Tips Ajar Baca #13

Ingat lagi tip#11, iaitu menyediakan Bank Perkataan.

Untuk tip#13 kali ini, pastikan anda mengulangkaji dari masa ke masa perkataan-perkataan dalam bank bagi menyemak adakah anak masih boleh membacanya.

Jika tidak, jangan khuatir.

Teruskan mengajarkan anak membaca tanpa putus asa.

Semua anak boleh membaca mengikut keupayaan mereka sendiri.

Aktiviti Memory Game Untuk Anak Cepat Ingat Bunyi/ Huruf

Anak mudah lupa apa yang diajar?

Anak keliru u dan n?

Nak tips untuk teruskan pengajaran di rumah selepas kelas online?

Hai, saya Cikgu Azleen, founder Kelas Membaca Online Whiztots. Saya pernah berkhidmat sebagai Guru Pemulihan Khas dengan KPM selama 9 tahun.

Saya telah mengajarkan membaca dari tahun 2008 dan sehingga kini saya telah membantu ribuan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan berkesan.

Ramai ibu bapa yang ingat sekolah yang kena ajarkan anak membaca.

Bila tiba-tiba kita kena PKP, anak-anak duduk di rumah dengan ibu bapa, barulah ibu bapa perasan, “Eh, anak aku belum boleh membaca rupanya”.

Saya faham, anda mesti rasa risau anak belum boleh membaca. Apatah lagi jika anak dah berusia 6 tahun. Tahun depan nak masuk darjah 1 pula. Sekolah tak tahu bila nak buka.

Anda nak yang terbaik untuk anak anda dan anda sanggup berusaha bekerja mati-matian untuk menyediakan wang membiayai keperluan anak anda.

Hari ini, saya akan kongsikan 1 aktiviti untuk membantu anak yang mudah lupa bunyi ataupun yang kerap keliru antara bunyi yang sama.

Kongsikan post ini dan ajak kawan-kawan yang ada anak 6 tahun untuk tonton ya.

Nor Azleen Abd Rahim
#literacyscientist yang cantik, ceria dan cergas

Aktiviti Permainan Untuk Mengajar Anak Membaca Di Rumah

Memandangkan hari ini bermulanya tempoh kawalan pergerakan dan ramainya antara kita yang berkurung di rumah dengan anak-anak, saya nak kongsikan 1 permainan yang boleh digunakan untuk mengajar anak membaca.

Permainan #1 – Memori

Bahan diperlukan:

Pilih 5 ke 10 perkataan yang anak telah tahu baca. Contoh bagi anak yang sudah membaca Buku 2 Bacalah Anakku: mama, siku, kuku, susu, basi.

Tuliskan dengan terang dan jelas perkataan ini pada kad indeks bersaiz 3×5. Buat 2 keping setiap perkataan. Anda boleh minta anak untuk menyalin perkataan bagi membantu anda menyediakan kad.

Cara bermain:

  1. Kocok kad dan letakkannya secara terbalik di atas meja.
  2. Secara bergilir-gilir, buka 2 kad dan membacanya.
  3. Sekiranya 2 kad dibuka itu sama perkataan, pemain boleh menyimpannya dan mendapat giliran sekali lagi. Jika tidak sama, terbalikkan semula kad dan giliran pemain berikutnya.
  4. Main sehingga semua kad berjaya ditemui pasangannya. Pemain dengan pasangan kad terbanyak dianggap sebagai pemenang.

Ingatan:
Sekiranya anak sukar membaca perkataan pada kad dibuka, bantu anak dengan membacakannya secara santai, tidak perlu meminta anak menyebut bunyi satu per satu. Tujuan permainan ini adalah membina keupayaan mengecam perkataan secara menyeluruh.

Anda boleh mengawal tahap kesukaran permainan ini dengan menetapkan pilihan dan jumlah perkataan yang digunakan:

  • Bagi anak baru belajar membaca (buku 1 hingga 6), pilih perkataan yang nampak jelas bezanya (contoh: ani, susu, mama, basi, kuku)
  • Bagi anak yang lebih mahir membaca (Buku 7 ke atas), boleh gunakan perkataan yang hampir sama (contoh: teko, tipu, tali, tani, teka)

Variasi 1
Anda boleh gunakan pasangan perkataan berima. Contohnya tari dan cari, buku dan kuku, ibu dan labu, susu dan bisu, lima dan sama.

