• Seni Ajar Membaca

    Aktiviti Wajib Bersama Anak

    Salah satu aktiviti yang amat saya galakkan ibu bapa untuk lakukan adalah membaca kepada anak.

    Membaca kepada/ dengan anak, bukan suruh anak membaca. Beza ke?

    Beza besar tau. Kan anak tu belum boleh membaca, sebab itu hantar kelas membaca.

    Mengajar membaca perlulah secara arahan terus, maknanya ada instructor bersama anak yang belajar membaca. Bukan beri anak buku, dan suruh dia membaca.

    Anak yang belum pandai membaca bila buka buku, mulalah kepala pening. Tak faham apa yang ada dalam buku. Lama-lama samada dia tertidur bosan atau dia mula menconteng-conteng buku.

    Marah pula mak ayah. Nanti kata anak malas dan degil pula. Walhal, kita yang silap beri arahan.

    Membaca kepada/ dengan anak mempunyai banyak kebaikan.

    1. Membaca lantang kepada anak-anak meransang imaginasi mereka dan meluaskan pemahaman mereka tentang dunia.

    Contohnya, apabila ibu membaca cerita tentang Cinderella atau Snow White dengan penuh emosi dan intonasi yang menarik, dalam kepala anak tentu dia dah terbayang dirinya sebagai Cinderella atau Snow White. Memakai pakaian puteri yang cantik berseri sambil menari ke kanan dan kiri.

    Anak boleh mengetahui bahawa seorang puteri itu tinggal di istana, tidak sama dengan orang biasa-biasa. Seorang puteri juga berperibadi tinggi, sopan santun dan tidak meninggi diri.

    1. Membaca lantang kepada anak-anak membantu mereka mengembangkan bahasa dan kemahiran mendengar. Sekaligus menyediakan mereka untuk memahami perkataan bertulis.

    Melalui cerita yang dibacakan anak dapat menangkap banyak perkataan baru beserta konteksnya. Anak berlatih mendengar perkataan, membezakan bunyi-bunyi dan memecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi kecil.

    Semua ini membantu menyediakan anak untuk belajar membaca (memahami perkataan bertulis).

    1. Walaupun setelah anak pandai membaca sendiri, adalah penting untuk ibu bapa terus membaca lantang kepada/ dengan anak.

    Kali ini, bolehlah bergilir-gilir membaca pula. Lebih seronokkan?

    Jadi, kalau ditanya apakah satu perkara yang wajib ibu bapa lakukan dengan anak setiap hari? Saya akan pilih membaca lantang kepada/ dengan anak.

    5 minit sehari, cerita pendek, banyak gambar, sudah mencukupi.

    Lagipun anak mana yang tidak akan suka membaca jika ibu bapanya suka bacakan dia buku.

    Selamat membaca lantang dengan anak!

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    #kesediaanmembaca

    #mudahnyamengajarmembaca

    #3m

  • Kisah Kejayaan

    Adi, 12 Tahun, Disleksia, Tamat Bacalah Anakku Buku 2

    Ini Adi (bukan nama sebenar). Berusia 12 tahun. Mengalami disleksia.

    Sudah menghadiri sekolah/ disleksia sejak berusia 7 tahun. Awal tahun ini ibunya berhentikan kerana sekolah tersebut ditutup di Johor.

    Dihantar ke Whiztots pada pertengahan Julai yang lalu. Belum mengenal huruf, apatah lagi nak membaca.

    6 minggu, sudah tamat baca Buku 2. Alhamdulillah, asalkan ada kemajuan, ibu sudah gembira, tutor gembira. Cikgu Mommy lagi gembira.

    Beginilah, anak-anak dengan keperluan khas seperti disleksia, adhd, autisme, speech delay, global delay tidak boleh kami janjikan berapa cepat mereka boleh tamat membaca.

    Tapi kami boleh janjikan akan ada kemajuan. Cepat atau perlahan itu kuasa Allah SWT. Tugas kita, guru dan ibu bapa adalah untuk berusaha. Dengan yakin dan tidak putus asa.

    Kita buat kerja kita, dan Allah SWT akan berikan hasilnya.

    Kawan-kawan,

    Doakan Adi dipermudahkan belajar ya. Doakan Whiztots juga supaya dapat perluaskan lagi perkhidmatan kami. Mak Adi minta Whiztots ajar Adi sepenuh masa, semua subjek.

    Semoga Allah SWT perkenankan doa-doa kalian di hari yang barakah ini.

    Amin.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    https://youtu.be/E3P8yTN73iw