• Seni Ajar Membaca

    Langkah 2: Mengajar Gabung Bunyi

    Langkah 2: Mengajar Gabung Bunyi

    Seterusnya, anak perlu tahu yang kita boleh menggabung bunyi untuk dijadikan perkataan dan perkataan mempunyai makna. Jadi /a-n-i/ menjadi nama kanak-kanak perempuan dan /a-b-u/ menjadi nama kanak-kanak lelaki.

    Untungnya perkataan dalam bahasa Malaysia ini boleh dipecahkan kepada suku kata. Jadi kita boleh ajar /a/ dan /ni/ dan /bu/. Kemudian baru digabungkan lagi menjadi /ani/ dan /abu/. Lebih mudah begitu.

    Pastikan kita mengajar anak menggabung bunyi, bukan mengeja-ngeja bunyi atau menghafal suku kata.

    Untuk mengajar gabung bunyi, kita boleh mulakan secara lisan dahulu. Ada banyak pendekatan seperti karate, robocop, tepuk-tepuk tangan, ketuk meja dan sebagainya. Pilih satu sahaja yang paling anak gemari.

    Selepas anak biasa secara lisan, kita perkenalkan dengan kad berkawan pula. Dan pastikan buat aktiviti hands-on untuk mengukuhkan kefahaman anak terhadap gabung bunyi.

    Akhir sekali, barulah kita beralih kepada membaca di dalam buku. Siri Bacalah Anakku telah disusun secara sistematik untuk memudahkan anak belajar membaca. Boleh sahaja gunakan buku ini untuk membaca.

    Pendek kata, mudah sahajakan ajar gabung bunyi:

    Langkah 1: Mulakan dengan gabung bunyi lisan

    Langkah 2: Perkenalkan kad berkawan.

    Langkah 3: Buat aktiviti hands-on.

    Selepas itu, baca buku untuk memastikan anak benar-benar telah boleh membaca, bukan menghafal.

    Nah, semua langkah-langkah ini saya ada terangkan secara terperinci dalam Kursus Intensif Kaedah Mengajar.

    Semoga bermanfaat. Silakan share.

    Nor Azleen Abd Rahim
    #cikgumommy
    #notafonik

    .

    .

  • Seni Ajar Membaca

    Tip #3: Perkenalkan Bunyi Satu Per Satu

    TIP #3 PERKENALKAN BUNYI SATU PERSATU

    Ingat, di peringkat awal ini sentiasa gunakan bunyi sahaja. /b/ (beh) dan bukan b (bi). Jika tidak anak mungkin boleh keliru.

    Perkenalkan hanya satu bunyi dalam satu sesi. Pelbagaikan aktiviti berkaitan bunyi tersebut.

    Boleh mulakan dengan bunyi namanya sendiri. Contohnya Angah.

    “Bila kita sebut Angah, dengar bunyi apa dulu?”

    “/a/.”

    “Betul, nama Angah ada bunyi /a/. Nah, /a/ ni Angah punya.”

    Santai kan.

    Minta anak tutup mata, berikan bongkah huruf dan suruh dia rasa. Tanya bunyi apa yang dipegangnya.

    Tulis simbol besar-besar di belakang badannya. Bolehkah dia beritahu anda bunyi apa. Ingatan, elakkan dari anak meneka-neka bunyi secara sembarangan. Tukar giliran dengan anak. Beri dia pula peluang untuk menulis simbol di belakang anda.

    Sebut beberapa perkataan yang bermula dengan bunyi yang diajar. Minta anak dengar betul-betul perkataan yang anda sebut (sebutkan dalam slow mode) dan minta anak sebutkan semula bunyi awalannya.

    Boleh juga bermain permainan I Spy. “I spy with my little eyes, something beginning with /m/..” Meja, motor, mainan. Ini adalah permainan kegemaran Afiah apabila kami travel dalam kereta.

    Cuba sebutkan seberapa banyak binatang atau benda yang bermula dengan bunyi tersebut.

    Dan di akhir setiap sesi memperkenalkan bunyi ini buat simbol dengan menggunakan playdoh supaya anak dapat merasai bentuknya.

    Untuk lebih mudah, boleh rujuk senarai susunan bunyi yang diperkenalkan dalam Bacalah Anakku.