Variasi 2
Permainan ini juga boleh digunakan untuk membina kemahiran mengenal huruf dan kaitan huruf dan bunyi. Untuk set yang pertama, lukis atau tampalkan gambar dengan bunyi awalan, manakala untuk set yang kedua, tuliskan bunyi awalan sahaja.

Contohnya pada kad pertama letakkan gambar susu, manakala untuk pasangannya ada huruf s.

Nota:
Permainan ini juga boleh digunakan bersama anak yang lebih besar, ataupun dengan anak yang sudah membaca lancar. Variasi lain boleh melibatkan latihan vokabulari seperti mencantumkan ayat. Contohnya tuliskan “Ali ada” pada satu kad, dan untuk pasangannya “kereta merah”.

Gunakan kreativiti anda untuk memberikan lebih cabaran pada permainan ini mengikut keupayaan anak.

Semoga dapat memenuhi masa lapang anda hari ini dan membina hubungan rapat dengan anak.

Selamat mencuba dan silakan berkongsi ya.

Pendaftaran Kelas Membaca Ambilan April 2020

Pendaftaran Kelas Membaca Ambilan April 2020 Kini Dibuka!

Daftar terus di link berikut:
https://whiztots.onpay.my/order/form/plpbak
https://whiztots.onpay.my/order/form/plpbak
https://whiztots.onpay.my/order/form/plpbak

Jadual kelas yang dibuka untuk pendaftaran:

BAK55
Setiap Ahad, Selasa dan Khamis (3 kali seminggu)
8.05 hingga 8.50 malam
Kelas bermula 2 April 2020
6 pax (5 kekosongan)
Yuran program (1 kali sahaja): RM350
Yuran bulanan: RM145/bulan

BAK56
Setiap Ahad, Selasa dan Khamis (3 kali seminggu)
5.05 hingga 5.50 petang
Kelas bermula 2 April 2020
6 pax (6 kekosongan)
Yuran program (1 kali sahaja): RM350
Yuran bulanan: RM145/bulan

BAK57
Setiap Ahad, Selasa dan Khamis (3 kali seminggu)
2.05 hingga 2.50 petang
Kelas bermula 2 April 2020
6 pax (6 kekosongan)
Yuran program (1 kali sahaja): RM350
Yuran bulanan: RM145/bulan

Yuran program meliputi perkara berikut:

  • Buku dan bahan sepanjang program dijalankan
  • Seminar fonik untuk 1 parent
  • Majlis Anugerah Tamat Baca untuk 1 anak dan 2 parent

Sekarang ni juga ada promosi tambahan,

  • PERCUMA 1 helai tshirt Whiztots untuk anak (bernilai RM25)
  • PERCUMA 3 x sesi Kelas Penulisan Kreatif untuk anak selepas tamat Program Bacalah Anakku (bernilai RM150)

Daftar terus di link berikut:
https://whiztots.onpay.my/order/form/plpbak
https://whiztots.onpay.my/order/form/plpbak
https://whiztots.onpay.my/order/form/plpbak
.
.

5 Aktiviti Ajar Anak Membaca Usia 0-2 Tahun

Membaca adalah sebahagian daripada perkembangan bahasa. Jika nak anak mudah belajar membaca, pastikan perkembangan bahasa anak dipupuk dengan baik.

Hari ini saya nak kongsikan 5 aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak berusia 0 hingga 2 tahun untuk membantu memupuk perkembangan bahasa mereka.

Aktiviti 1
Bercakap dengan anak.

Nak cakap apa? Cakap apa sahaja. Terutamanya apa yang sedang berlaku disekelilingnya.

Bila nak mula bercakap dengan anak? Seawal dari dalam kandungan. Semasa mengandung sekitar minggu 23 ke 27, bayi sudah boleh mula mendengar.

Bagaimana nak bercakap dengan anak? Cakap sahaja macam biasa. Seperti berbual. Bayi berusia 0-2 bulan sudah mula mengeluarkan bunyi-bunyi seperti aaaa dan uuuu.

