Kursus Intensif (Online) Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku

BANTU ANAK BELAJAR MEMBACA DENGAN KURSUS INTENSIF KAEDAH MENGAJAR FONIK BACALAH ANAKKU


“Blur sangat bila nak ajar anak membaca. Tak tahu nak ajar macamana.”

“Dah penat ajar anak membaca, tapi tak juga dapat-dapat.”

“Macamana nak ajar anak membaca dengan cepat dan anak tak lupa apa yang diajar?”

SAYA FAHAM…

Anda ada masalah macam kat atas tadi. Ramai yang mengadu masalah macam tu kat saya…

Saya juga faham, anda nak sangat dapat membantu anak anda belajar membaca dengan cepat dan lancar.

Anda tahu…

Kalau anda TAK RETI mengajar anak anda membaca, memang anak anda akan susah nak dapat apa yang diajar dan memanjang jer lupa apa yang anda dah ajar.

Anda pun sedar…

Anda nak anak anda LULUS ujian pentaksiran dan penilaian di sekolah, SEBAB ITULAH anda mencari-cari cara untuk membantu anak anda belajar membaca dengan cepat dan lancar.

Betul tak?

JADI… SAYA JEMPUT ANDA…

Untuk daftar dan belajar dalam Kursus Intensif (Online) Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku.

TARIKH KURSUS: 8 & 9 JANUARI 2025 (WAJIB HADIR KEDUA-DUA HARI)
MASA: 8.20 MALAM HINGGA 11.20 MALAM
PLATFORM ZOOM.US (LINK DIHANTAR KE EMEL SEBAIK SAHAJA PENDAFTARAN DISAHKAN)

DALAM KURSUS ONLINE INI, ANDA AKAN BELAJAR:

MODUL 1: Asas Fonik
~ Ketahui apakah itu kaedah fonik
~ Fahami kenapa kaedah fonik ini amat berkesan walaupun untuk anak berkeperluan khas seperti speech delayed, disleksia, ADHD dan autisme
~ Belajar cara menyebut bunyi dalam Bahasa Malaysia dan juga aksi asosiasi bagi setiap bunyi

MODUL 2: Cara Ajar 1 Bunyi
~ Fahami strategi mengajar 1 bunyi supaya anak menyebut dengan betul
~ Belajar cara yang betul menyanyikan lagu Abu Ada Ayam untuk jadikan pembelajaran lebih seronok!

MODUL 3: Cara Ajar Simbol
~ Fahami strategi mengajar simbol supaya anak tidak lupa
~ Belajar aktiviti mengajar yang membuatkan anak seronok belajar
~ Kuasai Teknik Ajar Menulis yang berkesan anak cepat dapat

MODUL 4: Cara Ajar Gabung Bunyi
~ Fahami strategi mengajar gabung bunyi (membaca)
~ Kuasai teknik karate dan teknik kad berkawan untuk mudahkan anak faham cara gabung bunyi
~ Belajar aktiviti hands-on untuk anak faham cara gabung bunyi dengan cepat
~ Gunakan teknik ajar mengeja supaya anak tak dimarah oleh cikgu sekolah yang suka mengeja
~ Ketahui teknik untuk mengajar anak membaca dengan lancar perkataan yang panjang-panjang


“MACAM MANA CARA BELAJAR KURSUS INTENSIF (ONLINE) KAEDAH MENGAJAR FONIK BACALAH ANAKKU NI?”

  1. Kursus dijalankan secara online melalui aplikasi Zoom.us. Link akan dihantar melalui emel sebaik sahaja pendaftaran anda disahkan.
  2. Ada 2 hari kursus untuk 4 modul seperti di atas. Anda wajib hadir ketiga-tiga hari ini. Setiap hari kursus dijalankan selama 3 jam sahaja, 8.20 malam hingga 11.20 malam.
  3. Ada rakaman kursus yang boleh diakses melalui Google Classroom. Rakaman hanya untuk peserta Pakej EKSTRA sahaja. Anda akan dimasukkan ke dalam Google Classroom dalam masa 72 jam selepas kursus tamat.

