Kelas Online Basic Fonik Bacalah Anakku Batch #4 Januari 2021

LAST CALL! LAST CALL!!

Dah lebih 100 peserta mendaftar untuk Kelas Online Basic Fonik Bacalah Anakku.

Kelas akan berlangsung pada hari Khamis, 28 Jan 2021 dan Jumaat, 29 Januari 2021.

Perlu hadir kedua-dua hari ya.

Kelas akan dijalankan melalui Zoom dan juga streaming live ke grup FB rahsia.

Sijil kehadiran akan diberikan kepada mereka yang melengkapkan kehadiran pada kedua-dua hari melalui zoom.

Yuran:

Early Bird RM50 (PENUH)
Promo RM67 (DITUTUP)
LAST CALL RM87 sahaja (sehingga 11.59 malam hari ini, 27 Januari 2019)
Normal RM97 sahaja

Daftar sekarang di:
ezy.la/basicfonik
ezy.la/basicfonik
ezy.la/basicfonik

Tips Membantu Anak Belajar Di Rumah

Hari ni saya nak kongsikan tips untuk memudahkan ibu ayah membantu anak belajar di rumah.

  1. Tetapkan jadual waktu. Tandakan pada kalendar dan letak di tempat yang boleh dilihat oleh anak.

Sebaiknya biarlah masa belajar tu lebih kurang sama setiap kali.

  1. Pastikan anak telah cukup tidur dan rehat.

Waktu yang baik untuk anak tidur malam adalah tidak lewat dari 10 malam.

Jika anak bangun awal pagi, ajak anak untuk tidur sekejap (nap) pada waktu tengah hari.

  1. Pastikan anak telah diberi makan dalam tempoh 1 jam sebelum mula belajar.

Kanak-kanak cepat berasa lapar tetapi seringkali mereka tidak tahu bagaimana menyatakan bahawa mereka lapar.

Mereka hanya tahu keadaannya tidak selesa dan mula meragam.

  1. Pastikan anak telah cukup bermain.

Bermain akan membantu emosi kanak-kanak untuk lebih stabil dan puas hati.

Bermain adalah cara hidup kanak-kanak, jadi berikan mereka peluang untuk bermain 2-3 jam setiap hari.

Sebaiknya berikan mereka permainan yang bersifat fizikal seperti berlari, melompat, memanjat, berguling dan sebagainya.

  1. Ajak anak untuk bersenam setiap hari.

Masukkan rutin senaman ringkas dalam hidup seharian. 30 minit sehari pun sudah cukup.

Mak ayah kena buat sekali dengan anak tau.

  1. Sediakan ruang belajar yang khusus.

Memadai dengan menyediakan meja dan kerusi yang bersesuaian dengan umur anak.

Sekiranya tiada ruang dalam rumah, atau kekurangan bajet, boleh juga gunakan meja makan untuk belajar.

Bersih dan kosongkan meja makan dari sebarang peralatan atau barangan tidak berkaitan semasa belajar.

  1. Beri rehat pendek-pendek semasa sesi belajar.

Menurut pakar, masa seorang kanak-kanak boleh fokus adalah umurnya kali 3-5. Contohnya bagi kanak-kanak berusia 6 tahun, tempoh dia boleh fokus adalah 18 minit (6×3) hingga 30 minit (6×5) sahaja. Bahagikan 2 jika anak anda lelaki hihi.

Susun aktiviti belajar supaya berada dalam lingkungan masa ini sahaja.

Berikan break time 10-15 minit selepas masa belajar ini untuk anak melakukan aktiviti bebasnya sendiri.

  1. Selang selikan aktiviti pasif dan aktif untuk mengelakkan anak berasa cepat bosan.

Aktiviti pasif adalah aktiviti yang anak hanya melihat sahaja seperti menonton rakaman video yang dihantar oleh guru.

Aktiviti aktif pula adalah aktiviti yang memerlukan anak bergerak seperti menguli doh, menulis, mewarna, mencari barang dan sebagainya.

