Set Abu Ada Ayam

Lagu Abu Ada Ayam dapat membantu guru dan ibu bapa untuk memperkenalkan bunyi kepada anak melalui nyanyian dan aksi asosiasi yang menyeronokkan.
.
Bunyi-bunyi yang diperkenalkan dalam lagu ini adalah mengikut susunan bunyi yang diperkenalkan dalam buku Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.
.
Cara menggunakan kad imbas dan lagu Abu Ada Ayam:

  1. Sebut bunyi yang hendak diperkenalkan.
  2. Tunjukkan kad imbas yang mengandungi simbol bunyi yang diperkenalkan tadi.
  3. Nyanyikan rangkap lagi Abu Ada Ayam yang mengandungi bunyi sambil melakonkan aksi asosiasi.
  4. Nyanyikan rangkap lagu tadi bersama-sama anak sambil melakonkan aksi asosiasi.
  5. Ulang nyanyian dan aksi sehingga anak dapat mengenali dan menyebut bunyi dengan betul.
    .
    Kandungan dalam set:

Tadika Fonik Di Pasir Gudang

Standard operasi Whiztots, bakal phonicsmarty akan melalui ujian ringkas. Ujian ini untuk mengenalpasti tahap kesediaan belajar membaca serta pengetahuan sedia ada anak.

Hari tu, adalah seorang ibu datang bawa anaknya untuk diuji. Anak berusia 6 tahun dan bersekolah tadika yang menggunakan buku Bacalah Anakku.

Selepas ibu mengisi borang pendaftaran, saya terus jalankan ujian dihadapannya. Sesi temu ramah (jika perlu) biasa saya lakukan selepas sesi ujian.

Anak ini mempunyai kesediaan belajar membaca yang sesuai dengan peringkat umurnya. Bahkan beliau boleh membaca sehingga buku 7. Boleh tahan lancarnya.

Bila beliau tidak dapat membaca buku 8, saya perkenalkan bunyi baru dalam buku 8. Dan saya tanya, /kh/ kawan dengan /a/, baca apa? Dia kelip-kelip mata dan nganga mulut.

Saya beritahu, /kh/ kawan /a/ baca ‘kha’. Dia ikut. Saya tanya lagi, /kh/ kawan /i/, baca apa? Dia kelip-kelip mata dan nganga mulut lagi.

Ok, sah. Bukan sah menikah. Tapi sah anak ini tidak membaca dengan cara menggabung bunyi.

Buku Bacalah Anakku sepatutnya diajar dengan kaedah fonik gabung bunyi. Barulah anak boleh menjadi independent reader.

Sayang sekali, jika anak ini diajar membaca dengan cara menggabung bunyi, nak mula ajar membaca bahasa Inggeris pasti sangat mudah.

Tapi bila ajar membaca dengan cara menghafal, itu yang bahasa Inggeris terpaksa pula ajar guna kaedah whole word. Kalian ingat senang nak ajar whole word ini?

Menurut Kamus Online Oxford, terdapat lebih dari 500,000 perkataan dalam bahasa Inggeris. Dan perkataan ini akan bertambah dan bertambah kerana ciri bahasa yang boleh bertahan lama adalah ia boleh terevolusi.

Mampukah kalian mengajar semua 500,000 perkataan ini? Dan lagi penting, mampukah anak menghafal semua 500,000 perkataan ini?

Nah, sebab itu ibu bapa yang sedang memilih tadika anak tahun hadapan, jika tadika war-warkan mereka guna Bacalah Anakku, mesti tanya juga, bagaimana guru mengajar anak membaca dengan buku ini.

Kalau cikgunya, “aaaaa” atau “macam biasalah puan”, dan tidak menyebut FONIK GABUNG BUNYI, makanya mereka tidak mengajar dengan kaedah yang sepatutnya.

Tadika mana yang guna Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku/ ReadEasy di Pasir Gudang? Saya pasti satu, Mutiara Nur Taqwa di Taman Bukit Dahlia (Berhadapan dengan SK Taman Bukit Dahlia).

