Belajar Cara Uruskan Wang

“Mommy, hari ini Sabtu,” kata Afiah masa ambil mommy selepas Seminar Fonik dan Brain Gym.

Mommy yang kepenatan rasa nak pengsan angguk-angguk macam burung belatuk.

“Mommy, hari ini hari Sabtu kan,” ulang Afiah lagi.

“Ya, kakak. Sabtu,” balas mommy pendek.

“Kan hari Sabtu mommy nak kena bagi kakak duit poket,” Afiah sengih-sengih.

Ya Tuhan, mommy lupa.

Begitulah, roda kehidupan ini berputar dengan laju. Siapalah kita manusia yang kejam sehingga kerap terlupakan sesuatu.

Sampai rumah sebenarnya mommy mahu tidur. Tapi Afiah datang menagih janji.

Berjanji dengan anak ini harus ditepati. Jika tidak nanti dia cap kita penipu. Dia tak cakap, tapi jauh dihatinya, di dalam minda separuh sedarnya akan terpatri kata-kata mommy tidak boleh dipercayai.

Maka mommy pun menahan mata dan letih demi anak.

Bukan sekadar memberi duit saku buat gembira hati sang anak. Tapi kerana ingin mendidik anak menguasai pengurusan kewangan.

Belajar tambah dan tolak dengan cara yang logik dan bermakna.

Selesai kira-kira mudah mengurus duit nan hado tu, Afiah pun berkata, “ Mommy, kakak happy sangat ada duit sendiri.”

Senyum telinga ke telinga. Sambil memeluk tabung, dompet dan buku kira-kira.

Huh, berbaloi juga menahan mata di petang hari ini.

Salam hujung minggu, selamat beristirehat.

Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy berangan nak merayau kat bukit layang-layang.

Nor Afiah vs Siti Aafiyah

Alamak, sama pula nama si comel pipi merah CTDK dengan si comel pipi merah pakai blusher mommy.

Ejaan jer tak sama. Tapi maksudnya sama.

Nor Afiah vs Siti Aafiyah.

Saya pilih Afiah kerana saya mahukan hidupnya sentiasa dalam kesejahteraan.

CTDK pun mahu yang sama, kot.

Semoga kedua anak ini sentiasa dilindungi Allah SWT dan beroleh kesejahteraan.

Aminn.

Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy

P.s.: Tahniah CTDK atas kelahiran cahayamata sulung ini.

Sampai 12 Tahun Kena Minum Susu?

Sedang berjalan-jalan di hypermarket, Afiah panggil, “Mommy, tengok sini.”

Ada promosi susu formula. Bukan susu yang Afiah mahu saya tengok. Dia mahu saya lihat hiasan booth itu. Ada astronauts yang boleh masukkan kepala kita tu dan ambil gambar.

Datang si adik manis promoter menegur, “Nak stiker?”

Afiah dan Azmina senyum-senyum memandang saya. Saya kata, “OK.”

Kemudian adik manis promoter melekatkan sekeping stiker bintang pada Isyraq.

Datang pula kakak comel promoter menegur saya, “Anak minum susu apa?”

“Susu ibu,” jawab saya pendek.

Dia tanya lagi, “Yang ini dan ini pun masih minum susu ibu?”, sambil menunjuk kepada Afiah dan Azmina.

“Oh, tidaklah. Yang kecil sahaja.”

“Jadi, yang dua orang ini minum susu apa?”

“Tak minum. Mereka makan macam-macam”, saya geleng kepala, mahu segera beredar.

Kakak comel promoter sambung lagi, “Tak boleh macam tu. Susu ini kena minum sampai umur 12 tahun.”

Kaki saya berhenti dari bergerak. Saya toleh kepadanya dan senyum, “Mereka makan macam-macam. Mereka tidak semestinya perlukan susu.”

“Dalam susu ini ada kalsium, protein bla bla bla. Anak perlu minum susu untuk dapatkan nutrisi ini.” Yalah, dah kerja dia promoter kan. Kenalah dia promote.

Saya tarik nafas dalam. “Siapa kata nak dapatkan kalsium dan protein kena minum susu?”

“Yalah, dalam susu ini ada..”

“Siapa kata?”, mata saya sudah bulat. Tapi mulut saya tetap senyum.

“Aaaaa..”

Kalsium, protein dan segala macam nutrien yang ditambah masuk itu boleh diperolehi dengan cara yang lebih mudah dan selamat melalui makanan. Secara semulajadi. Tanpa pemprosesan.

Anak yang makan ikut aturan pemakanan yang dicadangkan oleh WHO tidak semestinya perlu ambil makanan tambahan.

