• Kelas Membaca

    Preview Kelas Membaca Online WhiztotsZoom

    Anda nak daftarkan anak ke kelas membaca online whiztotszoom, tapi tak pasti bagaimana kelas dijalankan?

    Jom tonton video berikut untuk dapatkan sedikit idea bagaimana saya jalankan kelas membaca online WhiztotsZoom.

    https://youtu.be/S_p4Q8BBTHE

    Untuk pertanyaan mengenai kelas ini, sila hubungi Customer Services di 0162949298 ya.

  • Aktiviti & Permainan Kreatif - Kelas Membaca

    Aktiviti Memory Game Untuk Anak Cepat Ingat Bunyi/ Huruf

    Anak mudah lupa apa yang diajar?

    Anak keliru u dan n?

    Nak tips untuk teruskan pengajaran di rumah selepas kelas online?

    Hai, saya Cikgu Azleen, founder Kelas Membaca Online Whiztots. Saya pernah berkhidmat sebagai Guru Pemulihan Khas dengan KPM selama 9 tahun.

    Saya telah mengajarkan membaca dari tahun 2008 dan sehingga kini saya telah membantu ribuan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan berkesan.

    Ramai ibu bapa yang ingat sekolah yang kena ajarkan anak membaca.

    Bila tiba-tiba kita kena PKP, anak-anak duduk di rumah dengan ibu bapa, barulah ibu bapa perasan, “Eh, anak aku belum boleh membaca rupanya”.

    Saya faham, anda mesti rasa risau anak belum boleh membaca. Apatah lagi jika anak dah berusia 6 tahun. Tahun depan nak masuk darjah 1 pula. Sekolah tak tahu bila nak buka.

    Anda nak yang terbaik untuk anak anda dan anda sanggup berusaha bekerja mati-matian untuk menyediakan wang membiayai keperluan anak anda.

    Hari ini, saya akan kongsikan 1 aktiviti untuk membantu anak yang mudah lupa bunyi ataupun yang kerap keliru antara bunyi yang sama.

    Kongsikan post ini dan ajak kawan-kawan yang ada anak 6 tahun untuk tonton ya.

    Nor Azleen Abd Rahim
    #literacyscientist yang cantik, ceria dan cergas

    https://youtu.be/YAp_NFlRATY
  • Emas, Simpanan & Kewangan

    3 Cara Beli Emas Public Gold: Belian Tunai, EPP4 atau EPP10 dan Akaun Emas GAP

    Kebiasaannya saya akan tanya klien emas, berapa bajet yang mereka sedia untuk beri komitmen untuk belian pertama emas. Kalau bajet RM200 memang saya akan sarankan untuk beli 1 dinar emas sebagai benchmark pertama.

    Info: 1 Dinar emas beratnya 4.25 gram dan berketulenan 999.9.

    Baik, ada 3 cara belian emas Public Gold iaitu:

    1. Beli tunai – terus dapat emas
    2. Shariah EPP4 atau EPP10
    3. Akaun emas GAP
    1. Belian tunai emas secara tunai, langkah seperti dibawah:
    • Rujuk harga PG SELL di website Public Gold dan tambah Premium Caj dibawah:
    Harga terkini pada 18/4/2020
    Premium caj

    Jadi kiraan harga kalau beli tunai: PG SELL + PREMIUM CAJ

    Jika anda berminat nak beli, hantar maklumat dibawah kepada saya di 017-332 9298

    1. Nama penuh : Nor Azleen binti Abd Rahim
    2. No Kad Pengenalan: 7908xx-xx-xxxx
    3. E-mail: admin@cikguazleen.com
    4. No Telefon: 017-332 xxxx
    5. Item dibeli: 1 Dinar Emas x 1 keping
    6. Collect emas di Branch: Cawangan Bangi
    • Sales order dihantar ke email didaftarkan.
    • Snapshot gambar resit atau simpan pdf (saya sarankan anda guna online banking untuk elak masalah resit hilang atau tiada ink kalau guna Cash Deposit Machine.)
    • Bawa resit original ke Cawangan Public Gold untuk ambil emas. Selesai!

    2. Belian cara EPP4 atau EPP10

    • Rujuk harga PG SELL di website Public Gold dan tambah Premium Caj dibawah:
    Harga terkini pada 18/4/2020
    Premium Caj
    EPP Premium

    Jadi kiraan harga kalau beli secara EPP: PG SELL + PREMIUM CAJ + EPP PREMIUM

    Jika anda berminat nak beli, hantar maklumat dibawah kepada saya di 017-332 9298

    1. Nama penuh : Nor Azleen binti Abd Rahim
    2. No Kad Pengenalan: 7908xx-xx-xxxx
    3. E-mail: admin@cikguazleen.com
    4. No Telefon: 017-332 9298
    5. Item dibeli: 1 Dinar Emas x 1 keping (EPP4)
    6. Collect emas di Branch: Cawangan Bangi
    • Public Gold akan emailkan invoice untuk anda buat pembayaran pertama.
    • Pembayaran bulan pertama lebih sedikit sebab tambah Caj Premium dan EPP Premium.
    EPP4 untuk 1 Dinar Emas
    Contoh jadual bayaran belian emas seberat 10 gram – EPP10
    • Snapshot gambar resit atau simpan pdf (saya sarankan anda guna online banking untuk elak masalah resit hilang atau tiada ink kalau guna Cash Deposit Machine.)
    • Bayaran seterusnya pada tarikh sama pada bulan berikutnya. (rujuk jadual atas)
    • Selesai bayaran ikut jadual, anda bawa resit original ke Cawangan Public Gold untuk ambil emas. Selesai!
    • Nota: Walaupun harga emas naik selepas kunci harga, invoice anda tidak akan berubah. Masih tetap pada harga di lock.

