Kelas Online Intensif Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku Batch #1

Kenapa kau buat aku macam ni?

Dua bulan lepas, Mariam datang rumah kawannya. Tapi dia tak sangka kawannya sanggup buat macam tu. Memang dia terkedu bila dapat tau.

Mariam ada bagitau yang dia betul-betul rasa kecewa. Mariam kecewa sebab selama ni kawannya simpan rahsia.

Tak sangka betul sampai macam tu sekali perangai kawan Mariam.

Sebenarnya kawan Mariam ni peserta Kelas Online Intensif Fonik Whiztots tapi tak sangka kawannya berahsia.

Lepas bocor rahsia, kawan Mariam cerita:

  1. Anak sanggup belajar lebih lama dan lebih kerap, siap merayu-rayu minta mak bacakan buku.
  2. Anak tak perlu nak kenal atau hafal ABC dulu, tak perlu nak buat latih tubi sampai berejam-rejam sehari.
  3. Anak cepat je boleh membaca dengan lancar

Terjawab segala rahsia kawan Mariam. Patutlah anak dia yang 4 tahun tu pun boleh je membaca. Rupa-rupanya dia join Kelas Online Intensif Fonik Whiztots.

Kawan Mariam bukan taknak kongsi rahsia tapi takut Mariam sendiri yang terasa hati.

Anak Mariam memang ada masalah belajar yang agak teruk. Boleh dikatakan anak Mariam tu:

  1. Tak boleh nak duduk fokus belajar lama-lama.
  2. Asyik nak main je, lompat sana lompat sini.
  3. Dah ajarkan ABC banyak kali pun, masih lagi tak kenal-kenal huruf.
  4. Bukak buku je nangis macam kena pukul.

Ini la punca kenapa kawan Mariam tak kongsi rahsia. Taknak hati kawannya tu terasa.

Memang anak kawan Mariam tu makin lama makin pandai. Ingatkan ada makan vitamin tapi rupanya cuma konsisten ajar anak cara yang ditunjukkan dalam Kelas Online Intensif Fonik Whiztots je.

Mariam rasa dah tiba masa dia kena rajinkan diri untuk ajarkan anak dia setiap hari. Dia nak juga dipuji pandai ajar anak.

Memang susah nak ajar anak membaca lancar kalau tak tahu cara yang betul. Tapi semua tak akan jadi kalau tak join Kelas Online Intensif Fonik Whiztots.

Mujur la sekarang Kelas Online Intensif Fonik Whiztots tengah adakan tawaran untuk ibu bapa dan cikgu yang nak belajar cara mengajar membaca:

  1. PERCUMA sesi konsultansi bersama founder Whiztots, Cikgu Azleen selama 1 jam. Beliau akan asses pencapaian anak dan bantu tunjukkan cara paling cepat dan mudah nak ajar ikut kesesuaian dan mood anak. Sesi ni bernilai RM250 dan PERCUMA untuk 5 orang pertama yang join Kelas Online ni.
  2. Membership PERCUMA untuk Grup Rahsia Fonik360 kat FB. Dalam grup ini ada lebih 40 video contoh cara mengajar dan juga permainan yang boleh guna semasa nak ajar anak. Ianya bernilai RM180.
  3. PERCUMA 4 sesi Kelas Online WhiztotsZoom untuk anak berusia 5 tahun ke atas. Ianya bernilai RM100.

Bukan biasa-biasa tawaran yang Whiztots ni buat. Yuran lebih berbaloi dari
tempat lain.

Kelas Online Intensif Fonik yang berikutnya akan diadakan pada 6-8 Oktober 2021, jam 8.15 malam melalui Zoom dan grup rahsia FB.

Kalau kerja siang, malampun boleh join. Kelas pula dipecahkan kepada 3 hari supaya sambil belajar boleh praktis dan esoknya boleh pula tanya balik kat Cikgu Azleen kalau ianya tak menjadi.

Ada pula rakaman yang boleh tonton ulang-ulang selama 7 hari kalau masih tak faham. Ada lagi grup support kat fb yang kekal selama fb wujud. Boleh tanya lagi kalau masih ada soalan.

Untuk mendaftar Kelas Online Intensif Fonik Whiztots, klik saja ezy.la/intensifbak

P.S.: Kelas ini untuk parents dan cikgu yang nak mengajar anak membaca sendiri tau, kalau nak Whiztots ajarkan anak kalian, terus whatsapp 0173329298.

