• Kisah Kejayaan

    Azmina Tamat Buku 2 Bacalah Anakku

    Angah tamat buku 2 Bacalah Anakku hari ini. Bukan main bangga Angah.

    Berulang kali cakap nak bawa balik buku ini tunjuk pada abah Ismail Bin Yahya.

    Yalah Angah, balik tunjuk abah Angah baca ya.

    Angah belajar ikut-ikut sahaja. Tempias dari kakak-kakak dan abang-abang yang belajar dari grup Intensif Membaca Cuti Sekolah 2016 hinggalah ke grup BAK#8 sekarang.

    Terima kasih kepada semua yang hantar anak membaca dengan saya sehingga Angah boleh menumpang belajar tidak sengaja.

    Masih ingat lagi rasanya masa mula-mula kelas Intensif tahun lepas, Angah duduk di sebalik gril pintu sahaja. Tidak mahu keluar.

    Semakin berlalunya masa Angah makin dekat dan dekat. Pernah satu ketika saya mengajar dengan Angah memeluk kaki saya. Hihi.

    Sekarang Angah ambil jawatan ketua pelajar Whiztots memandangkan Afiah dah jadi tutor cilik. Hahaha.

    Syukur kepada Tuhan. Kita fokus kepada prosesnya. Hasilnya biar Tuhan yang tentukan. Itu kerja Tuhan.

    Kalau mak ayah fokus kepada hasil, itulah yang mendatangkan stress bila hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

    Kita buat kerja kita dan biarlah Tuhan buat kerjaNya. Dengan izin Tuhan segalanya bisa terjadi. Tiada yang mustahil.

    Angah 3 tahun 4 bulan.

    Proses Angah belajar ada saya kongsikan pada kepsyen video Angah membaca di bawah.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy yang berusaha

  • Seni Ajar Membaca

    Membaca vs Menulis – Yang Mana Dulu?

    Hari itu bila saya tanya antara membaca dan menulis yang mana perlu dibuat dahulu, ramai yang jawab membaca.

    Saya pun berpendapat begitu. Membaca itu memasukkan info manakala menulis itu mengeluarkan kembali info.

    Jika tiada info yang dimasukkan, bagaimana mahu ada info yang keluar?

    Jadi, bila saya terbaca tulisan seorang terapis carakerja yang menegaskan menulis datang dahulu sebelum membaca, saya terkejut. Tapi saya teruskan juga membaca keseluruhan tulisannya sebelum membuat kesimpulan.

    Oh, patutlah beliau berpendapat begitu.

    Ia adalah disebabkan oleh perbezaan definasi.

    Menconteng bagi beliau sudah dikategorikan sebagai menulis.

    Manakala bagi saya menulis bermakna menghasilkan ayat yang boleh difahami oleh orang lain.

    Jadi jika menconteng dianggap menulis, maka mungkinnya kesedaran fonemik (kebolehan membezakan bunyi dalam bahasa pertuturan) juga boleh dianggap membaca?

    Jika begitu pula, maka menconteng dahulu atau kesedaran fonemik dahulu? haha.

    Ini adalah ibarat persoalan ayam dan telur. Yang mana keluar dahulu? Ayam atau telur?

    Ia adalah persoalan yang tiada penghujungnya. Setiap pihak mempunyai hujah yang kukuh dan kuat untuk menyatakan dia yang lebih dahulu.

    Jadi, tak usahlah kita layankan persoalan sebegini.

    Yang pentingnya, ibu bapa kena tahu bahawa usia 0 ke 6 tahun adalah usia emas yang perlu diransang dengan optimum bagi membolehkan anak mendapat kemahiran membaca dan menulis.

    Bagaimana ransangan yang perlu diberi?

    Nah, yang itulah antara perkara yang akan dikupas dan dikongsikan oleh tiga penceramah undangan kami dalam Seminar Menulis dan Membaca Di Awal Usia.

    Seminar ini akan berlangsung pada 2 Disember 2017, Sabtu dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Dan diadakan di Pasir Gudang.

