• Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Ubat Pensel?

    “Mommy, dapat pen.”

    “Ini pensel tekan namanya.”

    “Ini?”

    “Ini ubat pensel tekan.”

    “Bila nak guna? Kalau dia sakit?”

    Ahaks, itulah kita beritahu ubat dimakan apabila sakit.

    Jadi ubat pensel tekan?

    Salah guna perkataan mommy ini. Kan dah kena balik.

    Nor Azleen Abd Rahim

  • Kisah Kejayaan

    Bacaan Phonicsmarty Khalif

    Hari ini seorang lagi anak telah menamatkan bacaan Buku 6 Bacalah Anakku.

    Mari kita doakan agar Phonicsmarty Khalif ini akan terus lancar membaca. Phonicsmarty ini baru berusia 6 tahun. Masih jauh perjalanannya.

    Dengan izin Tuhan, dia pasti dapat membaca sebelum memasuki usia persekolahan.

    Amin.

  • Kisah Kejayaan

    |Adik-adik Pom Pom Girls

    Anak yang dua orang ini pom pom girl semasa Pertandingan Membaca. Belum layak masuk pertandingan.

    Tapi sebab ada kakak-kakaknya yang masuk, ikut jugalah datang ke pertandingan.

    Sudahnya agak tak tahan lihat orang lain semua dapat naik ke pentas, nama yang dua ini tidak juga dipanggil-dipanggil. Duduk sahajalah di tangga pentas, pun jadilah. Hahaha.

    Ini gambar yang diambil 2 tahun lepas. Sekarang ni, Melissa dah baca ReadEasy Beginner manakala Azmina baru sahaja habis Buku 6 Bacalah Anakku.

    Tahun depan, InsyaAllah bolehlah dua-dua ni pula masuk Pertandingan Membaca ya.

    Nor Azleen Abd Rahim

  • Kisah Kejayaan

    Prasekolah Fonik SK Kota Masai 2

    Hari itu kami melawat ke Prasekolah SK Kota Masai 2. Ini adalah salah sebuah sekolah angkat Whiztots untuk tahun 2018.

    Apabila melawat ke sekolah angkat, kami akan melihat guru menjalankan pdpc fonik. Setiap langkah dicatatkan dan cadangan penambahbaikan diberikan.

    Selain dari itu, kami juga melihat jika ada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan khusus.

    Berdasarkan maklumbalas dari guru-guru terlibat, tiada pelajar yang tidak dapat memberi respon terhadap pdpc. Sudah tentu, ada yang lebih laju dan ada yang agak perlahan prestasinya. Tetapi secara keseluruhan semua pelajar memberi respon positif.

    Pelajar seronok belajar. Guru-guru pula kurang stress mengajar. Tambahan pula guru semakin berpengalaman dan berkeyakinan mengajar fonik.

    Guru yang mengamalkan pdpc fonik mengikut langkah demi langkah yang dicadangkan menampakkan progress yang besar.

    Guru yang masih belum berkeyakinan mengajar dan skip satu dua step langkah mengajar fonik diberi teguran dan dicadangkan supaya menyertai Fonik360 Group Coaching.

    Semoga guru-guru ini dapat terus bersama-sama menggunakan fonik sintetik yang memang terbukti secara saintifik dapat membantu anak belajar membaca dengan lebih cepat dan mudah.

  • Kisah Kejayaan

    Autisme Pun Boleh Membaca

    Hari ini saya nak kongsikan pasal salah seorang phonicsmarty kami. Namanya Mikael, baru berusia 5 tahun. Mikael ada learning disability. Dia autisme.

    Mulanya Mikael sertai phonemic awareness playgroup di Whiztots. Hari pertama, dia baring sesuka hatinya.

    Kalau mood Mikael baik, siaplah aktiviti hari tersebut. Kalau sedang alami mood swing, sampai maknya pun terpaksa cutikan dia dari kelas.

    Saya cadangkan mak Mikael supaya berhentikan dahulu kelas Mikael. Sayang bayar yuran tapi kami tak dapat berikan apa-apa untuk Mikael. Saya minta tunggu sehingga Mikael 5 tahun.

    Selepas 6-7 bulan, maknya datang bertanya lagi. Mikael sudah boleh baca sehingga Buku 5. Mak tak tahu nak ajar Buku 6 seterusnya.

    Saya minta Mikael datang buat testkit. Memang lancar membaca sehingga Buku 5. Macam orang yang dah ada lesen memandu bertahun-tahun dan setiap hari membuat pemanduan jarak jauh.

    Fuh, kagum saya dengan kebolehan maknya.

    Mikael masuk Whiztots, mula kelas 1 Ogos tahun lalu. Moodnya masih begitu. Ada ketika dia nak belajar, cepat sahaja siap semua aktiviti.

    Ada ketika mood tak baik, maknya terpaksa cutikan sahaja. Kadang-kadang sampai Whiztots dia nak tengok poster dulu. Atau ukur tinggi dulu.

    Tutor Atikah yang penyabar dan baik hati, layankan sahaja.

    Alhamdulillah, ketika ini Mikael dah berjaya tamatkan Buku 8 Bacalah Anakku.

    InsyaAllah, dengan kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku, anak-anak dengan learning disabilities juga boleh belajar membaca.

    Mungkin benar apa yang saya baca hari tu, bukan learning disabilities yang berlaku tapi teaching disabilities.

    “If you cannot teach kids with your way, teach them with their way.”

    So teachers, be the agent of change. Gunalah fonik ori Bacalah Anakku.

    https://www.youtube.com/watch?v=ZmNrxsMBGho&t=46s

    Nor Azleen Abd Rahim

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Aurat 4 Tahun vs 7 Tahun

    Acapkali apabila saya menghadiri kursus di Read Network, Afiah dan Azmina saya tinggalkan di BACC Platinum Walk Setapak (Sekarang telah berpindah). Di sini selain daripada diberi makan, bermain dan tidur, mereka turut mendapat pelbagai ilmu.

    Bila ambil, bukan main meriahnya Azmina bercerita.

    “Ada lelaki dan perempuan. Lelaki boleh pakai seluar pendek sampai lutut. Perempuan boleh pakai seluar panjang sahaja.”

    Nah, apalah yang diajar agaknya ya. Kemudian datang pula Afiah bercerita.

    “Hari ini kakak belajar pasal aurat lelaki dan perempuan. Aurat lelaki dari pusat sampai lutut. Perempuan pula kena tutup semua kecuali muka dan dua tapak tangan.”

    Barulah mommy, “Oh, ini yang mereka belajar.”

    Mereka berada di tempat yang sama, melalui sesi pembelajaran yang sama, dengan guru yang sama. Tetapi penerimaan mereka tentang perkara yang sama itu menjadi berbeza.

    Anak yang empat tahun hanya tahu sampai ke tahap pakaian berbeza antara lelaki dan perempuan. Manakala anak yang tujuh tahun tahu sampai ke tahap aurat berbeza antara lelaki dan perempuan.

    Begitulah.

  • Suka Makan

    Ais Krim Cempedak Di Kawasan Rehat Yong Peng

    Ais krim adalah makanan kegemaran ramai orang. Terutamanya kanak-kanak. Kebanyakan perisa ais krim yang popular adalah dari buah-buahan yang diimport seperti strawberry dan coklat.

    Tapi apa kata kita cuba aiskrim perisa tempatan iaitu cempedak. Nah, siapa peminat buah cempedak di sini? Sila klik like.

    Mudah sahaja nak perolehi ais krim perisa cempedak ini. Ia dijual betul-betul dihadapan tandas Kawasan Rehat Yong Peng arah Selatan.

    Harganya dalam mangkuk adalah RM6 sahaja. Manakala kalau makan dengan roti harganya RM7 sahaja.

    Memang puas. Saya makan semangkuk tu berkongsi dengan Azmina dan Isyraq. Afiah pula asalnya makan seorang, tapi akhirnya berkongsi pula dengan Azmina (selepas yang dikongsi dengan saya habis).

    Sedap sangat rasa aiskrimnya. Cukup lemak. Tidak terlalu manis sampai menggigil gigi. Cukup terasa buah cempedaknya. Taburkan sedikit kacang di atasnya, jadi lebih sedap.

    Jadi, bila anda lalu lebuhraya Utara Selatan menghala ke Johor Bahru tu, berhentilah singgah di Kawasan Rehat Yong Peng ini. Rasai kenikmatan aiskrim cempedak.

  • Suka Makan

    Makanan Meransang Perkembangan Otak

    Semasa saya masih bertugas sebagai guru, saya ada seorang pelajar bernama Zul (bukan nama sebenar). Ada satu hari itu, beliau nampak begitu ceria. Segala apa yang diajar pada hari tersebut dapat difahaminya dengan mudah.

    Zul adalah pelajar yang sudah sekian lama saya ajarkan membaca. Dua tahun mengajarnya, menulis nama sendiri pun masih lagi terkial-kial meniru daripada tanda namanya sendiri. Ada masanya dia menulis nama dalam tulisan terbalik. Ada masanya nama panjang yang persis nama seorang raja itu pun dilupakannya.

    Pendek kata mengajarnya memang membuatkan tumpah air mata sentiasa. Tumpah kerana mengasihaninya dan juga tumpah kerana stress mengulang perkara yang sama bertahun-tahun.

    Jadi bila hari itu Zul dapat memahami pengajaran dengan mudah dan cepat, saya terus selidik.

    • Ada siapa di rumah?
    • Buat apa sebelum datang sekolah?
    • Makan apa hari ini?

    Mulanya jawapannya sama sahaja seperti hari-hari biasanya. Tapi akhirnya pecah satu cerita. Sebelum ke sekolah hari itu, ibu berikan dia multivitamin. Jenis apa, jenama apa, berapa biji tidaklah diketahui.

    Sejak itu saya perhatikan dia dengan lebih teliti. Setiap hari saya akan bertanyakan soalan tentang apa yang berlaku dan dimakan di rumah.

    Selepas beberapa bulan, saya membuat kesimpulan bahawa pada hari-hari yang ibunya memberikannya multivitamin, Zul dapat memahami pembelajaran dengan lebih baik dan cekap. Sebaliknya pada hari-hari yang tidak mengambilnya, Zul sangatlah lemau dan gagal memahami apa yang diajar.

    Hari ini, barulah saya lebih memahami kaitan antara multivitamin dengan kecekapan otak Zul memproses maklumat.

    Menurut Marilee Sprenger dalam bukunya Wiring The Brain For Reading, nutrisi semasa mengandung merupakan bahagian penting dalam pembangunan otak.

    Sebab itulah, kebanyakan doktor akan memastikan ibu mengandung mengambil asid folik. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan tiub neural pada bayi.

    Setiap neuron dalam otak akan menerima nutrient dan menggunakannya untuk mencipta neurotransmitter, bahan kimia dalam otak yang membantu kita membuat segala apa yang kita buat. Sesetengah neurotransmitter ini memerlukan makanan tertentu untuk dihasilkan.

    Contohnya adalah;

    • Protin seperti daging, telur, keju, ikan dan kekacang digunakan untuk menghasilkan tirosin, bagi menghasilkan dopamin. Dopamin membantu memberi perhatian, fokus, motivasi dan sikap positif.
    • Susu dan sebahagian daripada karbohidrat kompleks, seperti bijirin penuh, sayuran digunakan untuk menghasilkan triptofan, bagi menghasilkan serotonin. Serotonin mempengaruhi mood, kebahagiaan dan rileksasi.
    • Kuning telur, kekacang dan kacang soya pula mengandungi nutrien diperlukan untuk menghasilkan kolin, bagi menghasilkan asetilkolin. Asetilkolin mempengaruhi penciptaan dan mengesan semula daya ingatan, pergerakan dan konsentrasi.

    Bonusnya pula adalah coklat gelap kaya dengan aktioksidan dan bagus untuk otak dan juga badan. Ia mengeluarkan bahan radikal bebas dalam otak.

    Bayangkan apa yang berlaku dalam otak anak kita kesan daripada pemakanan yang kita beri!

    Selepas ini, kita perlu memberikan lebih perhatian terhadap apa yang masuk ke dalam perut anak kita. Pastikan anak mengambil sekurang-kurangnya 10 peratus protin dalam pemakanan harian mereka bagi memastikan otak dapat berfungsi dengan sempurna dari semua segi.

    Dan jika anak dikenalpasti mempunyai masalah khusus tertentu, boleh baca semula jenis-jenis makanan yang mempengaruhi masalah khusus tersebut. Barangkali anak kita jenis yang memilih makanan dan hanya makan makanan tertentu sahaja.

    Contohnya apabila anak kita ada masalah dengan fokus dan memberi perhatian, lebihkan makanan dari sumber protin. Dan apabila anak kita sukar dikawal dan kerap tantrum berikan makanan seperti susu dan karbohidrat kompleks. Dan sentiasa berikan sedikit coklat gelap setiap hari.

    Nampak mudah tetapi penuh cabaran untuk melaksanakannya. Saya ucapkan selamat maju jaya.

  • Kesihatan & Fitness

    Kebaikan Brain-Gym Untuk Ajar Membaca

    Rasa menarik apabila mengetahui bahawa kita kerap menyusahkan pembelajaran anak-anak?

    Kadang-kadang kita nak sangat mencari teknik atau kaedah yang “wow”, yang mengagumkan sehingga mulut terbuka luas, atau mata terbeliak kagum semata-mata mahukan anak kita membaca.

    Tetapi seringkali yang berlaku adalah kaedah paling ringkas dan senanglah yang memberi perubahan dalam pembelajaran anak kita.

    Dr. Paul Dennison, pengasas “Educational Kinesiology,” aktiviti Brain Gym® bersetuju dengan pernyataan ini. Beliau mendapati bahawa apabila pelajar tertekan atau kurang aktif sepanjang hari, kebolehan belajar mereka akan “tertutup”.

    Jika sebahagian daripada otak kanak-kanak menjadi tidak aktif, bagaimana mereka boleh belajar?

    Apabila beliau mula mengintegrasikan Educational Kinesiology, atau pembelajaran melalui pergerakan, ke dalam interaksi harian beliau bersama pelajar, otak kanak-kanak ini “tersedar” untuk belajar.

    Dalam kehidupan masyarakat yang sibuk hari ini, mudah sahaja kita melihat otak dan badan sebagai dua entiti berasingan. Kata-kata “badan cergas, otak cerdas” tidak lagi menampakkan kaitannya.

    Ibu bapa dan guru mendapati aktiviti fizikal yang terlalu ringkas dan terlalu mudah dilakukan, sukar untuk dipercayai mampu memberi perubahan kepada pembelajaran kanak-kanak.

    Menurut Hannaford, sekiranya sesuatu program itu tidak sukar dilaksanakan, tidak memerlukan masa yang banyak dan tidak melibatkan kos yang tinggi, seringkali ianya dianggap kurang bernilai.

    Dennison telah mencipta siri pergerakan Brain Gym yang menyasarkan serta memberi stimulasi kepada otak. Ia bertujuan membantu kanak-kanak mencapai potensi akademik mereka.

    Idea di sebalik pergerakan Brain Gym ini adalah untuk menggunakan pergerakan fizikal bagi mencapai bahagian otak yang berbeza.

    Gambar menunjukkan bagaimana pergerakan dalam Brain Gym ini menyasarkan bahagian otak berbeza.

    Semoga bermanfaat.

  • Suka Makan

    Roti Bom Keramat AU5

    Apabila datang ke Kuala Lumpur ini pasti teringat-ingat nak bersarapan roti bom di Medan Selera AU5 Taman Permata.

    Roti bomnya lembut, gebu gebas. Sama sahaja rasanya sejak bertahun-tahun dahulu.

    Kadang-kadang sahaja bila ke sini dapat makan roti ini. Seringkalinya bila sampai roti sudah habis. Kerana sampaipun lewat pagi. Haha.

    Memandangkan sepanjang berkursus Certified Trainer ini bangun awal pagi, maka kekalkanlah momentum bangun awal pagi selepas habis kursus. Dapatlah juga merasa makan roti bom ini sebelum bertolak pulang ke Johor.

    Mudah sahaja nak cari Medan Selera ini. Ia terletak di Jalan AU5 dan bersebelahan dengan Shell Keramat AU5. Kalau guna Waze pasti sampai.

    Harga roti bom ini sebiji adalah RM1.40. Siap dengan kuah dal dan juga sambal. Rata-rata saya lihat pengunjung di sini tidak cukup makan satu. Pasti ambil sekurang-kurangnya dua, bahkan ada yang lebih lagi.

    Ikutlah selera kalian bagaimana. Ya, yang sedang diet itu mungkin mahu berfikir banyak kali sebelum ke sini. Haha.

  • Kesedaran Fonemik

    Aktiviti Kesedaran Fonemik Untuk Anak Berusia 3 ke 4 Tahun

    Menurut Bond & Dykstra dalam kajiannya bertajuk The Cooperative Research Programme in First Grade Instruction pada tahun 1967, petanda utama bahawa seseorang kanak-kanak itu boleh membaca dengan cekap adalah kesedaran fonemiknya.
    .
    Kesedaran fonemik adalah kebolehan untuk mendengar dan memanipulasikan bunyi secara lisan.
    .
    Hari ini saya ingin kongsikan 1 aktiviti kesedaran fonemik yang sesuai dilaksanakan bersama anak berusia 3 ke 4 tahun.
    .
    Aktiviti #1 Namakan Bunyi Itu
    .
    Ini adalah aktiviti untuk meningkatkan kebolehan mendengar dan membantu anak untuk fokus kepada bunyi. Dalam aktiviti ini, kita akan menggunakan bunyi-bunyi yang biasa di dengar tetapi kurang diberi perhatian dalam kehidupan seharian.
    .
    Anda perlu menyediakan rakaman (guna sahaja handphone atau cari di youtube) bunyi-bunyi yang kerapa anak dengar. Contohnya:

    • bunyi kipas
    • bunyi pintu di tutup atau dibuka
    • bunyi kereta/ motor/ lori
    • bunyi wisel
    • bunyi batuk/ bersin/ ketawa
      .
    1. Mulakan aktiviti dengan meminta anak baring, menutup mata dan mendengar bunyi.
    2. Minta anak sebutkan bunyi yang didengar secepat mungkin.
      .
      Untuk menambahkan cabaran, apabila anak sudah biasa dengan rakaman bunyi tersebut, anda boleh memainkan 2 bunyi berturut-turut dan minta anak menyebutkannya secara berturutan.
      .
      Seterusnya, tambahkan pula bunyi yang ketiga.
      .
      Apabila anak sudah cukup mahir menyebut bunyi dalam siri berturutan, anda boleh berikan mereka siri yang sama, tetapi buangkan salah satu bunyi. Minta anak mengenalpasti bunyi yang hilang pula.
      .
      Untuk anak-anak lebih berusia tetapi masih sukar membaca lancar, mereka mungkin telah kehilangan peluang untuk belajar kesedaran fonemik. Tetapi masih belum terlambat untuk dibantu.
      .
      Anda boleh cuba untuk menambahkan bunyi yang pelik-pelik dan lucu dalam aktiviti ini. Bunyi-bunyi ini boleh dimuat turun di laman web http://www.grsites.com/sounds/ dan juga http://www.soundsnap.com .
      .
      Aktiviti mendengar bunyi sebegini dapat membantu anak memberi fokus kepada kemahiran mendengar mereka. Seterusnya, anda boleh menukar bunyi-bunyi tersebut kepada bunyi-bunyi dalam bahasa pertuturan yang ingin di ajar.
      .
      Selamat mencuba.
      .
      .