Manakala prasekolah berikut adalah sekolah-sekolah yang pernah menjadi sekolah angkat Whiztots, jadi mereka juga gunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku:

  • Prasekolah SK Taman Rinting 1
  • Prasekolah SK Kota Masai 2
  • Prasekolah SK Kota Masai 3
  • Prasekolah SK Taman Cendana
  • Prasekolah SK Sungai Tiram

Tak tahulah dah penuh ke tidak pendaftaran tahun hadapan.

Nor Azleen Abd Rahim

cikgumommy

P.S.: Ada lagi tadika dan prasekolah yang guna Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku (bukan semata-mata guna Buku Bacalah Anakku)? Boleh sharekan kat ruangan komen ya. Mana tahu ada ibu bapa yang sedang mencari.

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku

Set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku

Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan kepada bahan-bahan bacaan yang baik dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.

Terdiri daripada 8 buah buku bacaan bergred dan 12 keping kad imbas.

Ciri-ciri menarik dan unik Bacalah Anakku:

  • Sistem Fonetik
  • Bermakna dan berulang
  • Berima
  • Suku kata mudah
  • Dua warna
  • Kurang gambar

Harga 1 set Bacalah Anakku RM44.90 sahaja.

Buat pesanan melalui laman web berikut:
https://whiztots.onpay.my/order/form/setbak
https://whiztots.onpay.my/order/form/setbak
https://whiztots.onpay.my/order/form/setbak

Review Warung Salai Port Dickson

Hari tu kami makan tengah hari di Warung Salai. Alang-alang ke Port Dickson, mestilah cari makanan nismilan kan.

Hidangan utama di sini adalah masakan lemak cili padi dan juga asam pedas melaka.

Ada pelbagai jenis daging salai, keli, perut, jangek (?) yang boleh dipilih untuk dibuat masakan lemak cili padi. Hasil google saya dapati bahawa jangek adalah kulit lembu yang dihiris nipis dan disalai.

Untuk asam pedas melaka pula, ada pilihan tetel dan pelbagai jenis ikan. Di sini barulah jumpa tetel betul, timbul-timbul warna putih. Haaa selalunya kebanyakan kedai berikan daging cincang apabila mereka kata tetel.

Memang puas hati makan di sini. Patutlah ramainya pengunjung datang ke sini. Tak putus-putus pelanggan masuk. Sebaik sahaja meja kosong, sudah ada yang menunggu nak duduk.

Nak cari warung ni senang sahaja. Ianya terletak di deretan rumah kedai Hotel Langit-langit Port Dickson. Signboardnya pun cukup besar, dari jalan besar kalian memang boleh nampak kedai ini.

Pekerja kedai ni berpakaian ala pendekar, cuma mereka tak berpencak silat je masa hantar makanan. Kalaulah mereka buat begitu, mesti lagi happening agaknya. Huhu.

Harganya pula kira berpatutan lah. Kami makan sekeluarga dengan kenyang sampai seeh perut, bayarannya RM47 sahaja. Memang sedap, kenyang dan wajib repeat bila ke Port Dickson ni lagi.

Nor Azleen Abd Rahim

cikgumommy

Pakej Bestari Bacalah Anakku

Ada ibu yang beritahu, guru tadika anaknya kata ajar guna Bacalah Anakku. Tapi anaknya tidak pernah bawa balik buku.

Apabila sudah bulan November ini, anak baru baca Buku 2. Ibu ini susah hati. Jadi berhasrat nak ajar sendiri anaknya.

Saya cadangkan supaya ibu yang nak ajar anak sendiri dapatkan Pakej Bestari Bacalah Anakku ini.

Dalamnya ada Siri Bacaan Bacalah Anakku, buku bacaan yang 8 itu. Juga ada 2 buku aktiviti, namanya Fonetik Ekspress 1 dan Fonetik Ekspress 2.