    Khidmat nurseri dan aktiviti untuk anak-anak turut disediakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa fokus kepada seminar. Nurseri dan aktiviti ini akan dikendalikan oleh cikgu-cikgu yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang berkenaan (dan juga dipantau oleh saya hahaha).

    Untuk menyertai seminar ini, bolehlah mengisi borang secara online di bit.ly/seminarwhiztots

    Ataupun Whatsapps saya Azleen 0173329298 atau Aini 0173891909

    Wasap.my/+60173329298/seminarwhiztots

    Wasap.my/+60173891909/seminarwhiztots

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Aktiviti & Permainan Kreatif

    Buat Dadu Gaya Kreatif

    Masa kelas kat rumah baru Whiztots Cepat Membaca nak main dam tapi dadu semua tertinggal di rumah sendiri.

    Jadi, Afiah beri cadangan buat dadu dengan playdoh. Mommy suruh dia buat.

    Taa daa. Terhasillah dadu buatan tangan Afiah.

    Tidak boleh dibaling kuat-kuat. Boleh golek sahaja.

    Bagus juga, sesekali ajar anak-anak mengawal kekuatan tangan.

    Dan dapat juga main dam diftong dan vokal berganding ini.

    Cara buat dadu dalam gambar.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Seni Ajar Membaca

    Belajar ReadEasy Comprehensive

    Syukur kepada Tuhan, hari ini ke Kuala Lumpur menimba ilmu membirukan mata menjadi minah saleh British.

    Sudah selesai, banyak sungguh ilmu dikutip. Siapa sangka begitu banyak perkataan yang tersalah sebut selama 30 tahun ini.

    Usah salahkan guru yang mengajar dahulu. Saya sekolah kampung sahaja, saya pasti Miss Lim, Cikgu Fatimah dahulu mengajar berdasarkan pengetahuan yang mereka ada waktu itu.

    Mungkin juga mereka ajar sudah betul, tapi lidah kampung saya yang salah sebut. Lantas kekal dalam ingatan selama 30 tahun.

    Sekarang sudah tahu bagaimana membaca menggunakan simbol fonetik. Lebih tepat sebutannya.

    Puan guru terkini, Nik Eliani Nik Nawi kata perlu buat latihan untuk melembutkan lagi lidah sampai jadi minah saleh.

    Makanya pulang nanti bakal dapat lihat banyak video saya berlatih membaca barangkali. Hahaha. Usah bosan ya, usah mengata juga. Ingat, saya cuma anak kampung yang nak berbahasa dengan betul.

    Macam rasa tidak sabar nak praktis. Hahaha.

    Rehat dulu ya kawan-kawan.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    #readeasypioneers

  • Seni Ajar Membaca

    Belajar Membaca Dengan ReadEasy Boleh Baca Buku Lain Juga

    Inilah yang saya kategorikan sebagai “independent reader” atau pembaca berdikari (?!).

    Waktu kami ke Borders, Afiah nampak set buku Peter and Jane dari Ladybird ini. Set buku ini memang mudah didapati di mana-mana kedai buku.

    Dulu mula-mula Afiah diajar membaca dengan buku Peter and Jane. Masa itu saya hantar Afiah ke pusat pengayaan.

    Peter and Jane menggunakan kaedah whole word. Masa tu saya lihat cikgu yang mengajar mengimbas kad perkataan beberapa kali kepada Afiah.

    Jadi semalam bila Afiah nampak buku Peter and Jane ini, dia berkata dengan sedih, “Tentu kawan-kawan Afiah yang belajar sama-sama dulu dah pandai baca buku ini.”

    Sayapun berikan Afiah buku 3a dan suruh dia cuba baca dan dia pun baca.

    Akhir sekali saya tanya, “Seronok tak pandai baca sekarang?”.

    Afiah senyum lebar dan angguk, “I can’t believe I read it”.

    Ini adalah kali pertama Afiah melihat isi kandungan buku Peter and Jane 3a.

    Afiah diajar membaca menggunakan kaedah fonik gabung bunyi (synthetics phonics). Afiah telah tamat belajar Bacalah Anakku dan ReadEasy Beginner. Sekarang Afiah sedang belajar membaca ReadEasy Intermediate.

