• Suka Makan

    Kantin Kita JB

    Hari itu berpeluang juga melawat ke Kantin Kita yang selama ni dok kecur ayaq liur jer tengok kawan-kawan upload gambar-gambar makanan kedai ini.

    Bukan apa, kedai ini berada di hujung sana dari lokasi rumah saya. Hihi. Itu yang bercinta nak ke sini.

    Sampai-sampai di kedai nampak kakak kantin sedang goreng ayam. Bau ayam gorengnya menusuk kalbu, buat rasa nak order terus sebelum jumpa tempat duduk.

    Antara menu rare kat sini adalah roti kampung. Katanya roti kampung itu macam roti john cuma sosnya ditukar dengan sambal tumis. Tapi tiada rezeki pula nak mencuba roti kampung malam itu sebab roti sudah habis.

    Jadi saya pesan nasi goreng kampung bersama ayam goreng menusuk kalbu. Suami pesan nasi lemak kukus dengan ayam goreng juga.

    Nasi goreng kampungnya memang kampung, tetapi tidaklah pedas. Tapi yang paling special adalah nasi lemaknya. Perghhh. Memang berlemak berkrim. Macam masak di rumah gitu.

    Anak dara berdua itu sudah laju sahaja menuju ke sudut bermain. Tidak hiraukan mahu makan atau tidak. Jadi saya pesankan sahaja chicken chop RM8 untuk mereka.

    Saya sangat sukakan sos chicken chop di sini. Gabungan lada hitam dan cendawannya sangat seimbang dan serasi. Saya sukakan hirisan kasar saladnya tetapi terlalu banyak mayonis untuk saya.

    Air pula kami pesan jus lemon special yang selalu ditayang gambarnya. Sungguh segar dengan hirisan timun, epal hijau dan strawberi.

    Kemudian kami pesan teh float. Nah, yang ini teh tarik bersama ais krim.

    Istimewanya minuman disini rasa manisnya sesedap rasa. Manis-manis buah sahaja. Siap order tambahan jus lemon special kerana tidak cukup minum satu sahaja.

    Saya nampak bila orang order barulah buah itu dihiris, jadi memang segar rasanya. Tetapi tidaklah terlalu lama menunggu pesanan.

    Perkara yang paling saya gemari adalah portion makanannya yang sesuai. Tidak berlebih-lebihan. Macam Kevin Zahri kata segenggam gitu. Memang cun untuk yang mahu membuat cheat meal.

    Lokasi Kantin Kita ada dalam gambar ya.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    Tu tempat orang buat jus lemon sedap!

    Alamat Kantin Kita JB

    22 Jalan Kebudayaan 1 Taman Universiti

    Teh tarik float dan jus lemon special. Jus lemon RM4.50. Teh tarik saya tak ingat berapa ringgit.

    Nasi lemak ayam kukus berkrim. Sedap giler. Tak ingat juga berapa RM.

    Nasi goreng kampung dengan ayam goreng menusuk kalbu. Nasi goreng RM6 tidak termasuk ayam.

    Chicken chop RM8. Ada juga chicken chop RM6 di sini.

    Ruang bermain untuk anak-anak. Kecil sahaja tetapi cukup mengasyikkan untuk mereka.

    Ambil gambar dengan kakak kantin Shaukat Sheera, semoga dapat kekalkan kesedapan makanan di sini. Minta resepi air lemon tu. hihi. Sedap best segar.

  • Suka Makan

    Review Mykluang Cafe Seri Alam

    Hari itu aktiviti keluarga kami agak padat. Bila dah padat begini, memang tidak berapa rajinlah nak memasak.

    Jadinya saya ajak suami makan di luar sahaja. Terus satu kali sarapan dan makan tengah hari. Orang kampung kata brunch.

    Dalam jadual yang padat itu perlu diselitkan juga membeli barang keperluan rumah. Kalau tidak dibeli bertambahlah lagi seminggu mommy tidak masak. Hahaha.

    Kami beli barang di Tesco. Membeli belah usah dengan perut kosong. Nanti bajet RM200 boleh menjadi RM500.

    Suami tidak suka makan di Tesco. Jadi kami pilih ke MyKluang Cafe di Bandar Seri Alam.

    Makanannya agak sedap dan lokasinya strategik.

    Macam-macam dipesan memandangkan perut sedang lapar dan untuk memenuhi selera anak yang tidak menentu.

    Roti bakar, telur separuh masak, nasi goreng kanak-kanak, mee hokkien, kentang wedges dan nasi ayam bakar sambal hijau.

    Kali pertama saya makan nasi ayam bakar sambal hijau di sini. Boleh tahan pedas sambal hijaunya.

    Ayam bakarnya cukup lembap dan cukup perisa. Memang boleh mengulang lagi menu ini.

    Satu lagi menu yang menjadi kegemaran saya di sini adalah kek keju. Tetapi hari itu tiada kek keju.

    Saya cuba kek roll durian. Tidak menepati selera. Makan separuh sahaja.

    Lokasi kedai di Jalan Suria 1, Bandar Seri Alam. Bangunan kedai bersebelahan Hospital Regency. Betul-betul di roundabout comel KFC itu.

    Hari ini buka sampai pukul 10.30 malam. Bolehlah cuba.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Suka Makan

    Resepi Sup Ikan Senggarat Dan Lobak Putih

    Orang kata makan lobak putih boleh menambahkan susu ibu. Saya ini tidaklah pernah memasak lobak putih.

    Tapi hari itu pergi ke Tesco nampak comel pula sayur lobak putih ini. Jadi saya pun belilah sebatang. Teringat ada ikan senggarat yang beli dari Remy Sktpp ada dalam peti ais.

    Pernah nampak juga Nur Salwa Ishak Ejen Shaklee pernah posting sup ikan dan lobak putih yang dimasak untuk anaknya. Barangkali bolehlah cuba lobak putih ini untuk Isyraq pula.

    Saya masak sup ikan senggarat dan lobak putih. Dimasak tanpa garam sebab nak beri Isyraq makan juga.

    Isyraq tidak begitu suka lobak putih. Makan beberapa keping sahaja. Afiah dan Azmina juga sama. Sup tidak berapa laku hari ini. Hihi.

    Tapi benarlah kata orang lobak putih boleh menambahkan susu. Hihi. Ianya berkesan ke atas saya.

    Lobak putih ini boleh dikategorikan sebagai galactogue. Herba atau ubatan yang digunakan untuk menambahkan susu ibu.

    Bagaimanapun, penggunaan galactogue seringkali berkesan untuk satu ibu tetapi mungkin tidak berkesan untuk ibu yang lain. Ianya berbeza-beza.

    Penggunaan galactogue juga lebih memberi impak jika ianya digunakan bersama peningkatan pengeluaran susu secara efektif samada melalui penyusuan terus, memerah dengan tangan atau menggunakan pam.

    Sebelum menggunakan galactogue juga ibu dinasihatkan supaya berhubung dengan pakar laktasi bagi memeriksa sebanyak mana keperluan mengambil galactogue.

    Untuk memasak sup ikan dan lobak putih ini, bahan-bahannya adalah:

    • ikan senggarat

    • Lobak putih

    • bawang besar

    • bawang putih

    • sup bunjut ikan

    • halia

    • daun sup, daun bawang, bawang goreng

    Cara memasak ada dalam gambar ya.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Suka Makan

    Kari Kepala Ikan Deen Port Dickson

    Hari itu masa ke Port Dickson, seorang kenalan suami ajak makan kari kepala ikan.

    Saya ini memang hantu kepala ikan. Tidak kisahlah masak apa, kari ke asam pedas ke singgang ke.

    Sekali tengok kepala ikannya sahaja lebih besar dari kepala Isyraq. Hahaha. Ikan jenahak kau.

    Sedapnya tidak boleh nak ucapkan. Mengingatkannya sahaja semasa menulis post ini macam meleleh air liur. Hihihi.

    Nama kedai ini Restoran Deen Berjaya. Nama taukenya Deen. Ada dia di kedai itu.