Lagi ada buku Permainan Kreatif. Buku ini ada panduan cara mengajar secara bertulis dan 30 jenis permainan yang boleh digunakan untuk bermain semasa mengajar anak.

Ada juga Set Lagu Abu Ada Ayam. Nah, belajar bunyi melalui lagu-lagu. Ada lagi Poster Abu Ada Ayam. Cepat-cepat tampal di dinding supaya anak boleh tengok gambar lagu yang menarik.

Dan Percuma belon serta button badge. Belon ini pada satu sudut memang sangat menarik untuk anak-anak. Mereka suka. Pada satu sudut lain, apabila ia ditiup-tiup, ia dapat membantu menguatkan otot-otot mulut.

Apabila otot mulut kuat, mudahlah nak menyebut bunyi dengan betul dan jelas. Button badge pula sematkan di baju semasa nak belajar. Anak lebih mudah nak tune otaknya “sekarang masa belajar”.

Harga Pakej Bestari ini hanyalah RM90 sahaja.

Apabila ada bajet lebih, dapatkan sekali buku Rancangan Mengajar. Senang untuk merancang dan menyimpan rekod pengajaran anda. Harganya RM10 sahaja.

Buat pesanan terus di laman web berikut:
https://whiztots.onpay.my/order/form/pakejbak
https://whiztots.onpay.my/order/form/pakejbak
https://whiztots.onpay.my/order/form/pakejbak

Bermain atau Membaca?

“Izzah, kat rumah selalu buat apa?”

“Haa?”, bulat mata Izzah pandang saya.

“Yalah, masa awak tak sekolah sebelum ini, buat apa je kat rumah?”, saya ulang soalan dengan lebih terperinci.

“Main”, ujarnya ringkas. Matanya masih mengadap buku sambil tangannya terus menyalin.

Izzah (bukan nama sebenar), 8 tahun, adalah pelajar cicir. Beliau tidak pernah dihantar ke sekolah oleh ibu bapanya sebelum ini.

“Main apa?”, tanya saya lagi.

“Macam-macam. Masak-masak, polis sentri, basikal.”

Sepanjang berkhidmat 9 tahun sebagai Guru Pemulihan Khas, saya berpeluang bertemu dengan beberapa orang pelajar keciciran. Yang langsung tidak pernah diajar membaca oleh ibu bapanya semasa di rumah.

Kenapa mereka tidak dihantar ke sekolah, itu cerita lain dan bukan dalam konteks yang ingin saya kongsikan hari ini.

Sedikit masa dahulu, timbul percanggahan idea antara geng pure play dengan geng bas sekolah, ek eh, geng apa ya nak panggil, geng risau anak ketinggalan di sekolah.

Geng pure play kata “Mesti kasik anak 0 hingga 6 tahun bermain. Bermain adalah cara kanak-kanak belajar.”

Geng mak risau pula kata “Anak kalau masuk darjah 1 tak pandai baca akan ketinggalan. Jadi anak mesti diajar membaca sebelum masuk darjah 1”.

Lebih kurang begitulah. Itu tak termasuk geng-geng tepi lain. Saya ambil kira dua geng utama ni sahaja kali ni ya.

Izzah tidak pernah diajar membaca di rumah. Bahkan dia tidak diajar apa-apapun. Dia tidak boleh membaca, tidak boleh menulis, tidak boleh mengira.

Tetapi dia boleh berbual dengan baik, tutur katanya tersusun dan sopan, patuh dengan arahan (sekurang-kurangnya arahan saya) dan sangat menghormati orang lain, samada guru mahupun rakan.

Tidak pernah sekali saya mendengar beliau memarahi rakannya dengan bahasa yang kasar seperti doh, babi dan sebagainya.

Apabila ditanya apa yang dibuat di rumah semasa tidak bersekolah (OK, saya memang guru yang penyibuk, ya), beliau kata dia bermain sepanjang hari. Macam-macam permainan dimainkannya. Sesekali ibunya turut sama bermain. Izzah anak tunggal.