    Afiah rasa macam nak bawa balik semua buku di Borders sebab dah boleh baca.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Lain-lain

    Susah

    “Afiah hari-hari nak lukislah mommy. Tapi Afiah dah tak tahu nak lukis apa.”

    Mommy kelip-kelip mata pandang Afiah yang sakan mengomel.

    “Afiah lukislah apa yang Afiah nampak.”

    “Haa?”

    Giliran Afiah pula membulatkan mata memandang saya, tanda tidak faham.

    “Lukis apa yang Afiah nampak.” Saya ulang sekali lagi.

    Afiah masih memandang saya sambil kelopak matanya terkelip-kelip macam giginya yang dah bergoyang-goyang di hadapan tu.

    “Contoh kalau Afiah duduk kat luar, Afiah pandang depan nampak apa. Itulah yang Afiah lukis. Kalau Afiah nampak padang, Afiah lukislah padang.”

    “Ooooo” beriya-iya Afiah mengangguk-ngangguk macam burung kakak tua.

    “Kalau nak lukis rumah ini pun boleh?”

    “Boleh.”

    “Oooo.” Lagi.

    “Kalau Afiah duduk dalam bilik ini, Afiah lukis katil ini pun boleh?” Sambung Afiah sambil menggayakan tempat yang dia berhajat hendak duduk dalam bilik ini untuk melukis.

    “ ya, boleh.”

    “Tapi, susah. Afiah tidak pandai.” Raut wajahnya sedih.

    “Afiah belum cuba lagi kan? Kalau belum cuba, mana Afiah tahu susah dan tidak pandai?”

    “Betul juga kan.” Angguk lagi macam burung kakak tua.

    “Afiah akan cuba dahulu, mommy”

    Ya, itulah semangat yang mommy mahu.

    Duhai anak, jangan biarkan sesiapapun memberitahumu bahawa engkau tidak mampu melakukan sesuatu perkara yang engkau hajati.

    Jangan biarkan sesiapapun berkata begitu kepadamu, walaupun aku ibumu.

    Itu janji saya pada Afiah sedari dia kecil.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Kisah Kejayaan

    Tutor Cilik Fonik Bacalah Anakku

    Semasa dalam kereta tadi, saya terdengar Afiah mengulang skrip mengajar fonik cuba mengajar Azmina. Dan Azmina pula respon bukan main beriya walhal dia dah tahu pun semua itu. Bekerjasama dua beradik ini.

    Dari skrip awal, “Kakak nak ajar Angah satu bunyi, nak dengar tak?”

    Sampailah kepada membuat asosiasi aksi.

    Tak tahan saya lantas dalam gelap pun saya angkat juga telefon cuba merekod video permainan mereka.

    Afiah tanya juga, “Mommy lepas ini nak ajar simbol kan?”

    Macamana nak ajar simbol, tiada bawa kad dalam kereta. Lagipun hari malam, tidak nampak bagaimana nak tunjuk simbol.

    Berakhirlah sesi mengajar setakat sampai menyanyi lagu Abu Ada Ayam sahaja.

    Jadilah tutor cilik, tahun depan sudah boleh pergi training dengan ReadNetwork dan Maktok Nik Eliani Nik Nawi dan mula mengajar di Whiztots Cepat Membaca ya. Berapa gaji mahu? Hahaha.

    Begitulah, tak susah pun sangat sebenarnya nak mengajar fonik ini. Anak kecil pun mampu buat.

    Sebabnya segalanya telah disusun oleh pihak Read Network. Sampaikan skrip mengajar pun ada.

    Itulah kenapa Afiah boleh tahu skrip-skrip ini kerana saban hari asyik mendengar mommy mengulang skrip yang sama. Cuma tukar bunyi sahaja.

    Yang pentingnya, bila mahu mula mengajar fonik kena buka minda dan buka hati.

    Terima fonik sepenuhnya. Ia telah dibuktikan secara sains neurologi bahawa bersesuaian dengan bagaimana otak berfungsi. Tidak memberikan tekanan tambahan yang tidak perlu kepada otak.