Makanan tambahan pun dah namanya tambahan. Diambil apabila yang asas tidak mencukupi.

Lagipun, anak saya lebih gemarkan susu segar dari FarmFresh berbanding susu-susu lain.

Siapa kata kita perlu minum susu formula sehingga usia 12 tahun untuk mendapatkan kalsium dan protein?. Tak ada doktor yang kata.

Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy

Mengurus Emosi Anak

Tiba-tiba..

“Tak ada lelaki suka kat kakak”, kata Afiah perlahan.

Mommy bulatkan mata sambil hidung kembang kempis, “Apa kakak?”

“Tak, kakak kata tak ada lelaki pun suka kat kakak, kecuali H. Tapi H tu lainlah.”

Lain sebab H anak murid mommy. Dan H itu memang kelainan sangat.

Mommy raup muka sampai ke dada, lepas tu tanya, “You mean suka like a friend or like a boyfriend?”

“Like a friend.”

Phew, lega. Sekejap.

Sambungnya lagi, “Nanti kakak nak kawin dengan siapa kalau tak ada lelaki suka kat kakak.”

Itu lebih macam pernyataan daripada pertanyaan. Oh men, Afiah baru 7 tahun dan dia sudah susah hati kerana tiada lelaki suka kannya.

Iya, kerana dia homeschool, pergaulannya agak terbatas. Hampir 90% pergerakannya berada depan mata saya ataupun suami ataupun orang-orang yang kami percayai.

Hishh, macam tak percaya pula antara banyak-banyak soalan itulah yang hendak ditanyanya.

Tetapi ini adalah soal emosi. Mungkin ada anak yang emosinya cepat matang berbanding yang lain.

Mahu ketawa atau mahu serius?

Saya ambil yang tengah-tengah. Tidak mengetawakannya, tidak cuba menjadikan isu ini sebagai remeh temeh di matanya. Tetapi tidak juga mengambil serius perkara ini.

Cuma berusaha menjadi tempat pertama yang dia luahkan perasaannya.

“Sabarlah kakak, nanti kakak semakin dewasa kakak akan jumpa banyak lelaki lagi. Mommy doakan kakak jumpa lelaki yang hebat.”

Abah sudah terbatuk-batuk tersedak dari tadi. Angah pula sudah sibuk masuk campur beritahu yang dia juga mahu kahwin.

Afiah kembali senyum.

Fuhhh. Mommy hirup teh tarik ais dengan lega.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Didik Anak Menguruskan Kewangan

Selain daripada IQ, yang lebih penting untuk hidup bahagia dan sejahtera adalah EQ dan FQ. Ini adalah antara perkara yang saya berusaha terapkan kepada anak-anak.

IQ – Intelligeny Quotient

EQ – Emotional Quotient

FQ – Financial Quotient

Afiah sudah hampir 7 tahun. Sudah pandai minta beli itu dan ini bila ke kedai. Juga sudah pandai memberi sebab kenapa dia perlukan itu dan ini.

Jadi hari ini, saya mula berikan dia wang saku. RM1 bagi setiap hari. Diberikan setiap hari Sabtu.

Jadi hari ini juga, mula ajar dia menulis rekod kewangan peribadinya sendiri.

Mula-mula buka dompet Afiah yang telah dibelikan di Mydin bulan lepas. Harga dompet bawah RM10. Buka-buka, ek eh banyaknya duit kakak.

Afiah senyum seraya berkata, “Kakak ambil mana-mana duit yang sepah-sepah kakak jumpa.”

Huhu, memang tabiat saya menyelit duit di sana dan sini. Kononnya bila terjumpa tu terasalah kaya sekejap. Hahaha. Ok, lepas ini tidak boleh buat begitu lagi kerana ada yang tolong simpan dalam dompetnya.

Jadi yang pertama ajar Afiah kira dan tulis jumlah duit yang ada. Kemudian mommy beri wang saku RM7 untuk minggu ini. Buat operasi tambah.

Seterusnya, mommy tanya “berapa kakak nak simpan?”

Ada sekeping wang RM10. Terus Afiah pilih nak simpan RM10. Bagus, permulaan yang bagus.

Ajar pula tulis simpan RM10 dan buat operasi tolak. Baru masukkan wang ke dalam tabung.

Sekarang wang yang ada mommy suruh Afiah masukkan dalam dompet. Dompet masukkan dalam handbag Afiah.

Mommy pesan, “Dompet dan handbag kena bawa bila nak keluar. Mommy beri wang saku supaya jika kakak nak beli barang-barang yang bukan keperluan, kakak kena beli sendiri guna wang saku kakak.”