  1. Sediakan snek ringan untuk anak dan berikan dia makan sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam sekali.

Antara pilihan snek yang bagus adalah buah-buahan dan kekacang.

  1. Berikan pujian dan ganjaran untuk usaha anak melakukan aktiviti. Tidak terhad semata-mata kepada hasil aktiviti dilakukan.

Cukuplah 10 tips ini. Harapnya membantu kalian yang masih lagi struggle nak mengajak anak belajar kat rumah sepanjang musim pkp ni ya.

Nor Azleen Abd Rahim

konsultanparenting

kelasmembacaonline

Tips Membina Ruang Belajar Untuk Anak

Hari ini saya nak kongsikan 9 tips bagaimana menyediakan ruang belajar yang kondusif untuk anak.

Ruang yang baik membolehkan anak menyiapkan kerja rumah dengan lebih baik, cepat dan selesa.

Ikuti tips berikut untuk menyediakan ruang belajar yang sesuai untuk anak anda:

Tips 1 – Tentukan mood

Adakah anak anda suka bersendirian atau dia memerlukan aktiviti untuk lebih fokus?

Untuk anak yang menyendiri, sediakan ruang belajarnya di dalam bilik atau di sudut-sudut terpencil dalam rumah.

Untuk anak yang sukakan suasana sibuk dan sering memerlukan anda semasa membuat kerja sekolah, sediakan ruang belajar di dapur atau ruang keluarga.

Tips 2 – Ruang hendaklah kondusif tetapi tidak terlalu selesa

Pilih spot yang membantu anak tenang, fokus dan alert.

Anak mungkin suka membaca di atas katil, tetapi sekiranya dia tertidur semasa membaca, kerjanya tidak akan siap.

Justeru, sofa kecil adalah lebih sesuai.

Tips 3 – Jadikan ianya ergonomik

Ruang kerja untuk anak sepatutnya sesuai dengan ketinggiannya.

Jika dia duduk, pastikan dia boleh meletakkan sikunya di atas meja tanpa menjengketkan bahunya.

Anak juga boleh meletakkan kakinya diatas lantai.

Sekiranya kerusi anak tidak sesuai dengan ketinggiannya, benarkan dia duduk diatas bantal atau letakkan kotak kasut di kakinya.

Letakkan juga bantal kecil ataupun gulungan selimut dibelakangnya untuk mengelakkan penat belakang.

Jika anak menggunakan komputer, letakkan skrin antara 18 ke 30 inci jauh.

Tips 4 – Cahaya mencukupi

Anak akan cepat letih sekiranya dia perlu mendekatkan mukanya ke buku atau sukar melihat apa yang ditulis.

Cuba gabungkan penggunaan lampu tinggi bersama dengan lampu membaca yang boleh dihalakan ke buku atau skrin komputer.

Tips 5 – Sediakan ruang untuk dia menulis. Sekiranya dia ada komputer, susunaturkan agar dia juga ada ruang menulis,

Tips 6 – Pastikan barang keperluan belajarnya mencukupi.

Apakah barang yang anak selalu gunakan. Gunting? Kertas?

Simpan semua bekalan ini di satu ruang supaya anak boleh mencapainya dengan mudah.

Berikan anak kalendar, senarai to-do atau planner supaya dia selalu tahu apa yang perlu dia lakukan pada bila masa.

Tips 7 – Susunkannya.

Gunakan kotak, laci atau organiser untuk menyusun barangnya.

Gantungkan papan kenyataan atau kalendar dinding sebagai ingatan.

Tips 8 – Hiaskannya.

Berikan anak kebenaran untuk menghias ruang belajar dengan poster, gambar, hasil seni atau apa saja yang dimahukannya.

Oleh kerana dia akan habiskan masanya di situ, biar dia nikmatinya.

Tips 9 – Tutupkan gajet dan tv.

Sebarang bunyi yang boleh menarik perhatiannya lebih daripada bukunya adalah gangguan.