    Berikan masa untuk anda menerima fonik ini sepenuhnya. Untuk skrip-skrip mengajar itu menjadi sebahagian dari diri anda, sehingga anda menjadi sangat selesa dengannya. Barulah ubahsuai skrip itu mengikut personaliti anda.

    Kadang-kadang saya terasa mengajar fonik ini juga macam Multi-Level Marketing.

    Do Not Re-Invent The Wheel! Just follow and do it.

    Selepas sebati barulah sesuaikan dengan personaliti anda.

    Selamat berfonik.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Kelas Membaca - Kesedaran Fonemik

    Phonemic Playgrup Sunday

    Hari ini kali pertama kelas beroperasi di rumah baru Whiztots Cepat Membaca. Dirasmikan oleh kelas Phonemic Playgroup Sunday (PPS).

    PPS ini dibuka untuk anak-anak berusia 3 tahun 6 bulan ke atas. Anak pelat, pendiam, bercakap bahasa alien, semua boleh sertai.

    Jika anak belum pandai urus diri sendiri, ibu bapa perlu tunggu anak. Jika sudah pandai, boleh tinggalkan sahaja.

    Dalam kelas PPS, kita buat aktiviti-aktiviti yang membantu anak menguasai kemahiran asas untuk belajar membaca serta kemahiran fonemik.

    Apabila semua kemahiran asas ini telah dikuasai bolehlah mulakan kelas membaca pula. Dengan izin Tuhan, anak yang sempurna kemahiran asasnya akan dapat belajar membaca dengan lebih mudah dan cepat.

    Ibu bapa yang hadir hari ini seronok dengan kelas. Dari yang cuma nak cuba sekali sahaja, terus tempah untuk kelas minggu hadapan.

    Ada juga yang dah tempah kelas hari Ahad sahaja, bulan depan mahu tempah kelas tiga hari seminggu pula.

    Berapa cepat anak boleh kuasai kemahiran asas ini? Bergantung kepada anak.

    Tiada gunanya kita memaksa anak menerima kemahiran ini melampaui kesediaan otaknya. Kita ikut sahaja prosesnya.

    Tugas ibu bapa adalah menyediakan ruang dan peluang untuk anak menerokai keupayaan diri mereka. Tugas anak untuk melaksanakannya atas kehendak sendiri.

    Untuk maklumat lanjut, boleh whatsapps Azleen 0173329298 atau Aini 0173891909.

    Wasap.my/+60173329198/phonemic

    Wasap.my/+60173891909/phonemic

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Suka Makan

    Sayur Kubis Masak Lemak Berkrim

    Hari ini cuti sebab JDT menang bola. Entah piala apa saya pun tak pasti.

    Tapi Whiztots Cepat Membaca tetap kelas macam biasa. Malam tadi sudah mesej tim, “Walau JDT menang kelas tetap ada. Nanti Jumaat kita cuti ganti. Haha”.

    Hari ini juga hari pertama di rumah baru Whiztots. Jalan Lampam 17.

    Jika selalu boleh santai-santai sebab kat rumah, hari ini kena siapkan makanan awal untuk bawa ke sana.

    Mommy anak tiga kena bersiap sedia. Kalau tidak nanti sedang kelas, “ Mommy, ngah pa.”

    Azmina sekarang ni lapar 24 jam. Sedang saat membesar pesat agaknya.

    Jadi hari ini, mommy masak nasi perang, ayam bakar dan sayur kubis masak lemak tanpa garam.

    Tanpa garam supaya Isyraq boleh makan juga sekali.

    Masak lemak kubis ni mudah sahaja. Ini versi mommy masak anak BLW ya.

    Bahan-bahan:

    • kubis bulat dipotong ikut saiz yang nak makan

    • bawang putih diketuk dan dicincang halis

    • bawang besar dihiris nipis

    • ikan bilis dibelah dan dicuci bersih

    • lada merah dihiris nipis

    Cara memasak boleh tengok kat gambar ya.

    Mommy nak bersiap ke rumah baru Whiztots pula.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy