• Komunikasi

    Melatih konsep asas: Berbuallah Sebanyak-banyaknya

    Kakak buat shopping list.

    • Baju tidur kakak

    • Baju tidur Isyraq

    Eh mummy, kakak padamlah yang ini. Kakak tulis baju tidur Isyraq dan kakak.

    Nah, itu dia.

    Ayat tunggal dengan ayat tunggal dijadikan ayat majmuk dengan penggunaan kata sendi.

    Anak yang konsep asas pembelajaran dikuasai dengan mantap akan dapat memikirkan banyak perkara dengan sendiri.

    Tidak perlu pembelajaran formal yang memaksa-maksa sehingga anak bosan dan ibu naik hantu.

    Salah satu cara paling mudah untuk anak melatih anak menguasai konsep asas pembelajaran adalah dengan berbual sebanyak-banyaknya dengan anak.

    Nak berbual pasal apa? Apa sahaja perkara yang berlaku di sekelilingnya.

    Sejak umur bila nak berbual? Seawal dalam kandungan lagi.

    Semoga bermanfaat.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Kelas Membaca

    Kem Literasi Ekspress

    Sepanjang minggu ini Whiztots jalankan Kem Literasi Ekspress. Ianya bertujuan memberikan anak-anak pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

    https://youtu.be/40wTYXxdBzw

    Kem ini berlangsung dari 25 hingga 29 Mac 2019. Masih ada dua hari lagi dan masih boleh daftar ya. WhatsApp Cik Liya di link berikut: wasap.my/+60162949298/literasiekspress

  • Homeschooling

    Lukisan Anak 4 Ke 5 Tahun

    Ini lukisan Angah yang terkini. Angah berusia 4 tahun 8 bulan.

    Menurut carta perkembangan kanak-kanak, anak berusia 4 ke 5 tahun boleh melukis orang dengan badannya. Manakala anak berusia 5 ke 6 tahun boleh melukis kepala orang lengkap dengan mata, mulut dan hidung, badan orang pula akan ada tangan dan kaki.

    Jadi, lukisan Angah ini ada kepala dengan mata dan mulut. Hidung adalah bahagian paling sukar untuk dilukis. Huhu.

    Badannya pula sudah ada saiz, ada kaki dan tangan. Sudah boleh dianggap macam anak berusia 5 ke 6 tahun.

    Sesuai dengan perkembangan umurnya. Alhamdulillah.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Suka Makan

    Sejuknya Minuman Luo Han Guo Yang Banyak Kebaikan Kepada Badan

    Tengah hari yang panas begini, dapat minum air luo han guo ini memang seronok rasanya.

    Ini luo han guo di KuuVan Chaa Pasir Gudang. Setiap kali ke sini, memang air ini menjadi pesanan kegemaran saya.

    Luo Han Guo ini rupanya dari sejenis buah. Ia turut dikenali sebagai buah Budha. Berasal dari Negeri China.

    Ia dikeringkan dan banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina.

    Berita baik untuk mereka yang menjaga kesihatan, Luo Han Guo tidak mempunyai kalori, karbohidrat atau lemak. Bagaimanapun, apabila membuat pesanan minuman ini masih perlu berhati-hati kerana kebanyakan kedai mungkin meletakkan pemanis tambahan di dalamnya.

    Kebaikan lain dalam buah ini adalah:

    • kaya dengan anti-radang, sesuai untuk yang sakit tekak, bengkak tonsil dan sebagainya.
    • mengandungi bahan anti-oksidan yang mencegah penuaan, untuk yang nak awet muda.
    • melegakan alahan, termasuklah mereka yang menghidapi asma.
    • meningkatkan kesihatan jantung, kerana komponen organik dalam luo han guo membantu menghalang oksidasi kolestrol yang mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
    • membantu mengawal diabetes, pemanis yang mengandungi luo han guo tidak meningkatkan paras gula darah seperti gula dan pemanis lain
    • meningkatkan imuniti, kerana luo han guo turut mengandungi vitamin c.

    Terdapat juga laporan yang mengatakan luo han guo berpotensi untuk mengatasi kanser, tetapi kajian tentang perkara ini tidak meluas.

    Jadi kalau anda berada di Pasir Gudang, dan teringin minum minuman Luo Han Guo ini, terus sahaja ke KuuVan Chaa. Lokasinya seberang jalan dengan Tesco EcoTropics. Sederet dengan Al-Ikhlas Gadget. Mudah sahaja nampak, ada papan tanda yang besar.

    Selamat tengah hari!

    Nor Azleen Abd Rahim#cikgumommy

  • Kelas Membaca

    Kem Literasi Ekspress Untuk Cuti Sekolah Mac 2019

    Jom daftarkan anak-anak ke KEM LITERASI EKSPRESS sekarang. Terbuka untuk anak-anak berusia 4 TAHUN & KEATAS atau anak-anak yang masih belum boleh membaca atau membaca merangkak-rangkak tidak lancar, boleh mendaftar.

    INFO PENTING KEM LITERASI EKSPRESS
    Program : KEM LITERASI EKSPRESS
    Tempat : WHIZTOTS CEPAT MEMBACA, JALAN RAMBAI 12, TAMAN KOTA MASAI, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
    Tarikh : 25 – 29 MAC 2019 (ISNIN – JUMAAT)
    Masa : 9.00 PAGI – 4.00 PETANG

    JADUAL & AKTIVITI

    HariAktiviti
    ISNINPHONEMIC AWARENESS
    Perkenal bunyi “a,i,u”Perkenal simbol “a,i,u”
    PERMAINAN KREATIF
    Permainan sebut HOORAY
    Permainan Pijak Api (simbol a)
    Permainan Kejar Bunyi (simbol i)
    MEMBACA BUKU CERITA (BM)
    Buku cerita “Monyet & Buaya”
    PENULISAN KREATIF
    Aktiviti Finger Printing
    SELASAPHONEMIC AWARENESS
    Perkenal bunyi baru “b,n”
    Perkenal simbol baru “b,n”
    Gabung Bunyi Lisan
    PERMAINAN KREATIF
    Permainan sebut HOORAY
    Permainan Karate Bunyi
    Permainan Cari Pasangan
    Permainan Mari Mencantum
    Permainan Kotak Muzik
    Permainan Bola Keranjang (simbol b)
    Permainan Lumba Kereta (simbol n)
    MEMBACA BUKU CERITA (BI)
    Buku cerita “Here Comes The Circus”
    AKTIVITI KRAF
    Aktiviti “Puffy Paint”
    RABUPHONEMIC AWARENESS
    Perkenal bunyi baru “m,s”
    Perkenal simbol baru “m,s”
    Gabung Bunyi Lisan
    PERMAINAN KREATIF
    Permainan Pekebun dengan Ular (simbol m,s)
    MEMBACA BUKU CERITA (BM)

    Buku cerita “Si Singa & Si Tikus”
    AKTIVITI KRAF
    Aktiviti “Air Dry Clay”
    KHAMISPHONEMIC AWARENESS
    Perkenal bunyi baru “k,c”
    Perkenal simbol baru “k,c”
    Gabung Bunyi Lisan
    PERMAINAN KREATIF
    Permainan Stesen Kereta Api (simbol k,c)
    Permainan Karate Bunyi
    Permainan sebut HOORAY
    Permainan Simon Says
    Permainan Rebut & Bina
    MEMBACA BUKU CERITA (BI)
    Buku cerita “Old Mrs Sloan”
    PENULISAN KREATIF
    Aktiviti Menulis Gabungan Bunyi “ka,ki,ku,ca,ci,cu”
    JUMAATPHONEMIC AWARENESS
    Perkenal bunyi baru “t,p”
    Perkenal simbol baru “t,p”
    Gabung Bunyi Lisan
    PERMAINAN KREATIF
    Permainan Tembak-tembak (simbol t)
    Permainan Lawan Pedang (simbol p)
    Permainan Karate Bunyi
    Permainan sebut HOORAY
    Permainan Kerusi Muzik
    MEMBACA BUKU CERITA (BM)
    Buku cerita “Sang Semut & Sang Belalang”
    AKTIVITI KRAF
    Aktiviti menggunakan Plastasin

    Melalui KEM LITERASI EKSPRESS ini, dengan izin Tuhan, dapat meningkatkan Literasi Awal & Kreativiti anak-anak ibu ayah. Insya Allah.

    ▶️ Info lanjut & pendaftaran, klik link dibawah sekarang‼️
    https://whiztots.onpay.my/order/form/literasiekspress

  • Seni Ajar Membaca

    Tips Menjadikan Kelas Seronok dan Berkesan

    Minggu ini #cikgumommy beraksi masuk kelas semula. Huhu. Rindu kelas dengan anak-anak.

    Ini juga salah satu proses latihan tutor baru. Tengok sendiri cara mengajar.

    Antara perkara yang sangat saya tekankan adalah:

    1. Kenali nama students. Panggil mereka dengan nama yang mereka gemari, tahu usia mereka, tahu gaya belajar mereka.

    2. Buat persediaan sebelum kelas bermula. Semak bahan bantu belajar yang ingin digunakan, pastikan ianya mencukupi untuk jumlah students, semak juga buku dan lembaran aktiviti yang hendak digunakan.

    3. Sebaiknya berdiri semasa mengajar. Nampak malas sangat bila duduk sepanjang masa. Melainkan kalian sedang sarat mengandung, atau mempunyai masalah kesihatan yang menghalang kalian berdiri lama.

    4. Banyakkan aktiviti yang memerlukan pelajar bergerak aktif. Berdiri, melompat, merangkak. Kanak-kanak fitrahnya bermain. Jadi berikan mereka belajar sambil bermain. Barulah tidak bosan dan menyeronokkan.

    5. Berikan pujian dan ganjaran. Jadilah pemurah dengan kata-kata pujian, bagus, pandai, hebat, awesome, hi-five, gimme-ten. Gunakan biskut chocobear, coklat, sticker, bintang untuk ganjaran. Ada yang bersifat serta-merta, dan ada yang boleh kita jadikan terkumpul untuk melatih kesabaran.

    Cukuplah 5 perkara sahaja. Lain kali kita kongsi lagi.

    Bagaimana dengan kalian? Apakah perkara yang sangat kalian titikberatkan semasa mengajar?

    Nor Azleen Abd Rahim

    back in action

    #bacalahanakku