Haid yang pertama

Sis counting ya sis. Hahaha yalah, sebab sis tak keluar berjalan okay sepanjang tempoh iddah ni.

Sis tengok je x sis bawa anak2 gi jenjalan ke sana sini dengan satu perasaan, ohhh boleh rupanya gi bercuti lama2 tanpa bawa laptop kerja.

Eh..

Alamak, bila baca balik sis macam jeles ke dendam ke hasad.

Taklah, begini.

Apapun, bila sesuatu hubungan itu runtuh, kedua belah pihak pasti terasa.

Jangan korang ingat sis yang minta diceraikan, sis tak rasa kecewa.

Rasa kecewa sis tu dah duduk 3 tahun belakang weh. Dah disimpan dan diperam lamanya.

Akhirnya dizahirkan dalam bentuk, sis buat permohonan dilepaskan sebelum sis menanggung lebih banyaknya dosa kerana benci melihat wajah suami.

Sedikit sebanyak tu ada rasa geram, marah dan kecewa sebab sesuatu yang asalnya cuma gertakan sis, jadi kenyataan sebab X pun tidak ambil endah dengan sis.

Dia tak tanya kenapa, dia tak pujuk sis balik.

Hakikatnya untuk menjayakan atau meruntuhkan sesuatu hubungan itu memerlukan usaha dan kerjasama dari 2 pihak.

Kata kuncinya adalah komunikasi.

Begitulah.

Menghargai Orang Yang Kita Cintai

Hari ini saya berjaya memaksa diri melakukan senaman. Ya, memaksa sebab hari ini hampir sahaja otak mencari alasan mengapa tidak mahu bersenam.

Tapi tidak, saya memaksa diri dan hasilnya steps hari ini juga mencapai target.

Bagaimanapun makanan hari ini sangatlah jauh ke laut dalam. Hahahah.. tengok gambar jerlah ha..

Makan 4fingers ngan wali. Lama dah tak kontek wali. Kebetulan birthday dia so sajalah aku send mesej wish happy birthday.

Rupanya dia sedang hadapi masalah. So as a friend, a very good and loyal friend, aku dengar dan hari ni bantu kurangkan masalah dia.

Tak payahlah cerita kat sini apa masalah dia sebab masalah dia, bukan masalah aku untuk aku ceritakan.

Dalam seharian, waktu yang paling aku tunggu-tunggu adalah vc ngan b. Pagi, petang dan malam kalau dia tak kerja malam.

Tadi dia tanya pasal wedding tutor umairah. Hari tu aku dah cakap ajak dia pergi sekali. Tapi pastu cek cek wedding umairah hari ahad.

B kerja ahad. Tapi hari ni dia kata insyaAllah kalau kerja dia tak banyak, dia balik sini untuk join aku gi wedding umairah.

Siap tanya lagi pasal tshirt couple tu. Tak sabarlah tu nak pakai tshirt sama kan. Hehehe.

Aku pun sama kannn sebenarnya.

Cuma aku sangat apprecite bila benda2 macam ni datang dari dia. Benda yang nampak kecik, tapi aku sangat hargainya.

Weekend hari tu masa tengah beli barang rumah, dia bawa troli masuk tempat coklat. Padahal aku tau dia bukan makan coklat. Tapi aku tak syak apa2 lah.

Pastu nampak ferrero rocher, dia tanya aku makan tak. Aku cakap makan. Dia tanya nak ke. Aku cakap boleh je.

Pastu dia pegang belek belek. Aku tengok harga, aku cakap tak payahlah, mahal. RM50 tuh.

Dia diam, tengok aku pastu dia masukkan dalam troli. Dia bayar.

Sampai rumah aku letaklah coklat tu kat meja, kot dia nak makan. Manalah tahu coklat bar mungkin dia tak makan, tapi ferrero rocher dia makan kan. Who knows?

Sekali dia cakap tak naklah, dia bukan makan coklat. Aku pun terkebil2 mata tanya dia beli coklat tuh untuk aku ke?

Dia kata ya.

Beli something untuk aku, out of surprise. Memang hati terus rasa berbunga, terharu dan macam2 lagi.

So thats how a couple should treat each other. Treat me like your queen, and i will treat you like my king.

Semoga dipermudahkan urusan kami seterusnya, aamiin.