Kelip-kelip mata Afiah cuba faham maksud mommy dengan barang keperluan.

Mommy sambung lagi, “Contohnya macam semalam kakak nak beli buku cerita. Buku itu kakak nak beli sebab ia cantik, gambar princess kan?”

Afiah angguk-angguk macam burung belatuk.

“Nak beli buku sebegitu kakak kena pakai duit dari wang saku kakak. Tapi kalau nak beli buku yang berkaitan dengan belajar, yang mommy rasa keperluan, mommy dengan abah akan bayarkan.”

Senyum sampai ke telinga.

Beri anak duit perlu diberi bersama tanggungjawab. Begitulah mengikut apa yang saya faham dalam buku Jutawan Itu Anakku, karya Goh Hui Lee. Supaya anak jelas bagaimana menguruskan wang.

Semoga bermanfaat.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Afiah belajar menulis rekod kewangan peribadi

Beli Kereta Baru

Hari itu masa kami susun-susun kotak buku masuk bonet, ada yang tegur, “Cikgu Azleen dah kena beli kereta lagi besar ini.” Huhu.

Masa letak jawatan tahun lepas dalam hati memadailah Persona itu. Dah habis bayar pula tu.

Beberapa sesi bengkel akhir-akhir ini memang rasa nak beli lori. Hahaha. Tak muat dah persona nak mengangkut kotak buku, bahan-bahan bengkel. Belum lagi anak yang 3 orang itu diusung ke sana ke mari.

Dan bengkel pula kami gerak dalam team. Tak berdaya saya kalau seorang-seorang nak buat bengkel. Paling kurang saya akan bawa dua staff. Kalau ramai macam bengkel semalam, ada 5 staff tidak termasuk saya.

Lagi ramai peserta, lagi ramai staff diperlukan untuk melicinkan perjalanan program. Masing-masing ada peranan dan tugas sendiri.

Jumpa jugalah kenderaan yang berkenan di hati. Automatik. Hahaha. Sekian lama bawa manual weh.

Berkali-kali soalan saya kepada suami adalah apakah ruang bonetnya lebih besar dari persona. Persona saya boleh muatkan dua beg golf.

Selain itu yang menjadi kriteria adalah 7 seater. Senang nak bawa mak-mak berjalan. Hihi.

Kita cubalah mohon beli. Kalau kerja gomen dulu gerenti lepas. Dah tak kerja ini, tak pastilah bank sudi bagi pinjaman atau tidak. Berdoalah untuk saya, semoga dipermudahkan urusan jual beli ini.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Kena cuba duduk belakang. Kadang-kadang jadi mem besar ada driver. Hahaha.

Ini pula faktor yang menyebabkan rasa macam tak nak beli. Tv dalam kereta. Sudah buat syarat dengan anak-anak. Maksima sekali masa tengok tv adalah 30 minit sahaja.

Begitu dashboardnya. Ada banyak fungsi. Saya suka.

Berapa Banyak Bahasa Nak Ajar Anak?

Berapa banyakkah bahasa yang boleh kita ajar kepada anak kecil?

Menurut Glenn Doman, pada usia 0 hingga 6 tahun, anak boleh menguasai sehingga 7 bahasa secara serentak.

Menurutnya lagi, perkara tersebut boleh berlaku apabila seorang anak itu didedahkan kepada 7 bahasa sejak lahir oleh individu berbeza.

Contohnya, seorang bayi yang lahir hasil perkahwinan campur. Ibu yang bertutur dalam bahasa Melayu, ayah yang bercakap dalam bahasa Inggeris, datuk sebelah ibu mahir bercakap bahasa Tamil, nenek sebelah ayah yang bercakap dalam bahasa Banjar dan seterusnya.

Mereka ini pula menggunakan bahasa tersebut setiap kali mereka berkomunikasi dengan bayi tadi. Ringkasnya One Parent One Language.

Dengan izin Tuhan, bayi ini boleh berkomunikasi dalam semua bahasa yang didedahkan kepadanya.

Bagaimanapun hari ini ramai yang hanya mengambil kira ayat pertama Glenn Doman iaitu anak boleh menguasai sehingga 7 bahasa serentak.

Maka kita pun padatkan jadual harian anak dengan segala bahasa yang kita punya akses kepadanya. Dari bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Tamil sehinggalah bahasa Rusia.

Kemudian, anak tidak dapat menguasainya. Maka kita panik. Kita pun hantar anak ke segala macam kelas bahasa yang ada. Anak masih tidak dapat. Lebih teruk lagi apabila anak mula mencampuradukkan bahasa yang ada sehingga ia tidak lagi memberi makna yang boleh difahami.

Semuanya kerana kita gagal membaca bahagian yang seterusnya dalam ayat Glenn Doman iaitu 7 bahasa itu didedahkan secara berterusan oleh penutur yang berbeza.

Yang menjadi mangsa adalah anak. Semakin dia tidak menguasai bahasa yang dipelajarinya semakin dia merasa tertekan dan rendah diri. Semakin pula rendah peluangnya untuk menguasai apa yang dikehendaki dia belajar.

Jadi, sebelum kita memaksa anak belajar 7 bahasa serentak, apa kata kita pun turut sama merasai apakah pengalaman mempelajari 7 bahasa serentak.

Mampu ke kita?

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy nak belajar bahasa Arab.

Tips Jual Beli Online

Hari itu adalah saya membuat pesanan sarapan daripada satu grup ini. Kebetulan sang penjual tinggal berdekatan dengan rumah, setaman sahaja.

Saya mesej sehari sebelum, dan siap tanya juga pukul berapa sarapan dihantar. Katanya bermula pukul 8.00 pagi hingga habis penghantaran.

Tiba hari yang dinanti, kerana sarapan yang dijual adalah sarapan yang jarang-jarang ditemui, saya menunggu. Sehingga 10.00 pagi masih belum tiba. Saya sudah pelik, dekat sahaja rumahnya, takkan lah begitu lama mengambil masa.

Akhirnya saya whatsapps pukul 10.00 pagi bertanyakan pukul berapa sarapan dihantar. Laju juga sang penjual membalas, “Oh, saya terlupalah.” Katanya.

Fuhh, geram juga. Terus otak berfikir apa yang mahu disediakan untuk anak-anak memandangkan saya membuat pesanan tersebut kerana memang barang masakan sudah berkurangan.

Sejurus kemudian, sang penjual menghantar Whatsapps lagi, “Saya tengah masak lagi ini. Kalau nak ambil di rumah saya pukul 2.00 petang.”

Saya balas tidak mahu, saya membuat pesanan sarapan kerana saya ada rancangan hari itu. Sangka saya akan tamat di situ.

Tetapi sang penjual menyambung, kenapa saya tidak mesej dia subuh tadi, mengingatkan dia tentang pesanan sarapan saya. Jadi tidaklah dia lupa. Dan bla bla bla. Agak panjang juga.

Wah, ini baru. Belum pernah saya membuat pesanan penghantaran makanan dan perlu menghantar mesej berkali-kali mengingatkan sang penjual. Selalunya order sekali sahaja.

Jika sang penjual memaklumkan saya bahawa proses membuat pesanan dengannya harus begitu (hantar mesej ingatan di subuh hari), sudah tentu saya membatalkan pesanan semalam lagi.

Dan selepas itu, sang penjual memarahi saya kerana tidak mahu mendengar alasannya, tidak faham bahawa dia ada banyak masalah di rumah, tidak ada siapa yang membantunya di rumah, dan asyik dia sahaja kena dengar masalah orang.

Aduh, tak tahu saya samada mahu marah kerana dia lupa pesanan saya atau mahu kasihan kerana nampaknya dia ada masalah lain pula. Huhu.

Susah juga menjalankan urusan jual beli online begini. Saya kongsikan sedikit tips dalam jual beli online:

  1. Maklumkan pelanggan dengan jelas prosedur membuat pesanan dengan anda. Jika perlu hantar mesej mengesahkan pesanan di subuh hari, maklumkan dari awal.

Pelanggan yang sudah berkali-kali membeli mungkin sudah tahu, tetapi pelanggan baru belum tahu yang anda pelupa.

  1. Buat buku catatan pesanan. Terus catat nama, alamat, no telefon dan item yang dipesan beserta kuantitinya.

Jangan bergantung harap kepada memori anda semata-mata. Perkata sebegini disimpan dalam working memory, kapasitinya kecil sahaja.

  1. Sekiranya telahpun dilaksanakan langkah 1 dan 2 tersebut tetapi masih lagi berlaku salahfaham, minta maaf dengan pelanggan.

Seringkali perkara-perkara sebegini boleh diselesaikan mudah, dengan ayat berikut,

“Maaf kerana saya tersilap. Apa yang boleh saya lakukan bagi memperbaiki keadaan ini?”

Meminta maaf tidak menjatuhkan ego apatah lagi maruah orang yang melakukannya. Bahkan ia menimbulkan rasa hormat pada orang yang dipinta.