Kelas Online Basic Fonik Bacalah Anakku Batch #4 Januari 2021

LAST CALL! LAST CALL!!

Dah lebih 100 peserta mendaftar untuk Kelas Online Basic Fonik Bacalah Anakku.

Kelas akan berlangsung pada hari Khamis, 28 Jan 2021 dan Jumaat, 29 Januari 2021.

Perlu hadir kedua-dua hari ya.

Kelas akan dijalankan melalui Zoom dan juga streaming live ke grup FB rahsia.

Sijil kehadiran akan diberikan kepada mereka yang melengkapkan kehadiran pada kedua-dua hari melalui zoom.

Yuran:

Early Bird RM50 (PENUH)
Promo RM67 (DITUTUP)
LAST CALL RM87 sahaja (sehingga 11.59 malam hari ini, 27 Januari 2019)
Normal RM97 sahaja

Daftar sekarang di:
ezy.la/basicfonik
ezy.la/basicfonik
ezy.la/basicfonik

Kursus Intensif Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku

Dalam Kursus Intensif Kaedah Mengajar Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku ini, kalian akan belajar bagaimana menggunakan kaedah ini untuk mengajar membaca bahasa Malaysia dengan cara yang cepat, mudah dan berkesan.
.
Kelebihan kursus intensif ini adalah kalian akan membuat aktiviti praktikal (micro-teaching), saya akan menelitinya dan kita akan perbaikinya bersama-sama.
.
Modul:
.

  1. Asas Fonik.
  2. Cara sebut bunyi dan aksi asosiasi.
  3. Teknik mengajar bunyi (Teori dan praktikal)
  4. Teknik mengajar simbol (Teori dan praktikal)
  5. Teknik mengajar gabung bunyi (Teori dan praktikal)
  6. Panduan pelaksanaan di kelas/ rumah
    .
    Tentatif:
    .
    8.00 pagi: Pendaftaran.
    9.00 pagi: Topik 1, 2, 3 dan 4.
    1.00 tengah hari: Rehat/ Solat/ Makan.
    2.30 petang: Topik 5 dan 6.
    5.00 petang: Penyampaian sijil dan hadiah, bergambar dan bersurai.
    .
    Penyampai: Nor Azleen binti Abd Rahim
    Certified Trainer Bacalah Anakku & ReadEasy
    .
    Tarikh: 18 Januari 2020
    Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
    Tempat: Whiztots Cepat Membaca
    No 49A, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai, Pasir Gudang
    .
    Untuk maklumat lanjut, hubungi Team Khidmat Pelanggan 016 294 9298 (Cik Liya)
    .
    *TERMA & SYARAT
    .
  7. Bayi & Kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah tidak dibenarkan dibawa masuk ketika seminar dijalankan kerana bimbang akan menggangu konsentrasi peserta lain.
    .
  8. Sekiranya peserta TIDAK DAPAT HADIRKAN DIRI ke seminar:
    .
  • Peserta hanya boleh menggantikan tiket kepada orang lain dan perlu memaklumkan kepada Team Khidmat Pelanggan kami SELEWAT-LEWATNYA 3 Hari sebelum tarikh seminar berlangsung untuk urusan proses pertukaran.
  • Peserta TIDAK BOLEH menggantikan tiket ini untuk ke seminar akan datang kerana tiket ini hanya VALID pada tarikh seminar yang telah dipilih di borang maklumat sahaja.
  • Pembayaran tiket yang telah dibuat TIDAK akan dipulangkan.
    .
    Isi borang di link berikut sekarang untuk pendaftaran.
    https://whiztots.onpay.my/order/form/intensifbak
    https://whiztots.onpay.my/order/form/intensifbak
    https://whiztots.onpay.my/order/form/intensifbak
    .
    .

Program Lukis Hafal (Surah Ar-Rahman) Bersama Ustaz Kartun

Program Lukis Hafal (Surah Ar-Rahman) cuti sekolah hujung tahun ini.

Tarikh : RABU 4 Disember 2019 (9.00am – 4.30pm)

Tempat : Magicphonics Austin Perdana, Johor Bharu

Alhamdulillah program ini sudah masuk tahun ke-3.

Mendorong dan melatih anak-anak menghafal surah menggunakan lukisan kartun mengikut setiap ayat. Dan menerangkan dengan lebih mendalam sehingga anak-anak boleh memahami setiap ayat.

Mengapa harus anak-anak mengikuti bengkel ini?

