• Prasekolah - Seni Ajar Membaca - Tips Parenting

    5 Cara Menyemai Tabiat Membaca Di Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah

    Membaca adalah salah satu kemahiran yang paling penting yang perlu ditanamkan kepada anak-anak sejak awal. Kanak-kanak prasekolah adalah masa yang baik untuk menyemai tabiat membaca ini, karena ketika inilah mereka mulai membentuk asas untuk kemahiran membaca yang akan mereka bawa sepanjang hidup.

    Di bawah ini, kami akan berkongsi 5 cara efektif untuk menyemai tabiat membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah.

    1. Ciptakan Lingkungan Membaca yang Menyeronokkan
      Pertama sekali, penting untuk menciptakan ruangan membaca di rumah. Anda boleh meletakkan rak buku yang menarik di sudut yang selesa, di mana anak-anak dapat memilih sendiri buku-buku mereka. Pastikan juga ada cahaya yang mencukupi dan tempat duduk yang selesa untuk membaca bersama anak-anak.
    2. 1 Cerita 1 Hari
      Salah satu cara terbaik untuk menyemai tabiat membaca anak-anak adalah dengan membacakan cerita setiap hari. Pilihlah buku-buku yang sesuai dengan usia mereka dan bacakan dengan suara yang penuh semangat. Ini akan membantu mereka menanamkan minat terhadap membaca.
    3. Bawa Anak-anak ke Perpustakaan
      Mengunjungi perpustakaan adalah pengalaman yang sangat berharga untuk anak-anak. Mereka dapat melihat pelbagai buku dan meminjamnya untuk dibawa pulang. Selain itu, perpustakaan selalu mengadakan sesi membaca anak-anak yang boleh menjadi aktiviti menarik untuk seluruh keluarga.
    4. Ajak Anak-anak Berbual Tentang Buku
      Setelah membaca buku bersama anak-anak, ajak mereka berbual tentang cerita itu. Tanyakan kepada mereka apa yang mereka suka tentang buku tersebut, siapa watak kegemaran mereka, atau bahagian mana yang paling menarik. Ini akan membantu mereka berfikir lebih mendalam tentang cerita dan mengasah kemampuan berkomunikasi mereka.
    5. Setkan Waktu Khusus untuk Membaca
      Buatlah jadual waktu khusus untuk membaca bersama anak-anak . Ini boleh menjadi rutin sebelum tidur atau waktu rehat petang. Dengan menetapkan waktu khusus ini, anda menunjukkan bahawa membaca adalah hal yang penting dalam kehidupan mereka.

    Menyemai tabiat membaca di kalangan anak-anak prasekolah adalah pelaburan berharga demi masa depan mereka. Dengan menciptakan persekitaran yang menyokong dan menunjukkan tauladan melalui membacakan cerita setiap hari, anda dapat membantu mereka mengembangkan tabiat membaca yang kuat. Ingatlah bahwa setiap anak belajar dengan cara yang berbeza, jadi bersabarlah dan nikmatilah prosesnya. Dengan sokongan yang tepat, mereka akan membesar menjadi pembaca yang tegar yang hebat.

  • Asas Membaca - Pembangunan Bahasa - Seni Ajar Membaca - Tips Parenting

    5 Teknik Terbaik untuk Membantu Anak Belajar Membaca

    Membantu anak belajar membaca adalah salah satu langkah penting dalam membantu mereka mengembangkan kemahiran yang kritis untuk kehidupan. Membaca adalah pintu gerbang ilmu pengetahuan, imaginasi, dan pemahaman dunia. Oleh kerana itu, penting bagi ibu bapa untuk menyokong proses belajar membaca anak-anak mereka dengan teknik-teknik yang efektif.

    Berikut adalah lima teknik terbaik yang dapat membantu anak anda belajar membaca.