Izzah tidak ada masalah pembelajaran. Walaupun tidak buat ujian IQ, saya pasti IQ Izzah sekurang-kurangnya pada paras normal.

Saya mengajar Izzah bersama-sama dengan pelajar lain yang telahpun diajar membaca seawal usia 5 ke 6 tahun. Yang pergi ke tadika. Maknanya pelajar lain didedahkan dengan membaca awal 2 ke 3 tahun dari Izzah.

Izzah dapat membaca lebih cepat dari pelajar lain. Malahan dia juga dapat memahami konsep-konsep dalam matematik lebih awal dan mudah berbanding sebilangan pelajar lain yang telah didedahkan dengan matematik pada usia yang lebih muda.

Pelajar-pelajar lain juga tiada masalah pembelajaran. Ada masalah keluarga sahaja. Hihi.

Izzah mungkin hanya kes terpencil. Anak yang diberikan peluang bermain sepenuhnya dan diperkenalkan kepada kemahiran akademik pada usia yang dianggap terlewat oleh kebanyakan kita.

Tetapi itulah yang berlaku apabila 90% otak berkembang dengan baik pada usia 0 hingga 6 tahun. Otak lebih mudah memahami dan memproses kemahiran akademik, yang mana ianya adalah baki 10% lagi perkembangan otak.

Terdapat kajian di barat yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belajar membaca pada usia 7 tahun akhirnya dapat ‘catch up’ dari segi akademik dengan kanak-kanak yang belajar membaca pada usia 5 tahun ketika mereka semua berusia sekitar 10 tahun.

Saya percaya jika diberikan peluang dan bimbingan yang baik, Izzah akan dapat berada sebaris dengan rakan-rakan di kelas pertama (malahan mungkin lebih baik).

Tetapi dengan rombakan kurikulum darjah 1 yang berlaku banyak tahun yang lalu, kanak-kanak yang masuk ke darjah 1 tanpa pandai membaca seperti Izzah memang akan ketinggalan jauh.

Apa yang saya faham, geng pure play mahukan rombakan semula kurikulum darjah 1 supaya kanak-kanak boleh diberikan peluang bermain untuk kesempurnaan 90% perkembangan otak.

Tetapi bukanlah maksudnya bermain-main. Nah, bermain dengan bermain-main berbeza tau!

Membaca adalah sebahagian daripada perkembangan bahasa. Dan perkembangan bahasa paling banyak berlaku semasa kanak-kanak bermain.

Sementara ini, jika kalian rasa perlu dan penting untuk anak belajar membaca sebelum masuk darjah 1, pilihlah kaedah mengajar membaca yang selari dengan bagaimana otak berfungsi: Kaedah Fonik Bacalah Anakku dan Readeasy.

Semoga bermanfaat.

Nor Azleen Abd Rahim

cikgumommy

P.S.: Izzah telah naik kelas pada tahun berikutnya (melompat 2 kelas, waktu itu kelas masih dalam susunan pencapaian peperiksaan).

Kerja Kosong: Tutor Part-Time

ADAKAH ANDA INDIVIDU YANG KAMI CARI? TUTOR SEPARUH MASA DIPERLUKAN!
.
Lokasi bekerja:
Whiztots Literacy Center
No 49A, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor
.
Jawatan ditawarkan:
Tutor (Pembantu Pegawai Operasi)
.
Status:

  • Kontrak Part Time
    .
    Hari dan waktu bekerja:
  • Part time: Ahad hingga Khamis (8pm hingga 10pm), 2 kali Sabtu dalam sebulan mengikut keperluan syarikat (8 am hingga 5pm)
    .
    Tugas dan tanggungjawab:
  1. Merancang pelaksanaan kelas mengikut program dan panduan rancangan mengajar yang diberikan.
  2. Menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik hendak diajar.
  3. Melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan.
  4. Membuat laporan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
  5. Mengemaskini fail peribadi pelajar.
  6. Membersihkan dan memastikan bilik kelas dalam keadaan teratur.
  7. Berinteraksi dan memberi respon kepada pertanyaan ibu bapa dalam grup WhatsApp kelas bertanggungjawab.
  8. Sentiasa mengemaskini pengetahuan dan kemahiran mengajar
  9. Lain-lain tugas yang boleh meningkatkan prestasi dan menyumbang ke arah pembangunan syarikat
    .
    Kelayakan dan kemahiran diperlukan:
  10. Pengalaman mengajar atau bekerja adalah lebih berharga daripada sijil, diploma mahupun ijazah.
  11. Pengetahuan dalam perkara berikut amat dialu-alukan: kaedah fonik, Bacalah Anakku, ReadEasy, pengacaraan majlis, teater dan lakonan, persembahan pentas
  12. Berusia 22 tahun ke 35 tahun. Jika lebih dari 35 tahun, tetapi anda sanggup melompat, merangkak, berguling bersama pelajar, boleh memohon.
  13. Sijil, Diploma atau Ijazah dalam apa-apa bidang boleh memohon KECUALI bidang Pendidikan.
  14. Lelaki dan perempuan boleh memohon.
  15. Bujang ataupun berkahwin boleh memohon.
    .
    Kelebihan:
  • Latihan dan kursus disediakan
  • Ganjaran dan bonus mengikut pencapaian
  • Makan malam PERCUMA 1 kali sebulan
  • Pantry penuh setiap masa
    .
    Sila hantarkan surat permohonan dan resume ke team.whiztots@gmail.com
    Sila hantarkan surat permohonan dan resume ke team.whiztots@gmail.com
    Sila hantarkan surat permohonan dan resume ke team.whiztots@gmail.com
    .
    Makluman: panggilan temuduga akan dibuat melalui emel/ WhatsApp.

Ajarlah Anak Mengikut Fitrah

Beberapa minggu ini, saya dihujani panggilan telefon dan whatsapps dari ibu bapa.

Semuanya ibu bapa baru yang nak hantar anak ke Whiztots. Gara-gara sudah hampir setahun anak ke tadika (minimum) tapi masih belum boleh membaca.

Ada yang sudah bertahun-tahun hantar anak ke tadika, mula dari usia 4 tahun. Tapi tiada progress atau progress terlalu sedikit.

Apabila saya berbual-bual dengan ibu bapa ini, antara perkara yang wajib saya tanya adalah:

1 – Adakah ibu bapa sudah suarakan kebimbangan ini kepada pihak pengurusan tadika, atau sekurang-kurangnya kepada guru yang mengajar anak;

2 – Apakah jawapan dari pihak pengurusan tadika, atau sekurang-kurangnya apa respon guru yang mengajar anak;

3 – Adakah ibu bapa tahu bagaimana guru tadika mengajar anak membaca. Kaedah apakah yang digunakan.

Majoriti (tidak semua, tetapi 4 daripada 5 ibu bapa) memberi jawapan berikut:

  1. Ya.
  2. Begitulah. Begitulah respon dari pihak pengurusan ataupun dari guru. Tidak ada jawapan spesifik mengapa anak masih belum boleh membaca. Tidak ada cadangan atau saranan bagaimana ibu bapa boleh membantu anak selain daripada “LATIH TUBI”.

Bahkan, 4 daripada 5 meletakkan punca kepada kelemahan anak yang tidak boleh fokus dalam kelas, tidak mahu duduk diam di kerusi, tidak mahu mendengar cakap guru dan juga suka keluar dari kelas setiap 15 ke 30 minit.

Tetapi masih juga tiada saranan atau cadangan bagaimana mengatasi isu tersebut.

  1. 4 daripada 5 ibu bapa tidak tahu kaedah digunakan. Ada yang tahu buku yang digunakan. Tetapi tidak pasti bagaimana ia diajar.

