Bengkel Santai Fonik SK Taman Rinting 1

Hari ini berkongsi fonik di SK Taman Rinting 1.

Dalam ucapannya, Tuan Guru Besar, Encik Norazrin berkata yang beliau terkejut apabila melihat buku yang saya susun di atas meja.

Sangka saya beliau terkejut kerana saya bawa banyak bahan untuk mengajar.

Rupanya, beliau berkongsi bahawa 20 tahun yang lepas beliau telah menggunakan buku Bacalah Anakku untuk mengajar anak nombor 1, 2 dan 3 nya belajar membaca. Dan ianya berjaya.

Jadi beliau suka dengan buku Bacalah Anakku. Yeahhh!

Buku Bacalah Anakku telah diterbitkan pada tahun 1996. Ini bermakna ia telah berada dalam pasaran selama 22 tahun.

Cukup lama untuk dikenali oleh ramai orang.

Dan sepanjang tempoh itu juga, kaedah mengajarnya telah berevolusi agar selari dengan kajian sains dan neurologi.

Menjadikan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku sebagai kaedah terbaik untuk mengajar anak membaca.

Memandangkan kaedah ini disokong oleh sains neurologi dan dibuktikan selari dengan bagaimana otak berfungsi, mengapa kita tidak mahu menerima dan mempraktiskannya?

Usah bertangguh lagi. Tunaikan hak kanak-kanak mendapat literasi dengan cepat, mudah dan seronok.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Bengkel PdPc Fonik Literasi BM

Ishhh, malam-malam ini ada pula yang pm tanya macamana saya tulis RPH bila mengajar fonik. Bagaimana saya kaitkan dengan konstruk Linus.

Adeh deh. Inilah antara perkara yang kita kena faham. Faham bagaimana buku Bacalah Anakku di susun. Kemudian fahami kandungan Konstruk Literasi BM.

Dapatkan kaitannya. Mudahlah nak tulis RPH nanti.

Nak lebih terperinci, saya akan kongsikan semasa Bengkel PdPc Fonik Literasi BM pada 24 Februari nanti.

Nak maklumat lanjut pasal bengkel, Whatsappps Puan Aini kat 0173891909.

Selamat malam.

Sesi Personal Coaching Bacalah Anakku bersama Puan Saadah

Selesai sesi personal coaching dengan Puan Saadah Ab Raub hari ini.

Puan Saadah berhasrat membantu anaknya yang berusia 4 tahun 1 bulan (dan adiknya) belajar membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi.

Sesi dimulakan dengan mengetahui apakah itu kaedah fonik gabung bunyi. Sudah tentu, cara paling mudah untuk faham adalah menyanyikan lagu fonik tak tun tuang.

Kemudian, kita belajar menyebut bunyi, membuat aksi asosiasi dan juga menyanyikan lagi Abu Ada Ayam.

Seterusnya, kita belajar satu persatu bagaimana nak mengajar dari Buku 1 hingga Buku 8 Bacalah Anakku.

Puan Saadah turut ditunjukkan bagaimana menggunakan buku Permainan Kreatif dan Rancangan Mengajar.

Akhir sekali, kita buat carta poket mini, dam ular dan pinggan tarik.

Puan Saadah telah mendapatkan Set Abu Ada Ayam, Kad Imbasan Bacalah Anakku, Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku, carta lagu Abu Ada Ayam dan Carta Bunyi Bacalah Anakku untuk memudahkan pembelajaran di rumah.

Marilah kita sama-sama doakan semoga impian Puan Saadah nak mengajar anaknya membaca dengan cara yang mudah, cepat dan seronok ini tercapai.

Semoga Tuhan permudahkan urusan Puan Saadah dan ibu-ibu lain.

Sekian.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy is teaching mommies haha

Bengkel Santai Fonik Di Pontian

Bulan ini Bengkel Santai Fonik akan berada di Pontian pula.

Bengkel ini diadakan sempena Hari Kokurikulum di SK Pekan Nanas Pontian.

Dalam Bengkel Santai Fonik, peserta akan dapat:

  • Tips mengajar anak membaca awal

  • Mengenal bunyi, asosiasi aksi dan juga lagu Abu Ada Ayam

  • Pendedahan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku

  • Tips mengajar anak membaca dengan cepat, mudah dan seronok

  • Aktiviti membuat bahan bantu belajar yang mudah, murah tetapi praktikal.

Bengkel akan diadakan di SK Pekan Nanas, Pontian pada 27 Oktober 2017 dari jam 9 hingga 12 tengah hari.

Yuran penyertaan adalah RM40 termasuk bahan edaran dan sijil penyertaan.

Diskaun RM5 jika daftar berkumpulan (3 orang atau lebih).

Boleh daftar terus di link berikut

Bit.ly/fonikpontian

Bit.ly/fonikpontian

Bit.ly/fonikpontian

Atau

Whatsapps Azleen 0173329298

Whatsapps Azleen 0173329298

Whatsapps Azleen 0173329298

Taklimat Santai Fonik Untuk Ibu Bapa dan Waris Murid LINUS SK Kangkar Pulai 2

Alhamdulillah, dapat juga penuhi undangan dari SK Kangkar Pulai 2 untuk menjalankan Taklimat Santai Fonik untuk Ibu Bapa dan Waris Murid LiNUS.

Taklimat yang berlangsung selama hampir 2 jam ini telah berkongsi tips-tips mengajar anak membaca awal di rumah, kesedaran bagaimana kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku dapat membantu anak belajar membaca dengan lebih cepat, mudah dan seronok.

Selain itu, ibu bapa juga ditunjukkan bagaimana membuat bahan bantu belajar yang murah, mudah dan cepat.

Selepas taklimat, Bengkel Fonik untuk murid LINUS telah dijalankan selama 1 jam.

Dalam bengkel ini, murid diajar menyebut bunyi vokal, membuat aktiviti-aktiviti mengingat bunyi dan bentuk huruf.

Kalau dalam perancangan sebenarnya nak ajar juga cara gabung bunyi.

Tetapi oleh kerana bengkel bermula agak lewat, saya pula berkejaran nak balik ke Pasir Gudang kerana ada urusan lain, saya cuma sempat demo cara gabung bunyi.

Diharapkan perkongsian pendek ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang hadir.

Boleh lihat gambar-gambar di album facebook saya https://www.facebook.com/cikguazleen79/posts/10211834606433164

Sharing Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku Khusus Untuk Kelas Pemulihan Khas

Sharing Fonik Gabung Bunyi Khusus Guru Pemulihan

Ada yang berminat nak datang tak?

Nak tahu bagaimana guna Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku untuk murid pemulihan khas?

Program akan diadakan pada hujung minggu (waktu rehat cikgu).

Program akan dikenakan sedikit bayaran untuk menampung kos pengendalian dan bahan.

Program tiada sijil diberikan.

Lokasi? Kita tengok majoriti dari mana, kita buat yang paling dekat..

Komen “Nak datang – (taip lokasi anda)” jika berminat.

Survey dulu.