    Datang waktu makan tengah hari memang ramai orang. Khabarnya orang KL pun ramai yang turun makan kari kepala ikan di kedai Deen ini.

    Berapa harganya tidak lah saya tahu sebab orang belanja kan. Karang kalau tanya berapa harga dia tanya pula, “Kau nak bayar ke?”. Hahaha.

    Makan pula beramai-ramai. Ada pula yang menawarkan diri memegang Isyraq. Maka dapatlah saya meratah kepala ikan itu. Yum yum.

    Memang tempat wajib singgah ini tahun hadapan bila ke PD lagi.

    Lokasi, korang tengok kat gambar ya.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    Kepala ikannya lebih besar dari muka Isyraq

    Restoran ditutup pada Jumaat pertama dan ketiga setiap bulan

    Rupa kedai dari hadapan

    Waze sahaja untuk cari kedai ini.

  • Suka Makan

    Ikan Masak Singgang

    Anak-anak ini kadang-kadang nak suruh makan susah. Ada ketikanya makan dengan banyak, ada ketikanya tidak mahu makan langsung.

    Ada beberapa menu yang memang saya tahu kegemaran mereka, tapi tidak bolehlah asyik nak masak menu yang sama setiap hari.

    Saya tetap masak berlainan lauk setiap hari, walaupun kadang-kadang tahu itu lauk yang mereka tidak berapa gemar.

    Kena bagi mereka peluang untuk merasa. Mungkin hari ini tidak suka. Tetapi selepas beberapa kali dicuba akhirnya mungkin suka.

    Tapi hari ini memang saya masak kegemaran mereka. Ikan masak singgang sahaja pun. Hahaha.

    Bahan-bahan yang digunakan adalah:

    • Ikan yang tak ingat nama apa, saya beli dari Remy Sktpp . Senang, siap siang siap cuci. Siap delivery ke rumah. Hahaha.

    • Bawang merah

    • Bawang putih

    • Cili merah dan cili api

    • Air asam jawa

    • Belacan atau garam

    • Bendi

    Ada orang guna asam keping dan juga kunyit. Terpulang. Saya guna apa yang ada di rumah.

    Cara memasak boleh tengok kat gambar.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    Pasang plastik pada mangkuk. Senang nak kopek bawang. Terus buang kulitnya dalam plastik.

    Asah pisau dahulu. Pisau yang tajam memudahkan membuat kerja-kerja memasak.

    Masukkan ikan dalam periuk. Ada kepala dan ekor sahaja hari ini.

    Mayang bawang putih, bawang merah dan cili begini.

    Saya masukkan bendi juga. Ini kes mommy yang malas masak 2-3 lauk. 1 lauk terus siap dengan sayur.

    Campurkan asam jawa dan belacan. Tuang air. Ramas-ramas kasik sebati.

    Sambil masak biarkan Isyraq bermain di kaki mommy. Sambil itu boleh tolong lapkan lantai.

    Masukkan semua bahan tadi dalam periuk bersama ikan.

    Tuangkan air asam jawa ke dalam periuk begini.

    Bolehlah direnih selama 10 minit.

    Beginilah rupa kejadian selepas siap dimasak. Jika suka bolehlah diperasakan dengan garam dan gula. Saya sudah memadai dengan asam jawa dan belacan. Bertambah-tambah makannya. Menghirup-hirup kuahnya. Boleh lawan dengan ikan masin, ikan pekasam atau sambal belacan.

  • Suka Makan

    Resepi Spaghetti With Grilled Chicken Orange

    Belek-belek buku 21 Hari Dapur Eat Clean, nampak 1 hidangan spaghetti adalah 30g kering.

    Mak aih, sikit bebenornya..

    tak puas hati saya pun google..

    selepas membuat pencarian saya dapati 100gram spaghetti kering adalah hampir 400kcal.

    Patut tak kuruih selama ni hahaha…

    Anyway saya ikutlah saranan 30gram kering tu, dan hasilnya…

    Wow, memang mengenyangkan..