Dan siapa yang nak kena cakap dengan anak? Siapa sahaja yang berada di persekitarannya. Ibu, ayah, abang dan kakak, datuk dan nenek, pengasuh. Pendek kata siapa sahaja yang berpeluang berinteraksi dengan anak hendaklah sama-sama membantu proses perkembangan bahasa ini.

Aktiviti 2
Akui, acknowledge, ulang semula bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh bayi.

Bayi berusia 0-2 bulan sudah mula mengeluarkan bunyi-bunyi seperti aaa dan uuu. Ulang semula bunyi ini kepada bayi setiapkali dia mengeluarkannya.

Begitu juga apabila bayi semakin besar pada usia 7-12 bulan. Bayi akan mula menggabung bunyi seperti maaa, baaa, ulang semula bunyi-bunyi ini setiapkali bayi menyebutnya.

Aktiviti 3
Tiru ekspressi wajah bayi dan berlebih-lebihan

Pernah main baa baa cak dengan bayi? Nah, ini aktiviti yang sangat bayi untuk membuat ekspressi wajah yang berlebih-lebihan.

Buat muka terperanjat sehingga bayi ketawa terkekeh-kekeh.

Eh, tapi janganlah pula meniru ekspressi wajah bayi yang menangis sehingga berlebih-lebihan. Kasihan.

Aktiviti 4
Bacakan buku cerita setiap hari.

Kalian boleh gunakan buku yang sama berulangkali. Ini kerana pada kali pertama kalian membacanya, bayi belum boleh menangkap setiap perkataan yang kalian sebutkan.

Setiap kali kalian mengulang baca, bayi akan dapat mendengar perkataan yang sama berulang kali dan mengingatinya.

Kajian menunjukkan kanak-kanak lebih sukakan sesuatu yang boleh dijangka, bukan kejutan. Jadi apabila membaca buku yang sama, anak sudah boleh berinteraksi sama kerana mengetahui plot seterusnya.

Aktiviti 5
Berikan bayi cermin untuk melihat mulutnya semasa dia membuat bunyi

Apabila mengajarkan bunyi, penting untuk memastikan kedudukan bibir dan lidah betul. Barulah bunyi yang dikeluarkan juga betul.

Nah, itu dia 5 aktiviti yang boleh dilakukan bersama bayi berusia 0 hingga 2 tahun. Semoga aktiviti-aktiviti ini dapat membantu perkembangan bahasa bayi kalian.

Dan apabila perkembangan bahasanya berlaku dengan baik, lebih mudah untuk mengajarkannya membaca kelak.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Wiring The Brain For Reading

Kelebihan Kaedah Fonik Bacalah Anakku

Dalam Program Intensif Membaca Cuti Sekolah Whiztots, kami menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku.

Hari ini saya nak kongsikan kelebihan-kelebihan yang anak anda akan perolehi apabila membaca dengan kaedah ini:

1 Senang

Dalam kaedah ini anak hanya perlu ingat 28 bunyi sahaja dan menguasai teknik gabung bunyi. Dengan 2 perkara ini, anak akan boleh membaca hampir semua perkataan yang wujud dalam bahasa Malaysia.

2 Mudah

Kaedah ini mudah dikuasai anak kerana ianya logik. mmm dengan aaa digabungkan akan jadi “ma”. Cuma ’em’ dengan ‘ei’, jadi apa? Tidak akan jadi “ma”.

3 Lancar

Anak membaca lancar dengan menggabung bunyi. Anak tidak mengeja-ngeja dan tidak juga menghafal suku kata. Walaupun perkataan yang baru, perkataan yang tidak pernah diajar, ataupun perkataan yang panjang.

4 Mengasah Kognitif

Anak menggunakan pengetahuan akademik iaitu bunyi-bunyi huruf yang diajar dalam mengasah kemahiran kognitifnya, iaitu menggabungkan bunyi-bunyi tersebut semasa membaca.

5 Pelbagai Bahasa

Bukan setakat Bahasa Malaysia sahaja, dengan menggunakan pengetahuan gabung bunyi ini, anak akan boleh membaca dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Jawi, Bahasa Arab, bahkan mungkin Tamil dan Mandarin sekalipun asalkan anak diajar bunyi-bunyi dan simbolnya dalam bahasa tersebut.

Cukuplah setakat 5 ini sahaja kelebihan yang saya kongsikan kali ini. Semoga bermanfaat.

Klik share ya, terima kasih!