Gunakan muzik ringan ataupun kesunyian sahaja semasa anak belajar.

Semoga tips ini dapat membantu anak kalian belajar dengan lebih seronok dan fokus.

Selamat mencuba!

Nor Azleen Abd Rahim

certifiedtrainer

parentingtalk

kelasmembacaonline

Jadual Waktu Belajar Maya Sepatutnya Lebih Pendek Dari Hari Persekolahan Biasa

Kanak-kanak tidak perlu menghabiskan masa sehingga 8 jam sehari membuat kerja sekolah.

Jadual belajar secara maya tidak sama dengan jadual sekolah tradisional. Jadual belajar secara maya tidak sama dengan jadual sekolah tradisional.

Kita akan terus mengulang ayat ini sehingga semua orang faham, boleh?

Seriuslah, takkanlah kita nak kanak-kanak belajar online dan offline sehingga 8 jam sehari sepanjang pandemik Covid19 ini.

Ini sebabnya:

Satu, tahap pembelajaran jarak jauh adalah berbeza.

Sebenarnya tak payah nak cakap banyakpun, kita dah tahu bahawa struktur persekolahan normal sekarang ni dah berbeza sebab kanak-kanak mula belajar di rumah.

Mereka tak ada waktu rehat, perhimpunan ataupun acara-acara istimewa. Mereka tak perlu nak berjalan ke perpustakaan, kantin, makmal sains ataupun ke padang.

Semua ini sebenarnya meliputi waktu persekolahan normal dan tidak termasuk dalam pembelajaran maya.

Bukanlah bermaksud yang jadual sekolah tradisional dipenuhi dengan aktiviti huha huha, kanak-kanak menerima banyak arahan dan panduan dari guru dalam kelas yang mereka tidak dapat sekarang.

Tetapi dari sudut jumlah jam dan masa tidak bersesuaian dengan suasana belajar di rumah.

Dua, kanak-kanak perlu kurangkan masa membuat kerja rumah.

Cadangan masa belajar bersesuaian mengikut umur:

Prasekolah dan tahap 1 sekolah rendah: 1-2 jam sehari
Tahap 2 sekolah rendah: 2-3 jam sehari
Sekolah menengah: 3-4 jam sehari

Galakkan sekurang-kurangnya 1 jam masa bermain di luar rumah, patuhi SOP.

Sememangnya sukar mendapatkan keseimbangan antara sesi kelas sebenar dengan guru dan aktiviti serta projek kendiri.

Tiga, oleh kerana keadaan yang luar biasa ini, kita mungkin perlu rendahkan sedikit standard kita.

Realitinya kehidupan agak berat buat semua orang, termasuk kanak-kanak.

Mereka mungkin tidak mempunyai teknologi yang diperlukan.

Mereka mungkin perlu menjaga adik-adik.

Mereka mungkin tidak mendapat sokongan dari ibu bapa yang mungkin juga sedang sibuk bekerja dari rumah.

Dalam keadaan sebegini, cubaan meniru jadual persekolahan tradisional adalah mustahil.

Dan yang keempat serta paling penting, kita patut hargai semua jenis pembelajaran yang kanak-kanak lakukan.

Seorang kanak-kanak yang melakukan kerja sekolahnya selama 1-2 jam sehari bukan bermakna dia hanya belajar 1-2 jam itu sahaja.

Kanak-kanak belajar melalui bermain.

Mereka belajar melalui komunikasi dengan ahli keluarganya.

Mereka belajar melalui memasak.

Dan mereka juga belajar dengan banyaknya hanya denga berusaha hidup melalui pandemik global ini.

Inilah masanya untuk kita menghargai semua pengalaman ini, kurangkan tekanan terhadap diri sendiri dan berhenti mencuba meniru susun atur sekolah.

Kita belajar dengan cara yang berbeza sekarang ni, dan itu adalah OK.

Nor Azleen Abd Rahim

parenting

homeschooler