    1. Membaca Bersama: Salah satu cara terbaik untuk membantu anak belajar membaca adalah dengan membaca bersama mereka. Bacalah buku-buku yang sesuai dengan usia mereka dan ajak mereka untuk membaca secara bergilir-gilir. Ini membantu anak anda merasai bahawa membaca adalah aktiviti yang menyeronokkan dan penting.
    2. Menggunakan Buku Berwarna-warni: Buku-buku dengan gambar-gambar berwarna-warni dapat menarik perhatian anak-anak. Gambar-gambar ini membantu anak anda membuat hubungan antara perkataan dan objek sebenar dalam dunia nyata. Selain itu, warna-warni membuat pembelajaran lebih menyeronokkan.
    3. Menggunakan Kaedah Fonik: Kaedah fonik adalah teknik yang mengajarkan anak-anak mengaitkan bunyi dengan simbol (huruf). Ini adalah asas penting dalam membaca. Anda dapat menggunakan kad simbol atau permainan yang mengajarkan anak-anak mengenalpasti bunyi-bunyi lalu mengaitkannya dengan perkataan.
    4. Menggunakan Cerita Pendek: Anak-anak sering kali lebih tertarik pada cerita-cerita pendek yang menarik. Mulakan dengan cerita-cerita pendek yang sesuai dengan tahap kemahiran membaca mereka. Ini membantu mereka merasa berjaya dan termotivasi untuk terus belajar.
    5. Melawat ke Perpustakaan: Perpustakaan adalah sumber daya luar biasa untuk membantu anak anda belajar membaca. Bawa anak anda ke perpustakaan setempat dan biarkan mereka memilih buku-buku yang mereka minati. Ini akan memberi mereka rasa tanggung jawab atas proses pembelajaran mereka dan memupuk minat membaca mereka.

    Jika anda mengamalkan teknik-teknik ini dengan kesabaran dan dorongan positif, anak anda akan memiliki asas yang kukuh semasa anak belajar membaca. Ingatlah bahawa perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza, jadi penting untuk mengakui dan meraikan pencapaian mereka, sekecil apapun. Dengan dorongan yang tepat, anak anda akan menjadi pembaca tegar yang berdikari.

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak - Tips Parenting

    CARA SETTING REMINDER KELAS ANAK

    “Cikgu, boleh tak minta tutor hantar mesej remind kelas 10 minit sebelum? Saya selalu lupalah kelas anak.”
    .

    “Erkkk..”
    .

    “Minta maaf puan, kelas kami back to back selama 2 jam. Tutor ada masa lebih kurang 5-10 minit sahaja antara kelas untuk mereka merekod kelas yang telah dijalankan dan bersedia untuk kelas berikutnya. Kadang-kadang nak pergi tandas atau nak minum air pun tak sempat. Jadi saya tak boleh nak suruh tutor hantar mesej reminder sebegitu.”
    .

    “Saya cadangkan puan download Google Calendar di handphone dan gunakannya untuk reminder kelas anak. Saya sendiri pun set reminder kelas di Google Calendar sebab biasalah, dengan schedule harian kita yang sibuk, memang kadang-kadang saya sendiri pun lupa kelas.”
    .

    Hari ini saya nak kongsikan dengan kalian bagaimana nak settingkan reminder kelas anak dengan menggunakan Google Calendar.
    .

    Mula-mula, pergi download Google Calendar kat Appstore atau Google Playstore. Tapi kalau korang guna android, rasanya Google Calendar ni memang dah pre-installed.
    .

    Kemudian korang buka Google Calendar ni, korang klik butang ‘+’ kat bawah kiri, dan klik ‘event’. Kalau korang guna bahasa melayu, pepandailah sendiri translate ya.
    .

    Masukkan tajuk, contohnya “Kelas Ungku”. Ungku tu nama anak saya. Korang letaklah nama anak korang. Setkan tarikh kelas yang terdekat, dan juga masa kelas.
    .

    Kemudian, korang klik “more option”. Klik “does not repeat”. Pilihlah kelas anak korang tu setiap minggu ke, setiap bulan ke, setiap tahun. Kalau kelas membaca online, 2 kali seminggu, korang kena setkan semua step yang sama ni 2 kali, 1 kali untuk setiap 1 hari.
    .

    Kemudian, skrol ke bawah sampai jumpa gambar loceng. Kat sinilah tempat kita nak setkan reminder. Korang boleh pilih, nak reminder by emel, atau nak reminder kat hp sahaja. Boleh pilih nak 10 minit sebelum, 30 minit sebelum, sejam sebelum, 12 jam sebelum.
    .

    Dah siap tu jangan lupa klik save.
    .

    Ulang step ni untuk semua kelas anak korang. Lepas ni, takdelah lagi kes terlupa kelas ya.
    .

    Untuk penjelasan yang lebih detail, boleh klik kat deretan gambar di bawah ini.
    .

    Semoga bermanfaat.
    .

  • Tips Parenting

    TIPS JAGA MOOD BELAJAR ANAK

    “Dia menangis pula ni cikgu, tak nak masuk kelas. Nak buat macamana ni? Dah puas saya pujuk.”

    Nak belajar ni bukan boleh dipaksa-paksa. Apabila dipaksa, walaupun anak duduk belajar, otaknya akan menolak apa yang diajar. Itu menyebabkan ajar banyak kali pun, anak tak dapat-dapat juga.

    Akhirnya mak ayah juga yang stress dan anak kena marah lagi dan lagi.

    Hari ni saya nak kongsikan 3 tips bagaimana kita boleh menjaga mood belajar anak.

    1 Pastikan anak cukup makan.

    • Kebanyakan anak kecil tidak tahu memberitahu yang mereka lapar.
    • Mereka hanya tahu untuk bersikap cranky dan grumpy walhal sebenarnya mereka lapar
    • Perut yang lapar semasa belajar akan mengganggu fokus dan perhatian mereka
    • Berikan anak makan antara 30 ke 60 minit sebelum kelas bermula
    • Sekiranya terlewat beri makan dan waktu kelas sudah terlalu dekat, berikan makanan yang ringan dan cepat hadam seperti roti atau coklat sahaja dulu
    • Jika makan makanan berat sejurus sebelum waktu kelas, proses penghadaman juga boleh mengganggu fokus dan perhatian

    2 Pastikan anak cukup tidur

    • Jika anak ada kelas pada waktu malam, pastikan anak tidur 1-2 jam pada waktu tengah hari
    • Elakkan anak dari tidur terlalu lewat (melebihi 10 malam) pada waktu malam
    • Kejutkan anak bangun tidur paling lewat sekitar 8 pagi, supaya mereka cukup penat untuk tidur pada waktu tengah hari
    • Anak yang mengantuk dan keletihan tidak dapat fokus semasa belajar dan cenderung untuk membuat kesilapan

    3 Pastikan anak cukup main

    • Tahu tak bahawa anak perlu bermain bebas 2-3 jam setiap hari?
    • Bermain bebas bermakna mereka yang memilih jenis permainan yang mereka inginkan
    • Bermain bebas membentuk skil kreativiti dan kepimpinan dalam diri anak
    • Bermain bebas ini sebaiknya dalam bentuk fizikal seperti berlari, melompat, berguling dan memanjat, bukan setakat dalam handphone sahaja tau
    • Anak yang dapat bermain secukupnya lebih bersedia untuk duduk belajar tanpa perlu dipaksa

    Nah, saya harap tips ini dapat membantu ibu bapa yang struggle nak paksa anak duduk belajar.

  • Tips Parenting

    ANAK BOLEH MENGEJA?

    SOALAN:
    Adakah kalau anak dah pandai membaca, adakah anak mudah untuk mengeja perkataan?

    JAWAPAN:
    Mengeja biasanya digunakan untuk melatih kemahiran menulis.

    Perlu diingatkan bahawa membaca dan menulis adalah dua kemahiran yang berbeza dan menggunakan fungsi otak yang berbeza.

    Justeru walaupun terdapat sebahagian anak yang boleh mengeja sendiri selepas dapat membaca, kebanyakan kanak-kanak perlu dilatih mengeja secara berasingan.

  • Buku & Bahan Bacaan - Tips Parenting

    Buku & Bahan Ajar Anak 4 Tahun Membaca

    SOALAN:

    Pada pendapat cikgu, utk anak usia 4 tahun perlu beli semua yg ada dlm senarai bukubak @perlu pilih yg mana shj?

    JAWAPAN:

    kalau bajet puan besar, beli semua. terus dari 4 tahun smpi pandai tulis cerita.

    tapi kalau bajet tak berapa besar, yang perlu ada

    – rancangan mengajar
    – buku permainan kreatif
    – siri cepat membaca bacalah anakku
    – buku aktiviti fonetik ekspres 1 & 2
    – siri bacaan awal bacalah anakku
    – poster abu ada ayam dan carta bunyi

    Untuk membeli buku dan bahan mengajar membaca BM menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku, boleh ke ezy.la/bukubak

  • Tips Parenting

    Tips Membantu Anak Belajar Di Rumah

    Hari ni saya nak kongsikan tips untuk memudahkan ibu ayah membantu anak belajar di rumah.

    1. Tetapkan jadual waktu. Tandakan pada kalendar dan letak di tempat yang boleh dilihat oleh anak.

    Sebaiknya biarlah masa belajar tu lebih kurang sama setiap kali.