Dan banyak juga yang gunakan buku Bacalah Anakku. OMG!

Kawan-kawan,

Jika kalian juga ada anak yang sedang sekolah tadika, dan anak bakal masuk ke Tahun 1 pada tahun 2020. Dan sehingga ke saat ini, anak kalian masih juga belum boleh membaca.

Bertenang!. Tarik nafas panjang-panjang. Pandanglah anak dengan penuh kasih sayang. Sepertimana saat pertama kalinya kalian melihat dia selepas melahirkan.

Huhu.

Ketahuilah tidak ada anak yang tidak mahu membaca. Tidak ada anak yang malas belajar. Tidak ada anak yang terlalu degil sehingga tidak mahu membuka buku, atau tidak mendengar cakap cikgu atau duduk diam membatu di kerusi.

Yang ada hanyalah anak yang tidak memahami kenapa dia perlu duduk di kerusi. Sedangkan otaknya menyuruh dia melompat berlari.

Yang ada adalah anak yang tidak mahu melihat buku kerana dia tidak memahami apa yang dilihatnya. Siapalah yang suka melihat sesuatu yang tidak difahami?

Dulu di kelas pemulihan saya tampalkan kata-kata ini,

“Jika anak tidak boleh belajar dengan cara kita mengajar, ajarlah anak dengan cara yang dia boleh belajar.”

Fitrah anak suka bermain. Ajarlah dia dengan cara bermain.

Fitrah anak suka menyanyi. Ajarlah dia dengan cara menyanyi.

Fitrah anak suka dimanja. Ajarlah dia dengan penuh kasih sayang.

Pasti tak rugi. Anak adalah pelaburan yang menguntungkan.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Program Lukis Hafal (Surah Ar-Rahman) Bersama Ustaz Kartun

Program Lukis Hafal (Surah Ar-Rahman) cuti sekolah hujung tahun ini.

Tarikh : RABU 4 Disember 2019 (9.00am – 4.30pm)

Tempat : Magicphonics Austin Perdana, Johor Bharu

Alhamdulillah program ini sudah masuk tahun ke-3.

Mendorong dan melatih anak-anak menghafal surah menggunakan lukisan kartun mengikut setiap ayat. Dan menerangkan dengan lebih mendalam sehingga anak-anak boleh memahami setiap ayat.

Mengapa harus anak-anak mengikuti bengkel ini?

1- Menerangkan dengan lebih mendalam tentang setiap surah sehingga anak-anak boleh memahami setiap ayat.
2- Memupuk rasa gembira dalam diri anak-anak sewaktu menghafal.
3- Menggunakan ilustrasi yang menarik yang memberikan gambaran menyeluruh setiap ayat.
4- Melatih anak-anak dekat dan cinta al-Quran.

Penggisian:

Slot 1: Asas melukis kartun.

Slot 2: Lukis Hafal. Teknik menghafal menggunakan (Peserta akan menghasilkan lukisan mengikut setiap ayat.)

Slot 3: Ulang Hafalan ( Teknik Storytelling)

Slot 4: Menghasilkan Komik IBRAH ( Peserta akan menghasilkan komik satumuka berkaitan pengajaran surah yang dipelajari.)

Penceramah:

1- Mohd Nasrullah Che Halim (Ustaz Kartun)

  • Guru di Maktab Mahmud Alor Setar
  • Tenaga Pengajar Al-Quran Kaedah Haraki
  • Kartunis

Pencapaian:

  • Pemenang Anugerah Emas Karnival Kreativiti Inovasi (KKI) 2019 Peringkat Kebangsaan di IPG Besut, Terengganu.
  • Pingat Perak Pertandingan Inovasi Pendidikan (PIP) 2019 Peringkat Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia.

2- Nur Hidayah Halil

  • Jurulatih Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia
  • Pengasas KALAM (Kit Permainan Bina Ayat Bahasa Arab)

Pencapaian:

  • Pemenang Anugerah Emas Inovasi Pendidikan Islam & Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan (inovis) 2018 di Universiti Sains Islam Malaysia.
    ……………………………………..