    3) Belian 1 Dinar Emas melalui akaun GAP, langkah seperti dibawah:

    • Pertama sekali, kalau nak redeem emas fizikal 1 Dinar (4.25 gram) melalui akaun GAP, anda mesti tinggalkan baki 1 gram.
    • Maksudnya kalau berhasrat nak keluarkan sekeping 1 dinar (4.25 gram), anda mesti ada 5.25 gram dalam akaun.
    • Berapa banyak gram nak dibeli sama ada setiap bulan/minggu/tiap hari terpulang kepada kemampuan diri sendiri.
    • Harga emas akaun GAP berubah sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.
    • Sendiri letak komitmen untuk pastikan matlamat tercapai. Kalau ‘skip’ belian akaun GAP tidak ada penalti.
    • Boleh buka akaun emas bersama anak (joint account) berusia 18 tahun ke bawah

    Cara nak buka akaun GAP seperti berikut:

    Mudah untuk difahami, tapi lebih faham jika anda buat pembelian terus. Jom usah berlengah lagi!

    Nor Azleen binti Abd Rahim
    wasap.my/+60173329298/beliemas

    #dealerpublicgold yang cantik, ceria dan cergas

  • Emas, Simpanan & Kewangan

    Apa Beza Jongkong Emas Dengan Dinar Emas

    Pertama sekali, kedua-duanya berketulenan 999.9 atau 24 karat.

    Beza antara jongkong emas dengan dinar emas ada 3 iaitu:

    • Beza dari segi bentuk
    Jongkong emas jenama Public Gold – berbentuk segiempat
    Dinar Emas terbaru jenama Public Gold – bentuk koin emas

    Beza dari segi susut nilai dan kadar premium.

    Semakin berat emas, semakin kecil susut nilai
    Spread Margin atau susut nilai maksudnya peratus (%) perbezaan antara PG Sell dan PG Buy.
    Semakin berat emas, semakin murah premium caj per item.

    Semakin berat emas, semakin murah harga per gram

    Harga emas 24/3/2020

    Berat untuk Dinar emas seperti dibawah:

    • 1 Dinar – 4.25 gram
    • 5 Dinar – 21.25 gram
    • 10 Dinar – 42.5 gram

    Cuba kira harga PG Sell dibahagikan dengan berat emas.

    Haa inilah antara perbezaan utama diantara jongkong emas dengan dinar emas jenama Public Gold.

  • Emas, Simpanan & Kewangan

    7 Penyebab Anda Rugi Beli Emas

    1. Beli emas tanpa ilmu
    Ikut orang beli emas, Kita sibuk beli emas, tapi kita tak tahu sebab apa orang beli emas lalu bertindak kurang bijak apabila tidak merancang simpanan dengan betul.

    Antara akibatnya ada yang jual emas dan terpaksa rugi bila susut nilai tinggi kerana harga emas belum naik.

    2. Join skim pelaburan emas
    Kelabu mata bila dengar pasal dapat duit bulan,dapat dividen, dapat hibah dan sebagainya. Asal dengar orang cakap “untung ” je terus anda join tanpa sempat buat kajian mendalam.

    Halal haram dah tak peduli,yang penting “masyuk”. Akhirnya masuk banyak, keluar pun banyak sebab rezeki tak berkat.

    3. Beli dengan harga yang mahal sedangkan boleh dapat murah.

    Emas bukan barang kawalan, harga pun ikut kedai emas/company/pengedar nak jual berapa. Sebab tu boleh tengok ada macam-macam harga. Jadi,pilihla harga yang murah dan spread margin yang rendah. Ada juga syarikat harga emas murah tapi susut nilai tinggi ya ampun. Lebih dari 30% susut nilai.

    4. Tak tanya berapa susut nilai

    Lupa tanya, kalau jual semula berapa susut nilai akan tolak?

    5. Jual tanpa sebab dan simpan semula dalam bentuk wang kertas

    Menjual emas tanpa sebab yang kukuh. Saya selalu ajar client saya, jual emas apabila :

    • Jika nak mula berbisnes (perlu modal)
    • Beli rumah
    • Beli tanah
    • Terdesak (pilihan selain jual terus, anda boleh gadai di Ar-Rahnu jika mampu tebus)

    6. Terlibat dengan ar rahnu tanpa sebab munasabah

    Ar rahnu adalah tempat cagar emas. Ia adalah hutang. Bukan tempat buat untung.

    Gunakanlah kemudahan ar rahnu untuk keperluan dan modal bisnes, bukan untuk perkara di atas.

    7. Beli tanpa mentor atau introducer betul

    Pastikan introducer anda seorang yang komited. Dapat menjawab apa-apa persoalan dikemukakan dan bukan jenis touch and go.
    Lepas bantu daftarkan kita, terus senyap bertahun tanpa update tentang emas atau promosi terkini.