    1. Pastikan anak telah cukup tidur dan rehat.

    Waktu yang baik untuk anak tidur malam adalah tidak lewat dari 10 malam.

    Jika anak bangun awal pagi, ajak anak untuk tidur sekejap (nap) pada waktu tengah hari.

    1. Pastikan anak telah diberi makan dalam tempoh 1 jam sebelum mula belajar.

    Kanak-kanak cepat berasa lapar tetapi seringkali mereka tidak tahu bagaimana menyatakan bahawa mereka lapar.

    Mereka hanya tahu keadaannya tidak selesa dan mula meragam.

    1. Pastikan anak telah cukup bermain.

    Bermain akan membantu emosi kanak-kanak untuk lebih stabil dan puas hati.

    Bermain adalah cara hidup kanak-kanak, jadi berikan mereka peluang untuk bermain 2-3 jam setiap hari.

    Sebaiknya berikan mereka permainan yang bersifat fizikal seperti berlari, melompat, memanjat, berguling dan sebagainya.

    1. Ajak anak untuk bersenam setiap hari.

    Masukkan rutin senaman ringkas dalam hidup seharian. 30 minit sehari pun sudah cukup.

    Mak ayah kena buat sekali dengan anak tau.

    1. Sediakan ruang belajar yang khusus.

    Memadai dengan menyediakan meja dan kerusi yang bersesuaian dengan umur anak.

    Sekiranya tiada ruang dalam rumah, atau kekurangan bajet, boleh juga gunakan meja makan untuk belajar.

    Bersih dan kosongkan meja makan dari sebarang peralatan atau barangan tidak berkaitan semasa belajar.

    1. Beri rehat pendek-pendek semasa sesi belajar.

    Menurut pakar, masa seorang kanak-kanak boleh fokus adalah umurnya kali 3-5. Contohnya bagi kanak-kanak berusia 6 tahun, tempoh dia boleh fokus adalah 18 minit (6×3) hingga 30 minit (6×5) sahaja. Bahagikan 2 jika anak anda lelaki hihi.

    Susun aktiviti belajar supaya berada dalam lingkungan masa ini sahaja.

    Berikan break time 10-15 minit selepas masa belajar ini untuk anak melakukan aktiviti bebasnya sendiri.

    1. Selang selikan aktiviti pasif dan aktif untuk mengelakkan anak berasa cepat bosan.

    Aktiviti pasif adalah aktiviti yang anak hanya melihat sahaja seperti menonton rakaman video yang dihantar oleh guru.

    Aktiviti aktif pula adalah aktiviti yang memerlukan anak bergerak seperti menguli doh, menulis, mewarna, mencari barang dan sebagainya.

    1. Sediakan snek ringan untuk anak dan berikan dia makan sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam sekali.

    Antara pilihan snek yang bagus adalah buah-buahan dan kekacang.

    1. Berikan pujian dan ganjaran untuk usaha anak melakukan aktiviti. Tidak terhad semata-mata kepada hasil aktiviti dilakukan.

    Cukuplah 10 tips ini. Harapnya membantu kalian yang masih lagi struggle nak mengajak anak belajar kat rumah sepanjang musim pkp ni ya.

    Nor Azleen Abd Rahim

    konsultanparenting

    kelasmembacaonline

  • Tips Parenting

    Tips Membina Ruang Belajar Untuk Anak

    Hari ini saya nak kongsikan 9 tips bagaimana menyediakan ruang belajar yang kondusif untuk anak.

    Ruang yang baik membolehkan anak menyiapkan kerja rumah dengan lebih baik, cepat dan selesa.

    Ikuti tips berikut untuk menyediakan ruang belajar yang sesuai untuk anak anda:

    Tips 1 – Tentukan mood

    Adakah anak anda suka bersendirian atau dia memerlukan aktiviti untuk lebih fokus?

    Untuk anak yang menyendiri, sediakan ruang belajarnya di dalam bilik atau di sudut-sudut terpencil dalam rumah.

    Untuk anak yang sukakan suasana sibuk dan sering memerlukan anda semasa membuat kerja sekolah, sediakan ruang belajar di dapur atau ruang keluarga.

    Tips 2 – Ruang hendaklah kondusif tetapi tidak terlalu selesa

    Pilih spot yang membantu anak tenang, fokus dan alert.

    Anak mungkin suka membaca di atas katil, tetapi sekiranya dia tertidur semasa membaca, kerjanya tidak akan siap.

    Justeru, sofa kecil adalah lebih sesuai.

    Tips 3 – Jadikan ianya ergonomik

    Ruang kerja untuk anak sepatutnya sesuai dengan ketinggiannya.

    Jika dia duduk, pastikan dia boleh meletakkan sikunya di atas meja tanpa menjengketkan bahunya.

    Anak juga boleh meletakkan kakinya diatas lantai.

    Sekiranya kerusi anak tidak sesuai dengan ketinggiannya, benarkan dia duduk diatas bantal atau letakkan kotak kasut di kakinya.

    Letakkan juga bantal kecil ataupun gulungan selimut dibelakangnya untuk mengelakkan penat belakang.

    Jika anak menggunakan komputer, letakkan skrin antara 18 ke 30 inci jauh.

    Tips 4 – Cahaya mencukupi

    Anak akan cepat letih sekiranya dia perlu mendekatkan mukanya ke buku atau sukar melihat apa yang ditulis.

    Cuba gabungkan penggunaan lampu tinggi bersama dengan lampu membaca yang boleh dihalakan ke buku atau skrin komputer.

    Tips 5 – Sediakan ruang untuk dia menulis. Sekiranya dia ada komputer, susunaturkan agar dia juga ada ruang menulis,

    Tips 6 – Pastikan barang keperluan belajarnya mencukupi.

    Apakah barang yang anak selalu gunakan. Gunting? Kertas?

    Simpan semua bekalan ini di satu ruang supaya anak boleh mencapainya dengan mudah.

    Berikan anak kalendar, senarai to-do atau planner supaya dia selalu tahu apa yang perlu dia lakukan pada bila masa.

    Tips 7 – Susunkannya.

    Gunakan kotak, laci atau organiser untuk menyusun barangnya.

    Gantungkan papan kenyataan atau kalendar dinding sebagai ingatan.

    Tips 8 – Hiaskannya.

    Berikan anak kebenaran untuk menghias ruang belajar dengan poster, gambar, hasil seni atau apa saja yang dimahukannya.

    Oleh kerana dia akan habiskan masanya di situ, biar dia nikmatinya.

    Tips 9 – Tutupkan gajet dan tv.

    Sebarang bunyi yang boleh menarik perhatiannya lebih daripada bukunya adalah gangguan.

    Gunakan muzik ringan ataupun kesunyian sahaja semasa anak belajar.

    Semoga tips ini dapat membantu anak kalian belajar dengan lebih seronok dan fokus.

    Selamat mencuba!

    Nor Azleen Abd Rahim

    certifiedtrainer

    parentingtalk

    kelasmembacaonline

  • Tips Parenting

    Jadual Waktu Belajar Maya Sepatutnya Lebih Pendek Dari Hari Persekolahan Biasa

    Kanak-kanak tidak perlu menghabiskan masa sehingga 8 jam sehari membuat kerja sekolah.

    Jadual belajar secara maya tidak sama dengan jadual sekolah tradisional. Jadual belajar secara maya tidak sama dengan jadual sekolah tradisional.

    Kita akan terus mengulang ayat ini sehingga semua orang faham, boleh?

    Seriuslah, takkanlah kita nak kanak-kanak belajar online dan offline sehingga 8 jam sehari sepanjang pandemik Covid19 ini.

    Ini sebabnya:

    Satu, tahap pembelajaran jarak jauh adalah berbeza.

    Sebenarnya tak payah nak cakap banyakpun, kita dah tahu bahawa struktur persekolahan normal sekarang ni dah berbeza sebab kanak-kanak mula belajar di rumah.

    Mereka tak ada waktu rehat, perhimpunan ataupun acara-acara istimewa. Mereka tak perlu nak berjalan ke perpustakaan, kantin, makmal sains ataupun ke padang.

    Semua ini sebenarnya meliputi waktu persekolahan normal dan tidak termasuk dalam pembelajaran maya.

    Bukanlah bermaksud yang jadual sekolah tradisional dipenuhi dengan aktiviti huha huha, kanak-kanak menerima banyak arahan dan panduan dari guru dalam kelas yang mereka tidak dapat sekarang.

    Tetapi dari sudut jumlah jam dan masa tidak bersesuaian dengan suasana belajar di rumah.

    Dua, kanak-kanak perlu kurangkan masa membuat kerja rumah.

    Cadangan masa belajar bersesuaian mengikut umur:

    Prasekolah dan tahap 1 sekolah rendah: 1-2 jam sehari
    Tahap 2 sekolah rendah: 2-3 jam sehari
    Sekolah menengah: 3-4 jam sehari

    Galakkan sekurang-kurangnya 1 jam masa bermain di luar rumah, patuhi SOP.

    Sememangnya sukar mendapatkan keseimbangan antara sesi kelas sebenar dengan guru dan aktiviti serta projek kendiri.

    Tiga, oleh kerana keadaan yang luar biasa ini, kita mungkin perlu rendahkan sedikit standard kita.

    Realitinya kehidupan agak berat buat semua orang, termasuk kanak-kanak.

    Mereka mungkin tidak mempunyai teknologi yang diperlukan.

    Mereka mungkin perlu menjaga adik-adik.

    Mereka mungkin tidak mendapat sokongan dari ibu bapa yang mungkin juga sedang sibuk bekerja dari rumah.

    Dalam keadaan sebegini, cubaan meniru jadual persekolahan tradisional adalah mustahil.

    Dan yang keempat serta paling penting, kita patut hargai semua jenis pembelajaran yang kanak-kanak lakukan.

    Seorang kanak-kanak yang melakukan kerja sekolahnya selama 1-2 jam sehari bukan bermakna dia hanya belajar 1-2 jam itu sahaja.

    Kanak-kanak belajar melalui bermain.

    Mereka belajar melalui komunikasi dengan ahli keluarganya.

    Mereka belajar melalui memasak.

    Dan mereka juga belajar dengan banyaknya hanya denga berusaha hidup melalui pandemik global ini.

    Inilah masanya untuk kita menghargai semua pengalaman ini, kurangkan tekanan terhadap diri sendiri dan berhenti mencuba meniru susun atur sekolah.

    Kita belajar dengan cara yang berbeza sekarang ni, dan itu adalah OK.

    Nor Azleen Abd Rahim

    parenting

    homeschooler

  • Tips Parenting

    Anak Susah Nak Fokus Masa Belajar, Apa Nak Buat?

    Anak susah nak fokus sewaktu belajar membaca?

    Hari ini saya nak kongsikan tips membantu anak yang susah nak fokus belajar membaca:

    Tips #1 – Pendekkan masa belajar

    Tips #1 Pendekkan Masa Belajar

    Menurut pakar perkembangan kanak-kanak, secara puratanya kanak-kanak berusia 4 ke 5 tahun, boleh fokus 2 ke 5 minit kali umur mereka. Maknanya mereka boleh fokus antara 2 ke 25 minit, bergantung kepada jenis tugasan yang dilakukan. Bagi tugasan yang mudah, mereka boleh fokus lebih lama, dan bagi tugasan yang sukar, tempoh untuk fokus lebih singkat.

    Jadi, mulakan dengan 2 minit sahaja masa belajar dan beransur-ansur memanjangkannya apabila anak telah selesa dengan masa tersebut.

    Tips #2 – Lakukan 1 sahaja perkara pada satu masa

    Tips #2 – Lakukan 1 sahaja perkara pada satu masa

    Kita mungkin berasa bangga dengan kebolehan kita untuk melakukan banyak tugasan (multitask) pada satu masa. Tetapi kajian jelas menunjukkan bahawa multitask mengurangkan tumpuan dan menjatuhkan prestasi. Bersesuaian dengan konsep kepekaan, lakukan 1 perkara sahaja pada satu-satu masa.

    Semasa mengajarkan membaca kepada anak, fokuskan kepada kebolehannya untuk membaca sahaja. Di waktu yang lain, bolehlah fokus kepada aktiviti belajar menulis pula.

    Tips #3 – Tentukan Masa dan Ruang Belajar Yang Khusus

    Tips #3 – Tentukan ruang dan masa belajar yang khusus

    Oleh kerana multitask mengganggu tumpuan, penting untuk kita kurangkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan multitask.

    Sediakan ruang belajar dengan meja dan kerusi khusus, yang jauh daripada televisyen. Letakkan telefon di bilik lain. Padamkan komputer kecuali apabila ia diperlukan untuk melaksanakan tugasan.

    Letakkan semua peralatan untuk belajar seperti alat tulis, pensel warna, kertas, buku Bacalah Anakku, buku aktiviti Fonetik Ekspress di ruang berdekatan supaya anak tidak perlu berlari ke bilik lain untuk mencarinya.