    Bahan-bahannya:

    • Spaghetti
    • Ayam
    • Bawang besar
    • Oren
    • Mint
    • Capsicum
    • Lemon
    • Puri bawang putih
    • Puri halia
    • Serbuk lada hitam

    Cara penyediaannya:

    1. Perap ayam dengan puri bawang putih, puri halia dan serbuk lada hitam.
    2. Rebus spaghetti.
    3. Hiris bawang besar.
    4. Potong oren dan capsicum.
    5. Cincang daun mint.
    6. Grill ayam yang telah diperap. Selepas masak, hiris nipis.
    7. Gaulkan ayam bersama bawang besar, oren, capsicum dan daun mint.
    8. Perahkan jus lemon.

    Salad ayam grilled dan oren boleh dimakan bersama spaghetti ataupun nasi perang.

    Taaa daaa.. Selamat mencuba.

    Dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy yang sangat passionate dengan homeschool, breastfeeding dan fitness.

  • Suka Makan

    Resepi Roti Panggang Putih Telur

    Sedap juga resepi ni rupanya.

    Macam toast kot, cuma selama ni kalau toast yang dekat hotel tu memang saya kurang gemar.

    Ada letak susu kan?

    Tapi bila cuba resepi dari buku Cabaran Kurus 21 Hari ni, rasa ok lak..

    Walaupun mula-mula tadi macam nak tak nak letak bawang..

    Haha.. saya bukan peminat bawang..


    Bahan-bahannya:

    • Roti
    • Putih telur
    • Bawang
    • Serbuk lada sulah

    Cara penyediaannya:

    1. Pukul telur, tambah serbuk lada sulah
    2. Bawang dihiris nipis
    3. Masukkan bawang ke dalam telur
    4. Celup roti ke dalam telur dan goreng tanpa minyak atas pan

    Boleh makan dengan salad, sos (kalau nak kurus, hati-hati), perahkan lemon atau bagaimana gaya pun yang anda suka.

    Selamat bersarapan.

    Dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy.

  • Suka Makan

    Resepi Ikan Panggang Limau

    Resepi asal guna salmon dan lemon, tapi saya guna apa yang ada 😄

    Dua tiga minggu ni salmon mahal, takde offer. 

    Paling murah RM29.99 sedangkan tahun lepas kalau time offer sampai RM24.99 sahaja.


    Bahan-bahannya:

    • Ikan
    • Limau
    • Black pepper coarse
    • Brokoli atau sayur pilihan lain

    Cara penyediaannya:

    1. Perah limau ke ikan.
    2. Letak serbuk lada hitam (dan garam jika suka).
    3. Panggang dalam magic pan.
    4. Brokoli diletak selepas ikan masak. Tutup pan dan tutup api jika tak mahu sayur lecuh.

    Selamat memasak.

    Sekian sahaja, dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy 😄

  • Suka Makan

    Rolled Oat vs Instant Oat

    Ada yang tanya adakah saya guna quaker oat kaler biru ke kaler merah?

    Dua-dua pun bukan..

    Oat kaler biru dan merah tu jenis instant oat.

    Saya gunakan rolled oat macam dalam gambar ni.


    Ini brand pristine. Selalunya saya gunakan yang ini.

    Tapi kali terakhir saya beli rolled oat ni, saya nampak quaker oat pun dah keluarkan rolled oat.

    Bolehlah cari di tesco jusco dan coco 🤣🤣🤣

    Selamat beroat!!

    Nor Azleen binti Abd Rahim

    Professional Mommy

  • Suka Makan

    Recipe Oat Omelette


    Bahan-bahan:

    • Rolled oat
    • 2 putih telur dan 1 kuning telur
    • Tomato
    • Pepper

    Cara penyediaan:

    1. Rendam rolled oat dengan air panas sehingga kembang. Toskan.
    2. Campurkan semua bahan.
    3. Masak atas kuali pan.


    Bila dah siap bolehlah dimakan.

    Saya suka taburkan garlic powder kat atasnya..

    Taaa daa..


    Selamat bersarapan..

    Nor Azleen Abd Rahim

    Professional Mommy