sebenarnya mula “belajar membaca” dari hari pertama dia lahir.

Bukan baca buku, tapi:

Dengar bunyi sekeliling Perhati mulut kita bila kita bercakap Tirukan bunyi haiwan Sebut perkataan pertama: mama, susu, nak, tak mau 😄

Semua tu asas kepada membaca — phonological awareness kata orang putih.

Bila anak boleh dengar dan beza bunyi… kita dah boleh mula ajar fonik.


📅 Jadi, Bila Nak Mula?

Kalau anak dah mula:

✅ Tiru bunyi (macam meow, moo, ssss)

✅ Boleh sebut 1–2 perkataan

✅ Suka dengar bila kita baca atau bercakap

✅ Minat pada gambar, huruf atau lagu

…itu maksudnya anak dah bersedia.

Tak perlu tunggu pandai pegang pensel. Tak perlu tunggu “kenal semua huruf”.

Kita mula dengan bunyi, ikut rentak anak.


🎨 Saya Mula Dengan Aktiviti Ringkas

Saya ajar anak saya mula membaca masa umur 4 tahun.

Bukan dengan buku tebal atau latihan menulis panjang-panjang…

Tapi dengan:

  • Mewarna gambar ayam untuk bunyi /a/
  • Bentuk huruf dengan plastisin
  • Cari & bulatkan huruf dalam grid
  • Gabung bunyi ma–mi–mu guna jari
  • Baca ayat pendek macam “mama mimi.”

Aktiviti-aktiviti macam ni bukan je bantu anak kenal bunyi…

tapi buat anak seronok dan tak takut nak belajar membaca.


📥 Nak Mula Hari Ni?

Saya tahu, kadang-kadang kita ibu ayah pun tak tahu nak mula dari mana.

Sebab tu saya sediakan eBook Aktiviti Jom Fonik – Set 1, penuh dengan aktiviti fonik yang mesra ibu ayah, ikut urutan mudah, dan tak perlukan latihan menulis langsung.

Dan untuk bantu anda mula dengan yakin…

📘 Saya bagi free sample 5 halaman — boleh terus print dan guna hari ni juga.

👉 Muat turun aktiviti fonik awal dalam eBook kami — sesuai seawal 4 tahun


Awal tak semestinya laju.

Tapi bila anak dah kenal bunyi sejak kecil, proses membaca tu jadi lebih mudah, lebih natural, dan lebih menyeronokkan.

Jom mula hari ni, walaupun satu bunyi je dulu.

Sikit-sikit, lama-lama anak boleh baca ❤️

Similar Posts

Leave a Reply