1- Menerangkan dengan lebih mendalam tentang setiap surah sehingga anak-anak boleh memahami setiap ayat.
2- Memupuk rasa gembira dalam diri anak-anak sewaktu menghafal.
3- Menggunakan ilustrasi yang menarik yang memberikan gambaran menyeluruh setiap ayat.
4- Melatih anak-anak dekat dan cinta al-Quran.

Penggisian:

Slot 1: Asas melukis kartun.

Slot 2: Lukis Hafal. Teknik menghafal menggunakan (Peserta akan menghasilkan lukisan mengikut setiap ayat.)

Slot 3: Ulang Hafalan ( Teknik Storytelling)

Slot 4: Menghasilkan Komik IBRAH ( Peserta akan menghasilkan komik satumuka berkaitan pengajaran surah yang dipelajari.)

Penceramah:

1- Mohd Nasrullah Che Halim (Ustaz Kartun)

  • Guru di Maktab Mahmud Alor Setar
  • Tenaga Pengajar Al-Quran Kaedah Haraki
  • Kartunis

Pencapaian:

  • Pemenang Anugerah Emas Karnival Kreativiti Inovasi (KKI) 2019 Peringkat Kebangsaan di IPG Besut, Terengganu.
  • Pingat Perak Pertandingan Inovasi Pendidikan (PIP) 2019 Peringkat Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia.

2- Nur Hidayah Halil

  • Jurulatih Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia
  • Pengasas KALAM (Kit Permainan Bina Ayat Bahasa Arab)

Pencapaian:

  • Pemenang Anugerah Emas Inovasi Pendidikan Islam & Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan (inovis) 2018 di Universiti Sains Islam Malaysia.
    ……………………………………..

Daftar:
https://whiztots.onpay.my/order/form/ustazkartun01
https://whiztots.onpay.my/order/form/ustazkartun01
https://whiztots.onpay.my/order/form/ustazkartun01

Whiztots Open & Tutorial Day

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami dari Team Whiztots ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan Hari Terbuka & Kelas Tutorial Fonik Whiztots yang kami namakan WOTD (Whiztots Open & Tutorial Day) . Kelas ini dibuat khas untuk ibu bapa yang ingin mengetahui cara terbaik membantu anak belajar membaca di rumah dengan cepat, mudah dan berkesan.Kelas akan berjalan iaitu :

Tarikh : 7 Disember 2019

Hari  : Sabtu

Masa  : 9:00 pagi – 12:00 tengah hari

Modul:  Santai Fonik & Parent-teaching meeting 

Lokasi :   Ruang Seminar Whiztots, No 49A, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

Berikut adalah maklumat mengenai kelas ini;

Santai Fonik:

  • Ransang Literasi Awal
  • Keistimewaan Fonik
  • Cara Sebut Bunyi & Aksinya
  • Cara Nyanyi Lagu AAA
  • Tips Ajar Anak Membaca Di Rumah
  • Q & A

Parent-teacher Meeting:

  • Parents boleh bersemuka dengan tutor untuk berbincang tentang progress anak masing-masing.

SPECIAL:  kepada yang hadir untuk WOTD ini, kami akan pulangkan bayaran yuran anda dalam bentuk kupon yuran pendaftaran Whiztots.

Syarat untuk peserta hadir ke kelas:

  1. Terhad kepada  30  orang yang pertama
  2. Anak di bawah usia 18 tahun tidak dibenarkan berada dalam ruang seminar
  3. Isi borang pendaftaran di bawah & terus buat bayaran

Jumpa anda di Kelas WOTD Whiztots…

Isi borang pendaftaran di link bawah SEKARANG!

Kursus Asas Bacalah Anakku Di Kajang

Alhamdulillah, selesai Kursus Asas Bacalah Anakku di Kajang. Kursus dihadiri seramai 32 peserta. Ada yang datang dari Klang.

Kebanyakan peserta adalah guru tadika dan taska yang berhasrat menggunakan Bacalah Anakku untuk mengajar membaca.

Ada yang dah mula guna tetapi tidak pasti samada cara yang digunakan betul ataupun tidak. Ada yang baru berkira-kira nak menggunakannya.

Lebih separuh peserta membayar sendiri yuran kebijaksanaan menghadiri kursus. Tapi ada sebahagiannya yang dibayar oleh bos-bos masing-masing. Beruntunglah dapat bos yang sanggup keluarkan belanja untuk meningkatkan intelek dan kemahiran staf. Bukan senang nak dapat tau.