“APA FAEDAH SAYA BELAJAR KURSUS INTENSIF (ONLINE) KAEDAH MENGAJAR FONIK BACALAH ANAKKU INI?”

  1. Anda BUANG salah faham pasal kaedah mengajar membaca yang buat anak anda asyik lupa dan susah nak dapat selama ini.
  2. Anda faham MAKSUD SEBENAR pandai membaca yang buatkan anda lebih senang nak bantu anak belajar membaca.
  3. Anda ada satu KAEDAH MUDAH yang anda boleh gunakan setiap kali nak bantu anak belajar membaca. Saya sendiri gunakan KAEDAH yang sama, banyak jimat masa daripada termenung berhari-hari tak tahu nak mula kat mana.

“BERAPA YURAN UNTUK DAFTAR?”

Kursus intensif secara bersemuka biasanya dijual dengan yuran RM180 dan ke atas. Tiada rakaman.

Yuran personal coaching pula antara RM350 ke RM500 untuk sekali coaching.

Yuran Pakej Basic untuk Kursus Intensif (Online) Fonik Bacalah Anakku hanyalah RM70 sahaja.

Saya nak sampaikan ilmu bantu anak belajar membaca ini kepada ramai parents yang memerlukan. Saya nak bagi anda senang buat keputusan untuk join dan belajar!

Yuran ini murah sangat.

Ambil peluang cepat sebelum yuran ini naik.

“ADA SIJIL PENYERTAAN TAK?”

Ada. Sijil hanya diberikan kepada peserta yang memenuhi syarat berikut:

  1. Cukup 180 minit x 2 hari kursus
  2. Membuka kamera sepanjang kursus berlangsung

BELAJAR BIAR SAMPAI MENJADI!

Saya nak peserta yang join program latihan saya buat bersungguh-sungguh sampai jadi!. Baru saya pun puas hati.

Selalunya saya yang paksa peserta untuk belajar dan buat.

KEJAP… ADA *BONUS* UNTUK ANDA!

Saya nak galakkan anda mendaftar tanpa ragu-ragu. Lepas anda daftar pula, saya nak anda nampak jelas dan boleh terus buat.

Saya nak anda BERJAYA! Belajar, faham jelas dan terus buat.

Jadi, saya nak bagi BONUS untuk anda sertai Pakej Ekstra pada yuran RM120 sahaja.

BONUS 1: Rakaman 3 hari Kursus Intensif (Online) Fonik Bacalah Anakku
BONUS 2: Akses ke Group Coaching Facebook Fonik360 yang mengandungi lebih 40 rakaman video dan artikel step-by-step cara mengajar Bacalah Anakku (Bernilai RM400)
BONUS 3: Akses ke Q&A Bacalah Anakku di Google Classroom

Dengan bonus-bonus ini, jika anda terlupa step tertentu, anda boleh refer balik dengan cepat.

DAFTAR, BELAJAR DAN BUAT UNTUK DAPAT HASIL…

Yuran Pakej Basic RM70, anda dapat:
~ Akses ke LIVE 3 hari Kursus Intensif (Online) Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku

Yuran Pakej Ekstra RM120, anda dapat:
~ Akses ke LIVE 3 hari Kursus Intensif (Online) Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku
~ Rakaman 3 hari Kursus Intensif (Online) Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku
~ Akses ke Group Coaching Facebook Fonik360
~ Akses ke Group Coaching Q&A Bacalah Anakku di Google Classroom

Belajar sekali dan anda boleh guna ilmu ini pada semua anak anda.

KLIK butang di bawah untuk daftar segera…


Daftar dengan tenang. Tiada risiko untuk anda!

Daftar dulu. Join kursus. Buat aktiviti yang kami sarankan bersama anak anda.

Kalau anda rasa ilmu ini tak membantu anda langsung…

Kalau anda rasa kursus ini tak berguna langsung…

Kalau ada rasa membazir masa anda belajar 2 hari dengan saya dalam kursus ini…

  1. Emel kami dengan rakaman video aktiviti-aktiviti yang anda buat bersama anak
  2. Kalau masih tak berpuas hati, kami akan REFUND yuran pendaftaran anda 100%.

Ilmu ini berkesan, InsyaAllah jika anda buat.