    Sebaiknya sediakan juga air dalam botol di atas meja belajar.

    Tips #4 – Tetapkan masa rehat antara belajar

    Tips #4 – Tetapkan masa rehat semasa belajar

    Kanak-kanak perlu berdiri, berlari, memanjat dan berguling. Mereka perlu bergerak selepas fokus belajar untuk masa tertentu. Banyak manfaat yang diperolehi apabila mereka dapat berehat dan recaj semasa tempoh belajar.

    Benarkan mereka makan snek atau bermain sebelum mereka menunjukkan tanda-tanda bosan semasa belajar.

    Tips #5 – Mudahkan Perkara Yang Sukar

    Tips #5 – Mudahkan perkara yang sukar

    Membaca adalah perkara yang sukar dilakukan kerana ia melibatkan kebolehan berfikir aras tinggi. Justeru mudahkan ia kepada 3 task kecil berikut:

    1- Ajarkan bunyi dahulu
    2- Ajarkan mengenal simbol
    3- Ajarkan menggabung bunyi

    Lakukan task-task kecil ini satu persatu sehingga anak berjaya membaca dengan lancar.

    Semoga 5 tips membantu anak fokus belajar membaca ini bermanfaat. Silakan share tanpa ragu-ragu.

    Nak lebih banyak tips dan info, join channel telegram saya di https://t.me/Literacyscientist

    Nor Azleen Abd Rahim

    literacyscientist

  • Tips Parenting

    Bagaimana Nak Bagi Anak Cepat Ingat Belajar?

    “Cikgu Leen, macamana nak bagi anak cepat ingat belajar?”
    .
    Alamak, ini memang soalan sangat popular, betul tak?
    .
    Ramai mak-mak yang rasa anak dia susah betul nak ingat apa yang diajar. Lambat naaa nak dapat – kata orang Johor.
    .
    Kadang-kadang tu kena ulang sampai 10-12 kali.
    .
    Haaa, tu yang akan bersambung dengan bebelan, “Mak dah ulang banyak kali pun tak paham-paham ke?”
    .
    Sabar ya mak-mak. Ni Cikgu Leen nak bagitau satu perkara.
    .
    Ikut kata pakar, sesuatu perkara itu akan lebih mudah diingati apabila ada 2 ciri-ciri berikut:
    .
    Yang pertamanya, ianya mestilah bermakna.
    .
    Haa mak-mak. Dok ulang ulang ulang abc sampai ke sudah. Bermakna ke tidak kalau huruf abc tu diajar secara individu?
    .
    Takde maknanya mak-mak. Kalau a (disebut ei), a dan a. Ulanglah 100 kali pun, a secara individu tidak mendatangkan apa-apa makna.
    .
    Ek eh, mak yang ajar fonik tu mulalah nak senyum kan. “Nasib baik aku ajar /a/”.
    .
    Mak, kalau ajar /a/ sekalipun, ulang 100 kali /a/, /a/ dan /a/, ianya tetap tidak mendatangkan makna. Macam burung gagak je.
    .
    Inilah datangnya fungsi Teknik Asosiasi dalam Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku.
    .
    Kita kaitkan bunyi /a/ macam bunyi kena panas.
    .
    Mak-mak, kalau kena panas buat apa? Mestilah menjeritkan? Jerit apa? aaaaaaaaaaaa.
    .
    Nah, kan datang dah makna untuk bunyi /a/.
    .
    Bunyi /a/ macam bunyi kena panas. Jadi, kita dah penuhilah ciri-ciri pertama untuk memastikan anak cepat ingat belajar.
    .
    Ada satu lagi ciri nak anak cepat ingat belajar, iaitu ianya mestilah beremosi.
    .
    Kalau nak sebut /a/ macam kena panas tu, buatlah bersungguh-sungguh. Berlebih-lebihan (over exaggerated).
    .
    Dengan mimik muka, dengan intonasi, dengan aksi – macam orang kena panas.
    .
    Haaaa barulah kita penuhi kedua-dua ciri untuk anak cepat ingat belajar iaitu:

    1. Bermakna
    2. Beremosi
      .
      Cubalah.
      .
      Nor Azleen Abd Rahim

    literacyscientist

    powerupmychild

    Nak lebih tips lagi, join channel telegram saya di https://t.me/LiteracyScientist