Begitulah.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy rasa lapar boleh membuatkan seseorang itu naik hangin.

Seminar Fonik dan Brain-gym Pasir Gudang

Setiap pergerakan menghantar impuls kepada otak, memberi maklumat tentang perubahan posisi dan lokasi badan di dalam ruang. Sensasi ini membentuk imej kendiri yang menentukan bagaimana kita mencipta pengetahuan dan menentukan sikap kita terhadap sesuatu. (Hannaford, 2005).

Pakar kanak-kanak sudah lama memberitahu bahawa pergerakan adalah penting untuk membina sistem nervous dan anak kecil perlu bermain bebas untuk belajar bagaimana mengawal tubuh secara spontan, tetapi masyarakat kita hari ini masih lagi gemarkan kawalan penuh.

Kita meletakkan bayi di dalam walker dan mengurangkan “tummy time” yang akibatnya bayi kurang merangkak dan merayap untuk mematangkan penglihatan mereka.

Kita meletakkan bayi di hadapan televisyen 2 dimensi sedangkan dunia 3 dimensi ini lebih diperlukan untuk mematangkan penglihatan mereka.

Kita memberikan mereka gajet yang memaksa penglihatan mereka ke focal point yang sebenarnya mereka belum mampu uruskan.

Apabila kanak-kanak tidak mampu melihat menggunakan kedua mata kepada garisan tanpa melihatnya menjadi double ataupun tidak hilang fokus, tidak ada gunanya memberikan mereka soalan pemahaman. (Dennison, 2006).

Terdapat beberapa pergerakan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kebolehan penglihatan anak yang sekaligus dapat membantu anak menguasai literasi dengan lebih mudah.

Pergerakan-pergerakan inilah yang dirumuskan sebagai brain-gym kerana ia membuat senaman ke atas otak.

Seminar Fonik dan Brain-gym akan diadakan di Pasir Gudang pada 31 Mac 2018, 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Topik Brain-Gym akan disampaikan oleh Cikgu AzWani Mansor, Guru Cemerlang Pemulihan Khas.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh terus sertai grup Whatsapps di link berikut:

https://chat.whatsapp.com/ATgCddsvS2a8BTGGlgP7Ba

https://chat.whatsapp.com/ATgCddsvS2a8BTGGlgP7Ba

https://chat.whatsapp.com/ATgCddsvS2a8BTGGlgP7Ba

Ikan Patin Temerloh Bakar Tempoyak

Hari itu saya nampak seorang kakak ini buka pesanan untuk patin bakar tempoyak.

Wah, satu saya suka ikan patin. Dua saya juga suka tempoyak. Tapi saya tak pernah makan patin bakar tempoyak. Ini rare!

Jadi, terus buat pesanan. Bukan satu tapi lima. Hahaha. Untuk staf juga kerana kebetulan hari yang dia buat penghantaran itu kami ada bengkel PdPc Fonik di luar.

Habis bengkel, terus balik rumah Whiztots. Lapar pula perut sebab hari itu tidak bersarapan.

Bau ikan patin Temerloh dan tempoyak menusuk hidung. Perghhh. Memang membuka selera. Ikan dibakar beserta daun kunyit yang diracik halus-halus. Pedas sedikit sahaja sesuai untuk saya.

Set makan tengah hari ini dihidangkan bersama nasi, ikan masin, ulam dan sambal terlebih pedas. Haha. Saya memang tak tahan pedas orangnya.

Juga ada gulai nenas ikan masin. Wahh dah lama tidak makan ini. Selalunya tunggu mak sahaja yang masak. Tak pandai saya nak masak gulai nenas ikan masin ini.

Sambil makan suap anak-anak. Ikan patinnya besar, satu set ikan patin boleh makan berdua dewasa atau berempat dengan anak-anak. Tapi kena ambil dua nasi lah. Hihi.

Memang terbaiklah. Padu masakan kak Noor Sazila Yaakob. Memang wajib ulang pesanan lagi.

Ikan patin didatangkan khas dari Temerloh sebab ikannya segar dan tidak berbau. Terbayang-bayang begitu.

Kak Sazila ambil pesanan hanya pada hari Jumaat tertentu. Kena tanya dialah bila pesanan lagi.

Harga bagi satu set makan tengah hari ini cuma RM12 sahaja. Saya order 5 jadi tidak adalah pula dia minta caj penghantaran. Siap dengan segelas air sirap sejuk okeh!

Dah dah cukuplah kecur air liur tu. Boleh masak sendiri jika tak sabar nak tunggu Jumaat hadapan. Hihi.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy