• Homeschooling

    Melatih Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Seawal Usia

    Mari sambung kisah botol susu yang diterbalikkan.

    Selepas lihat Azmina terbalikkan botol susu, dan susu pun tis tis tis menitis di atas lantai.

    Azmina senyum gembira. Afiah melopong, barangkali kagum dengan corak-corak yang terhasil oleh susu di atas lantai.

    Mommy pun berkata dengan penuh kasih sayang, “Susu dah tumpah ni angah. Lantai basah. Nak buat macam mana?”

    Azmina pandang muka mommy dan senyum. “Uuu.” Terjemahan –> Tak tahu.

    Mommy pun pandang Afiah. Afiah sengih.

    “Bukan kakak yang buat.”

    Dia ingat mommy nak marah agaknya.

    Begitulah kawan-kawan. Dalam kebanyakan situasi, biasanya mommy akan marah dan membebel.

    Kemudian terus suruh Azmina atau Afiah ambil kain untuk mengelap susu yang telah tumpah.

    Tapi, kata nak melatih pemikiran aras tinggi (KBAT). Bagaimana?

    1. Tanya kepada anak, apa yang telah berlaku. Reaksi susu di atas lantai. Tumpah – basah – kotor.

    2. Tanya anak apa yang hendak dilakukan sekarang. Kita akan terpukau dengan banyaknya jawapan yang mereka akan beri.

    Ada anak yang akan mengelapnya dengan tangan, dengan baju sendiri, dengan tisu, dengan kain lap dapur. Dan lebih hebat mungkin ada yang akan kata, “Biar sahajalah mommy. Nanti kena kipas, lama-lama ia akan kering.”

    Nampak, untuk menyelesaikan masalah susu tumpah di atas lantai, ada banyak penyelesaian.

    Tapi kita cenderung untuk terus memberi penyelesaian kepada masalah tersebut.

    “Kakak, pergi ambil kain lap kat dapur. Kemudian lap susu yang tumpah ini.”

    Selesai masalah.

    Cuma pemikiran anak tidak berkembang. Tidak berlaku pemikiran kreatif dan kritis. Tidak mampu menyelesaikan masalah. Tidak mahu berfikir kerana telah terbiasa adanya mommy yang memberi jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul.

    Jadi kawan-kawan, apabila anak melakukan sesuatu perkara apa kata kita beri mereka ruang dan peluang untuk berfikir menyelesaikan perkara tersebut.

    Bersabarlah menunggu mereka berfikir dan sel-sel otak berhubung. Kita akan takjub dengan hebatnya kemampuan mereka menyelesaikan masalah.

    Mulakan dari 0 ke 6 tahun. Barulah KBAT di usia 7 tahun ke atas.

    PLAY DOES WORK!

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    Kupasan ilmu dari FROEBELSS Kuantan 2017.

  • Homeschooling

    Ajar Anak Menggunting

    Hari tu, saya dapati ada sebahagian dari students kelas saya yang masih belum mahir menggunakan gunting. Umur dah 5-6 tahun tapi pegang gunting pun masih perlu dibetulkan.

    Dalam kelas membaca ni memang kurang sempatlah saya nak mengajar cara pegang gunting dan menggunting.

    Jadi saya pun berikan link video mengajar anak menggunting yang dikongsikan okeh Puan Mahfuzah, Penulis Buku-buku Pendidikan Khas, ke dalam group whatsapps parents.

    Alhamdulillah setakat ini semua parents yang hantar anak kepada saya memberi kerjasama sepenuhnya.

    Jadi bila saya minta mak-mak ni bantu ajar anak belajar menggunting di rumah, mereka buat lebih dari itu.

    Ada sorang mak ni siap rujuk kepada Occupational Theraphy untuk dapatkan nasihat bagaimana nak bantu anak dia menggunting.

    Lepas tu kongsikan pulak dengan kami dalam grup. Alhamdulillah, bertambah ilmu.

    Justeru, rasanya saya pun nak kongsikan dengan kalian langkah-langkah untuk membantu anak belajar menggunting.

    OT tersebut (yang tak tahu saya siapa namanya, maaf) mencadangkan supaya mulakan dari aktiviti shoulder joint.

    Menurutnya aktiviti-aktiviti menggunakan tangan ini bermula dari bahu. Aktiviti menguatkan bahu ni adalah seperti senggayut (monkey bar), kereta sorong (wheelbarrow walking) dan juga merangkak (crawling).

    Bila shoulder joint dah kuat, barulah perkenalkan aktiviti-aktiviti forearm muscles, palmar muscles dan barulah ke jari-jari.

    Wah! Kami semua pun macam “wahhhh”. Baru tahu.

    Patutlah kebanyakan buku-buku untuk pendidikan awal kanak-kanak ni sangat menekankan aktiviti senggayut dan merangkak.

    Dalam sembang-sembang tu keluarlah cerita “Oh rupanya anak dia skip merangkak dulu” ataupun merangkak sekejap sangat.

    Jadi kawan-kawan, kalau anak kalian kurang merangkak, buatlah aktiviti-aktiviti yang boleh menggalakkan anak merangkak. Mak kena sama-sama main-main merangkak.

    Kalau anak kalian masih bayi macam Isyraq, pastikan dia ada masa di lantai (floor time orang putih cakap). Lagi lama lagi kerap lagi bagus.

    Nak lagi bagus mak pun floor time juga dengan bayi. Baru nampak mak buaya ngan anak buaya.

    Hehehe.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy bukan cikgu buaya.