Kursus ini dianjurkan oleh Mmu Learning Centre. Terima kasih jemput saya. Semoga dapat bekerjasama lagi di masa hadapan.

Di akhir kursus, dapat pula jumpa kawan yang lama sungguh tak jumpa. Rumaizah Mohamad. Terima kasih datang, semoga dapat sesuatu ilmu yang bermanfaat semalam. Lupa pula nak ambil gambar berdua.

Ada rezeki, ada jodoh, jumpa lagi kita dalam kursus yang akan datang. InsyaAllah.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Seminar Fonik dan Brain-gym Pasir Gudang

Setiap pergerakan menghantar impuls kepada otak, memberi maklumat tentang perubahan posisi dan lokasi badan di dalam ruang. Sensasi ini membentuk imej kendiri yang menentukan bagaimana kita mencipta pengetahuan dan menentukan sikap kita terhadap sesuatu. (Hannaford, 2005).

Pakar kanak-kanak sudah lama memberitahu bahawa pergerakan adalah penting untuk membina sistem nervous dan anak kecil perlu bermain bebas untuk belajar bagaimana mengawal tubuh secara spontan, tetapi masyarakat kita hari ini masih lagi gemarkan kawalan penuh.

Kita meletakkan bayi di dalam walker dan mengurangkan “tummy time” yang akibatnya bayi kurang merangkak dan merayap untuk mematangkan penglihatan mereka.

Kita meletakkan bayi di hadapan televisyen 2 dimensi sedangkan dunia 3 dimensi ini lebih diperlukan untuk mematangkan penglihatan mereka.

Kita memberikan mereka gajet yang memaksa penglihatan mereka ke focal point yang sebenarnya mereka belum mampu uruskan.

Apabila kanak-kanak tidak mampu melihat menggunakan kedua mata kepada garisan tanpa melihatnya menjadi double ataupun tidak hilang fokus, tidak ada gunanya memberikan mereka soalan pemahaman. (Dennison, 2006).

Terdapat beberapa pergerakan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kebolehan penglihatan anak yang sekaligus dapat membantu anak menguasai literasi dengan lebih mudah.

Pergerakan-pergerakan inilah yang dirumuskan sebagai brain-gym kerana ia membuat senaman ke atas otak.

Seminar Fonik dan Brain-gym akan diadakan di Pasir Gudang pada 31 Mac 2018, 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Topik Brain-Gym akan disampaikan oleh Cikgu AzWani Mansor, Guru Cemerlang Pemulihan Khas.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh terus sertai grup Whatsapps di link berikut:

https://chat.whatsapp.com/ATgCddsvS2a8BTGGlgP7Ba

https://chat.whatsapp.com/ATgCddsvS2a8BTGGlgP7Ba

https://chat.whatsapp.com/ATgCddsvS2a8BTGGlgP7Ba

Bengkel PdPc Fonik Literasi BM

Hari ini rehearsal Bengkel PdPc Fonik Literasi BM dengan cikgu-cikgu Linus dan Pemulihan di SK Taman Pasir Putih.

Terima kasih sudi luangkan masa mendengar perkongsian saya.

Dalam bengkep PdPc kita banyak berkongsi perlaksanaan fonik dalam kelas. Isu-isu yang timbul. Cara mengatasinya.

Asasnya lebih kurang perkongsian pengalaman saya melaksanakan fonik dalam kelas di sekolah selama 3 tahun dan juga selama setahun lebih di kelas membaca.

Samada kelas membaca berbayar atau belajar membaca di sekolah, isu yang timbul sama sahaja.

Bagaimana nak buat dengan murid yang dah ajar berkali-kali tapi tak dapat?

Bagaimana nak laksanakan pemulihan (bukan pemulihan khas, tapi pemulihan dalam kelas)?

Bagaimana nak kekalkan momentum murid belajar dan kekal fokus selama 60 minit?

Dan banyak lagi bagaimana.

Apapun, saya harap ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dengan melaksanakannya dalam kelas.

Ilmu hanya bermanfaat apabila ia diamalkan.

InsyaAllah besok kita berbengkel besar di Wisma Pelaut Pasir Gudang bersama 70 lebih orang guru.

Jumpa di sana!

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Sambil bengkel ambil gambar juga

Khusyuk buat trek lumba.

Cikgu lelaki pun ada.

Sebelum dapat hadiah, kena jawab soalan mudah ya cikgu!

Hadiah lagi. Tampal dalam kelas ok.

Terima kasih atas cenderahati.