Apa Itu Fonik? Panduan Ringkas untuk Ibu Bapa Baharu
Selalu saya jumpa ibu ayah yang tanya,
“Cikgu, anak saya dah kenal semua huruf A sampai Z… tapi kenapa masih tak boleh baca?”
Dan saya akan senyum, sebab saya pun pernah alami benda yang sama dulu.
Jawapannya biasanya ringkas je: sebab anak kenal huruf, tapi tak kenal bunyi huruf.
🎯 Kenapa Fonik?
Sebab bahasa Melayu ni fonetik — sebut macam tulis.
Jadi kalau anak tahu bunyi setiap huruf, dia boleh gabung dan baca sendiri.
Contoh:
👉 /m/ + /a/ = ma
👉 /m/ + /i/ = mi
👉 /m/ + /u/ = mu
Gabung-gabung…
Anak boleh baca ayat macam:
“Mama Mimi.”
Dan percayalah, bila anak boleh baca sendiri ayat pertama dia, itu detik yang sangat membanggakan untuk semua — termasuk mak ayah 💕
👶 Bila Boleh Mula Ajar Fonik?
Kalau anak dah:
Tiru bunyi haiwan (macam “meow”, “sss”) Boleh sebut perkataan mudah (macam mama, susu) Suka tengok gambar & dengar kita bercakap
…itu maksudnya dah boleh mula fonik secara santai.
Tak perlu tunggu anak masuk darjah satu.
Saya mula seawal anak umur 4 tahun — dengan aktiviti ringkas yang tak lebih 10 minit sehari pun!
🎨 Aktiviti Fonik Yang Saya Buat
Saya suka buat aktiviti yang anak rasa macam main, tapi sebenarnya tengah belajar:
- Mewarna gambar ayam untuk bunyi /a/
- Bentuk huruf dengan plastisin
- Cari huruf dalam grid
- Slide jari sambil sebut: ma… mi… mu…
- Kotak fonik – letak satu bunyi satu kotak
- Baca ayat mudah: mama, mimi, mama mimi 😄
📥 Nak Cuba? Saya Dah Sediakan Free Sample
Kalau rasa tak tahu nak mula macam mana,
saya dah sediakan satu eBook Aktiviti Fonik yang boleh terus cetak & guna di rumah.
Dan untuk ibu ayah yang nak tengok dulu, saya bagi free sample 5 halaman.
Dalam sample ni ada:
✅ Aktiviti bunyi /a/
✅ Mewarna + plastisin + cari huruf
✅ Gabung ma–mi–mu
✅ Kotak fonik + ayat mudah
👉 Klik sini untuk muat turun percuma
✨ Kesimpulan
Fonik ni tak susah.
Yang penting: kita ajar ikut cara otak anak kecil belajar – melalui bunyi, pengulangan dan aktiviti yang seronok.
Mulakan hari ni dengan satu bunyi.
Esok tambah lagi satu.
Hari-hari ulang sikit-sikit… lama-lama anak kita akan pandai baca — dengan senyuman penuh yakin 😊