Daftar:
https://whiztots.onpay.my/order/form/ustazkartun01
https://whiztots.onpay.my/order/form/ustazkartun01
https://whiztots.onpay.my/order/form/ustazkartun01

5 Aktiviti Ajar Membaca Untuk Anak 0-2 Tahun

Membaca adalah sebahagian daripada perkembangan bahasa. Jika nak anak mudah belajar membaca, pastikan perkembangan bahasa anak dipupuk dengan baik.

Hari ini saya nak kongsikan 5 aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak berusia 0 hingga 2 tahun untuk membantu memupuk perkembangan bahasa mereka.

Aktiviti 1
Bercakap dengan anak.

Nak cakap apa? Cakap apa sahaja. Terutamanya apa yang sedang berlaku disekelilingnya.

Bila nak mula bercakap dengan anak? Seawal dari dalam kandungan. Semasa mengandung sekitar minggu 23 ke 27, bayi sudah boleh mula mendengar.

Bagaimana nak bercakap dengan anak? Cakap sahaja macam biasa. Seperti berbual. Bayi berusia 0-2 bulan sudah mula mengeluarkan bunyi-bunyi seperti aaaa dan uuuu.

Dan siapa yang nak kena cakap dengan anak? Siapa sahaja yang berada di persekitarannya. Ibu, ayah, abang dan kakak, datuk dan nenek, pengasuh. Pendek kata siapa sahaja yang berpeluang berinteraksi dengan anak hendaklah sama-sama membantu proses perkembangan bahasa ini.

Aktiviti 2
Akui, acknowledge, ulang semula bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh bayi.

Bayi berusia 0-2 bulan sudah mula mengeluarkan bunyi-bunyi seperti aaa dan uuu. Ulang semula bunyi ini kepada bayi setiapkali dia mengeluarkannya.

Begitu juga apabila bayi semakin besar pada usia 7-12 bulan. Bayi akan mula menggabung bunyi seperti maaa, baaa, ulang semula bunyi-bunyi ini setiapkali bayi menyebutnya.

Aktiviti 3
Tiru ekspressi wajah bayi dan berlebih-lebihan

Pernah main baa baa cak dengan bayi? Nah, ini aktiviti yang sangat bayi untuk membuat ekspressi wajah yang berlebih-lebihan.

Buat muka terperanjat sehingga bayi ketawa terkekeh-kekeh.

Eh, tapi janganlah pula meniru ekspressi wajah bayi yang menangis sehingga berlebih-lebihan. Kasihan.

Aktiviti 4
Bacakan buku cerita setiap hari.

Kalian boleh gunakan buku yang sama berulangkali. Ini kerana pada kali pertama kalian membacanya, bayi belum boleh menangkap setiap perkataan yang kalian sebutkan.

Setiap kali kalian mengulang baca, bayi akan dapat mendengar perkataan yang sama berulang kali dan mengingatinya.

Kajian menunjukkan kanak-kanak lebih sukakan sesuatu yang boleh dijangka, bukan kejutan. Jadi apabila membaca buku yang sama, anak sudah boleh berinteraksi sama kerana mengetahui plot seterusnya.

Aktiviti 5
Berikan bayi cermin untuk melihat mulutnya semasa dia membuat bunyi

Apabila mengajarkan bunyi, penting untuk memastikan kedudukan bibir dan lidah betul. Barulah bunyi yang dikeluarkan juga betul.

Nah, itu dia 5 aktiviti yang boleh dilakukan bersama bayi berusia 0 hingga 2 tahun. Semoga aktiviti-aktiviti ini dapat membantu perkembangan bahasa bayi kalian.

Dan apabila perkembangan bahasanya berlaku dengan baik, lebih mudah untuk mengajarkannya membaca kelak.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Wiring The Brain For Reading