  • Seni Ajar Membaca

    Tip #2 Ajar Simbol Secara Multisensori

    Tip #2: Ajar simbol secara multisensori

    Menurut kajian yang dibuat oleh Mindtools pada tahun 1998, hanya 65% daripada populasi pelajarnya belajar secara visual. 30% belajar secara auditori dan baki 5% lagi adalah dari kalangan yang belajar secara kinestetik.

    Menurut Dale Cone Experience Model pula (Rujuk gambar), manusia hanya mengingati 30% daripada apa yang mereka lihat, 50% daripada apa yang mereka dengar dan lihat, dan 90% apa yang mereka lakukan.

    Justeru, dalam mengajarkan simbol kepada anak, kita hendaklah mempelbagaikan aktiviti bagi memberi peluang anak mengingati simbol dengan lebih baik (90%).

    Antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi meliputi pelbagai sensori (multisensori) anak adalah:

    1. Kad imbasan (penglihatan)
    2. Menyentuh kad huruf berpasir (sentuhan)
    3. Menulis bunyi di atas pasir atau krim pencukur (penglihatan, sentuhan, pendengaran)
    4. Menulis di udara (muscle memory)
    5. Menggunakan bongkah simbol/ huruf (sentuhan secara 3D)
    6. Membina simbol dengan menggunakan playdoh (sentuhan secara 3D)

    Jadi, selepas ini bila mengajarkan anak simbol, cuba buat ke-enam-enam aktiviti ini dahulu. Bagi sesetengah anak, aktiviti ini mungkin perlu diulang beberapa kali barulah mendatangkan ingatan yang kuat kepada anak.

    Selamat mencuba!

    Nor Azleen Abd Rahim
    #cikgumommy
    Guru Membaca Fonik 
    #tipsmembacafonik

  • Seni Ajar Membaca

    Tip #1 Kaitkan Bunyi Dengan Aksi Asosiasi

    TIP #1: Kaitkan dengan aksi asosiasi

    Menurut pakar, sesuatu perkara itu lebih mudah diingati apabila ia mempunyai 2 kriteria berikut:
    1. Bermakna
    2. Beremosi

    Jadi, untuk memudahkan anak mengingat bunyi yang diajar, kaitkan bunyi dengan aksi. Contohnya, bunyi /a/ dikaitkan dengan aksi kena panas. Angkatkan kedua tangan separas bahu, dan jerit /a/ sambil membayangkan tangan anda memegang api yang panas.

    Nah, kita sudah memberikan makna kepada bunyi /a/. Bunyi /a/ seperti kena panas.

    Pastikan semasa menjerit /a/ itu, muka haruslah dikerutkan dan jerit sekuat hati sambil menggoyang-goyangkan tangan. Barulah betul-betul beremosi macam kena api yang panas.

    Barulah mudah diingati kerana bunyi /a/ ini bermakna dan beremosi. Cuba sekali lagi.

    Ini beberapa contoh yang kami gunakan dalam Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku:

    /a/ – seperti kena api yang panas
    /i/ – geli kena geletek 
    /u/ – ulat yang berjalan di dahan pokok
    /n/ – membawa kereta lumba yang laju
    /b/ – bermain bola keranjang

    Setiap bunyi yang diajar boleh dikaitkan dengan aksi yang bersesuaian. Kalian boleh meminta pendapat anak tentang aksi yang berkaitan dengan bunyi diajar.

    Asalkan ianya bermakna dan beremosi, lebih mudah untuk anak kalian mengingat bunyi apabila ia dikaitkan dengan aksi asosiasi.

    Selamat mencuba!

    Nor Azleen Abd Rahim
    #cikgumommy
    Guru Membaca Fonik

  • Seni Ajar Membaca

    Langkah 1 Mulakan Dengan Bunyi

    Perkara pertama yang anak perlu tahu apabila belajar membaca adalah bunyi dan rupabentuk simbol (huruf) yang digunakan dalam bahasa Malaysia.

    Barulah anak boleh menggabung bunyi untuk mengetahui setiap perkataan yang dilihatnya.

    1. Setiap bunyi boleh diwakili oleh simbol (huruf). Anak perlu tahu simbol bagi setiap bunyi barulah boleh menggabung bunyi-bunyi dalam perkataan. Contohnya /a-n-i/ barulah dibaca menjadi ani.

    2. Setiap simbol (huruf) mempunyai rupabentuk yang berbeza-beza. Untuk membaca, anak mestilah boleh membezakan simbol-simbol ini. Contohnya simbol a dan n dan i adalah tidak sama.

    3. Simbol (huruf) terdiri dari besar dan kecil, A dan a. Jangan kelirukan anak dengan mengajarkan keduanya serentak. Kekalkan dengan huruf kecil dahulu, a, i dan u.

    4. Setiap simbol (huruf) ini juga mempunyai nama. A dipanggil ‘ei’. Kita menggunakan nama huruf ini apabila menyanyikan lagu a-b-c, atau mengeja perkataan a-b-u. Abaikan dahulu nama-nama huruf ini sehingga anak telah boleh membaca lancar.

    Silakan berkongsi.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    Guru Membaca Fonik

  • Seni Ajar Membaca

    5 Tips Mengajar Anak Sendiri Membaca Di Rumah

    Selalu kan ibu rasa susahnya nak ajar anak sendiri kat rumah. Nak tahu satu rahsia, bukan ibu je yang rasa susah, ibu yang kerja cikgu pun selalu rasa lebih mudah ajar anak orang kat sekolah dari ajar anak sendiri kat rumah.

    Haa, hari ni saya nak kongsikan 5 tips yang ibu (dan guru) boleh amalkan supaya mudah dan seronok ajar anak sendiri membaca di rumah.

    Jom layan saya kat video hari ni. Share dengan kawan-kawan ramai-ramai ok!

    5 Tips Mengajar Anak Sendiri Membaca Di Rumah
    Sesi FB LIVE Bersama Cikgu Azleen, setiap Ahad 4.30 petang
  • Tips Bisnes Dari Rumah

    Tutor/ Teacher (Part Time) Diperlukan

    Adakah Anda Individu Yang Kami Cari? 
    .
    TUTOR/ TEACHER (Sambilan/ Separuh Masa) diperlukan segera.
    .
    GAJI RM10 – RM25 sejam (Mengikut bilangan pelajar, kelayakan dan pengalaman) + ELAUN Kehadiran + INSENTIF Tutoring
    .
    Whiztots Cepat Membaca sedang mencari individu untuk bersama kami mengembangkan organisasi ini untuk 2019.
    .
    TUGAS-TUGAS TUTOR
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    1. Melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran sekurang-kurangnya 10 kali dalam seminggu
    2. Menyediakan bahan belajar dan mengajar untuk semua sesi yang dipertanggungjawabkan
    3. Membuat laporan sesi pembelajaran dan pengajaran untuk semua sesi yang dilaksanakan
    4. Membuat laporan prestasi semua pelajar yang mengikuti sesi dilaksanakan
    5. Memberi respon terhadap pertanyaan ibu bapa tentang anak yang diajar
    6. Membuat survey dan research berkaitan teknik pembelajaran dan pengajaran
    7. Mengemaskini pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang tugas
    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    .
    Kemahiran dan Kelayakan TUTOR 
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    1. STPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Diploma dalam apa-apa bidang digalakkan memohon.
    2. Mampu mengajar dan mengendalikan kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 9 tahun
    3. Boleh menyebut semua bunyi dalam bahasa pertuturan BM dan BI dengan betul dan tepat.
    4. Pintar menyelesaikan masalah/ konflik kanak-kanak
    5. Menghasilkan bahan belajar yang sesuai dengan topik sekurang-kurangnya 1 dalam seminggu dari scratch
    6. Seorang ekstrovert
    7. Sering bertanya untuk mendapatkan maklumat
    8. Menghadiri kelas-kelas mengajar – Pernah menghadiri Kursus Intensif Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku atau ReadEasy Phonics adalah satu kelebihan
    9. Keutamaan kepada yang berpengalaman mengajar
    10. Menepati masa
    11. Berumur 19 hingga 35 tahun
    12. Sihat tubuh badan
    13. Sanggup menghadiri kursus kelayakan/ peningkatan diri
    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    .
    Waktu Bekerja TUTOR 
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Ahad hingga Khamis: 8.00 malam hingga 10.00 malam
    JUMAAT CUTI
    Sabtu minggu pertama (1 bulan sekali): 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
    (MENGIKUT JADUAL YANG DISEDIAKAN)
    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    .
    =======
    Keistimewaan
    =======
    – Training in house diberikan.
    – Minuman disediakan (pantry)
    – Tempat solat disediakan.
    – Parking percuma.
    – Ada wifi.
    – Berdekatan dengan tempat makan.
    – Insentif Khas Tutor – jam mengajar dan laporan progress
    – Ada elaun kehadiran
    – Makan tengah hari PERCUMA setiap hari Khamis
    .
    ===========
    Siapa kami?
    ===========
    Whiztots merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman dalam bidang perkembangan kanak-kanak selama 3 tahun lebih. Kami menawarkan perkhidmatan kelas membaca fonik, kelas penulisan kreatif dan kelas konsep asas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak sedari 3 tahun 6 bulan dan ke atas. Kami juga mengadakan program cuti sekolah dan kursus kaedah mengajar untuk ibu bapa dan guru.
    .
    Bagaimana untuk memohon?
    .
    1) Hantar email kepada kami: team.whiztots@gmail.com
    2) Lampirkan resume, sijil STPM, sijil diploma dan jawatan yang di pohon.
    3) Nyatakan di dalam email kenapa kami harus memilih anda untuk menjadi sebahagian daripada tim kami.
    .
    Semua jawatan berpusat di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
    .
    Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu melalui email/ telefon.
    Harap maklum. Terima kasih.
    .
    .
    WHIZTOTS CEPAT MEMBACA
    NO 49 A, JALAN RAMBAI 12, TAMAN KOTA MASAI, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
    .
    Komen dan pm tidak akan dibalas. Sila emel ke team.whiztots@gmail.com
    .
    Harap maklum.

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Anak Rabun Dekat Atau Jauh?

    Hari itu suami buat cermin mata baru di A-Look Aeon Tebrau. Oleh kerana Afiah pun kerap mengadu tidak nampak, kami pujuk-pujuk dia untuk buat pemeriksaan mata.

    Hasilnya di dapati bahawa mata Afiah memang ada isu, cuma pekerja yang memeriksa itu kata dia tak boleh nak jelaskan dengan lebih lanjut sebab kepakaran dia bukan pada mata budak.

    Dia sarankan kami bawa Afiah ke klinik/ hospital buat pemeriksaan dengan doktor. Ataupun ada satu kedai optometri di Giant Plentong yang memang kepakarannya memeriksa mata budak.

    Dan lagi, dia juga berikan tips apabila nak periksa mata anak:

    Tips 1 – Pergi buat pemeriksaan mata pada awal pagi. Ini kerana mata anak lebih segar pada ketika ini. Jika pemeriksaan dilakukan pada waktu petang atau malam, mata anak akan kepenatan dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi hasil ujian mata.

    Eh, rasa macam banyak dia bagi tips, tapi ingat 1 sahaja. Huhu.

    Tips 2 – Rupanya ada beza jika hasil pemeriksaan itu – (negative) atau + (positif). Dia tunjukkan yang hasil mata suami dan saya adalah negative. Tapi mata Afiah positif. Kanta yang akan digunakan untuk membetulkan penglihatan untuk kedua keadaan ini adalah berbeza.

    Kanta yang lebih cembung digunakan untuk mata positif dan menyebabkan mata nampak lebih besar.

    Cuma dia tak dapat cerita lebih details apa beza positif dan negatif tu.

    Melalui google, saya fahami bahawa simbol positif itu bermaksud farsighted (rabun jauh) dan simbol negatif adalah nearsighted (rabun dekat).

    Jadi, nanti kami akan bawa Afiah buat pemeriksaan mata lebih terperinci dengan doktor. Lebih baik, lebih tepat.

    Nor Azleen Abd Rahim
    #cikgumommy

  • Komunikasi

    Melatih konsep asas: Berbuallah Sebanyak-banyaknya

    Kakak buat shopping list.

    • Baju tidur kakak

    • Baju tidur Isyraq

    Eh mummy, kakak padamlah yang ini. Kakak tulis baju tidur Isyraq dan kakak.

    Nah, itu dia.

    Ayat tunggal dengan ayat tunggal dijadikan ayat majmuk dengan penggunaan kata sendi.

    Anak yang konsep asas pembelajaran dikuasai dengan mantap akan dapat memikirkan banyak perkara dengan sendiri.

    Tidak perlu pembelajaran formal yang memaksa-maksa sehingga anak bosan dan ibu naik hantu.

    Salah satu cara paling mudah untuk anak melatih anak menguasai konsep asas pembelajaran adalah dengan berbual sebanyak-banyaknya dengan anak.

    Nak berbual pasal apa? Apa sahaja perkara yang berlaku di sekelilingnya.

    Sejak umur bila nak berbual? Seawal dalam kandungan lagi.

    Semoga bermanfaat.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy