Daging Salai Dan Pucuk Paku Masak Lemak

Hari ini nak masak daging salai yang dah lama beli dari Nazrin. Ini original daging salai beli dari Negeri Sembilan. RM10 satu pek 170 gram.

Kemudian saya ke Kota Masai. Di kawasan Marry Brown sana saya perasan ada beberapa gerai yang menjual pelbagai jenis ulam-ulaman.

Ada satu gerai milik wanita sarawak yang menjual pucuk paku, labu sarawak, pucuk labu dan pelbagai ulaman.

Saya pilih untuk mencampurkan pucuk paku dengan daging salai kali ini.

Ini kali pertama saya memasak daging salai. Hihi.

Buka plastik daging salai tu, aromanya memang menggoda. Saya baca resepi di google rata-rata semuanya kata kena rebus dahulu daging salai ini kerana masih liat dan keras.

Saya pun menghiris daging salai ini kecil-kecil sebagai persediaan merebusnya. Tidak tahan dengan aromanya yang smokey tu saya mengambil satu untuk merasanya.

Eh, lembut sahaja dagingnya. Ini makan dengan cicah air asam pun sedap ini.

Jadi tukar plan, sedikit sahaja daging salai dimasukkan ke dalam lemak pucuk paku, selebihnya makan begitu sahaja.

Bahan-bahan untuk masak lemak adalah:

  • pucuk paku

  • daging salai

  • cili api ditumbuk

  • santan

  • halia

  • kunyit

  • serai

  • asam keping

Cara memasak ada dalam gambar ya.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Daging lembu salai yang aroma memikat selera

Potong daging kecil dan nipis

Siang pucuk paku dan masukkan dalam besen hijau

Oleh kerana saya jarang memasak, bahan-bahan seperti serai, kunyit dan halia saya gunakan yang dah dikisar sahaja. Lebih tahan lama untuk disimpan.

Tumbuk cili api ikut kepedasan yang mahu.

Masukkan semuanya dalam periuk kecuali pucuk paku.

Rebus dahulu sehingga sebati.

Masukkan pucuk paku setelah mendidih.

Masukkan asam keping.

Akhir sekali masukkan santan kotak cap kara.

Siap dalam periuk. Perasakan dengan garam dan gula kalau korang suka.

Dah, jom makan pucuk paku dan daging salai masak lemak.

Kantin Kita JB

Hari itu berpeluang juga melawat ke Kantin Kita yang selama ni dok kecur ayaq liur jer tengok kawan-kawan upload gambar-gambar makanan kedai ini.

Bukan apa, kedai ini berada di hujung sana dari lokasi rumah saya. Hihi. Itu yang bercinta nak ke sini.

Sampai-sampai di kedai nampak kakak kantin sedang goreng ayam. Bau ayam gorengnya menusuk kalbu, buat rasa nak order terus sebelum jumpa tempat duduk.

Antara menu rare kat sini adalah roti kampung. Katanya roti kampung itu macam roti john cuma sosnya ditukar dengan sambal tumis. Tapi tiada rezeki pula nak mencuba roti kampung malam itu sebab roti sudah habis.

Jadi saya pesan nasi goreng kampung bersama ayam goreng menusuk kalbu. Suami pesan nasi lemak kukus dengan ayam goreng juga.

Nasi goreng kampungnya memang kampung, tetapi tidaklah pedas. Tapi yang paling special adalah nasi lemaknya. Perghhh. Memang berlemak berkrim. Macam masak di rumah gitu.

Anak dara berdua itu sudah laju sahaja menuju ke sudut bermain. Tidak hiraukan mahu makan atau tidak. Jadi saya pesankan sahaja chicken chop RM8 untuk mereka.

Saya sangat sukakan sos chicken chop di sini. Gabungan lada hitam dan cendawannya sangat seimbang dan serasi. Saya sukakan hirisan kasar saladnya tetapi terlalu banyak mayonis untuk saya.

Air pula kami pesan jus lemon special yang selalu ditayang gambarnya. Sungguh segar dengan hirisan timun, epal hijau dan strawberi.

Kemudian kami pesan teh float. Nah, yang ini teh tarik bersama ais krim.

Istimewanya minuman disini rasa manisnya sesedap rasa. Manis-manis buah sahaja. Siap order tambahan jus lemon special kerana tidak cukup minum satu sahaja.

Saya nampak bila orang order barulah buah itu dihiris, jadi memang segar rasanya. Tetapi tidaklah terlalu lama menunggu pesanan.

Perkara yang paling saya gemari adalah portion makanannya yang sesuai. Tidak berlebih-lebihan. Macam Kevin Zahri kata segenggam gitu. Memang cun untuk yang mahu membuat cheat meal.

Lokasi Kantin Kita ada dalam gambar ya.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Tu tempat orang buat jus lemon sedap!

Alamat Kantin Kita JB

22 Jalan Kebudayaan 1 Taman Universiti

Teh tarik float dan jus lemon special. Jus lemon RM4.50. Teh tarik saya tak ingat berapa ringgit.

Nasi lemak ayam kukus berkrim. Sedap giler. Tak ingat juga berapa RM.

Nasi goreng kampung dengan ayam goreng menusuk kalbu. Nasi goreng RM6 tidak termasuk ayam.

Chicken chop RM8. Ada juga chicken chop RM6 di sini.

Ruang bermain untuk anak-anak. Kecil sahaja tetapi cukup mengasyikkan untuk mereka.

Ambil gambar dengan kakak kantin Shaukat Sheera, semoga dapat kekalkan kesedapan makanan di sini. Minta resepi air lemon tu. hihi. Sedap best segar.

Eksperimen Warna Skittel

Hari ini buat eksperimen skittel ni. Nampak kat video dadlab beberapa minggu lepas, teringin sangat nak membuatnya.

Alhamdulillah, menjadi. Anak-anak pun seronok bukan main tengok warna tu bergerak.

Afiah boleh jawab soalan-soalannya. Yalah, dia 6 tahun. Hihi. Yang lain 4, 3 dan 2 tahun. Eksen lah sikit kan.

Bahan-bahannya:

  • Skittel

  • Pinggan putih

  • Air

Cara-cara boleh tengok di gambar ya.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy buat eksperimen sains

Bersyukur Sentiasa

Pagi ini saya bangun kerana tidak selesa dihimpit dari kiri dan kanan. Kaki Azmina terselit dibawah pinggang saya.

Bukan kali pertama, memang hampir setiap hari begitulah. Tidak kira samada Afiah atau Azmina, jika tidur di sebelah saya pasti menghimpit walaupun ruang di sebelah sana masih lagi luas.

Agaknya memang begitu anak yang co-sleeping dengan ibu ya?

Kaki terselit itu bukan kerana saya tertindih, tetapi kerana mereka dengan sengajanya akan memasukkan kaki dibawah badan saya. Mungkin kerana sejuk (walhal pakai selimut) atau mungkin kerana rasa lebih selamat.

Dulu masa mula-mula melahirkan Afiah, kakak saya beri baby-cot. Jadi tidurkan Afiah di baby-cot. Tapi tidak pernah berjaya. Paling lama tidurnya satu jam kemudian sudah mula resah berbunyi itu dan ini.

Selalunya Abah tidur berdiri atau tidur duduk di kerusi menggosok Afiah. Akhirnya saya ambil saja tidur di sebelah saya. Lebih lena tidurnya. Tetapi saya pula yang hilang lena tidur.

Begitulah bila co-sleeping dengan bayi. Sudah enam tahun, saya lupa bila kali terakhir tidur lena 8 jam sepanjang malam. Barangkali sebelum mengandungkan Afiah agaknya.

Co-sleeping sebenarnya memberi banyak manfaat kepada bayi. Terdapat kajian yang mengatakan otak bayi membesar dan berhubung dengan lebih baik. Ritma jantung bayi juga lebih stabil dan tenang. Wallahuallam.

Tetapi ianya juga berisiko tinggi seperti bayi tertindih dengan bantal, selimut bahkan oleh ibu bapa sendiri.

Kerana risiko-risiko itulah tidur saya tidak lena. Sekejap-sekejap bangun cek pernafasan bayi. Hihi.

Siapa lagi ibu yang juga sejam sekali cek pernafasan bayi macam saya?

Bagaimanapun, bersyukur kerana enam tahun ini juga dalam pada tidur yang tidak lena ini, saya dikurniakan tiga anak. Yang comel-comel, yang cantik-cantik dan yang cerdik-cerdik. Alhamdulillah.

Sebenarnya dalam kehidupan ini, jika kita mahu mencari perkara yang buruk dan tidak kena dalam hidup kita memang mudah sahaja jumpa.

Duit tidak ada. Gaji sikit. Jawatan rendah. Jadi kuli. Rumah kecil. Suami tidak kaya. Sudah lama tidak bercuti. Tidak pernah pergi luar negara. Kereta sudah lama. Anak belum ada. Sudah berusia belum berumahtangga.

Aduh, kalau mahu komplen sahaja sudah berjela-jela senarainya.

Sebaliknya, jika kita mencari perkara yang baik-baik dan patut disyukuri dalam hidup kita, juga pasti jumpa banyak.

Jiran-jiran suka beri makanan. Boleh pulang awal kerja. Tidak perlu bekerja hujung minggu. Suami menolong basuh baju, sidai baju, lipat baju, simpan baju. Rakan sekerja sentiasa bertanya khabar. Ada anak-anak yang ceria. Ada suami tempat mengadu segala.

Dan macam-macam lagi.

Cuma terpulang kepada kita mahu lihat ke arah mana.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Review Mykluang Cafe Seri Alam

Hari itu aktiviti keluarga kami agak padat. Bila dah padat begini, memang tidak berapa rajinlah nak memasak.

Jadinya saya ajak suami makan di luar sahaja. Terus satu kali sarapan dan makan tengah hari. Orang kampung kata brunch.

Dalam jadual yang padat itu perlu diselitkan juga membeli barang keperluan rumah. Kalau tidak dibeli bertambahlah lagi seminggu mommy tidak masak. Hahaha.

Kami beli barang di Tesco. Membeli belah usah dengan perut kosong. Nanti bajet RM200 boleh menjadi RM500.

Suami tidak suka makan di Tesco. Jadi kami pilih ke MyKluang Cafe di Bandar Seri Alam.

Makanannya agak sedap dan lokasinya strategik.

Macam-macam dipesan memandangkan perut sedang lapar dan untuk memenuhi selera anak yang tidak menentu.

Roti bakar, telur separuh masak, nasi goreng kanak-kanak, mee hokkien, kentang wedges dan nasi ayam bakar sambal hijau.

Kali pertama saya makan nasi ayam bakar sambal hijau di sini. Boleh tahan pedas sambal hijaunya.

Ayam bakarnya cukup lembap dan cukup perisa. Memang boleh mengulang lagi menu ini.

Satu lagi menu yang menjadi kegemaran saya di sini adalah kek keju. Tetapi hari itu tiada kek keju.

Saya cuba kek roll durian. Tidak menepati selera. Makan separuh sahaja.

Lokasi kedai di Jalan Suria 1, Bandar Seri Alam. Bangunan kedai bersebelahan Hospital Regency. Betul-betul di roundabout comel KFC itu.

Hari ini buka sampai pukul 10.30 malam. Bolehlah cuba.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Bengkel Santai Fonik Di Pontian

Bulan ini Bengkel Santai Fonik akan berada di Pontian pula.

Bengkel ini diadakan sempena Hari Kokurikulum di SK Pekan Nanas Pontian.

Dalam Bengkel Santai Fonik, peserta akan dapat:

  • Tips mengajar anak membaca awal

  • Mengenal bunyi, asosiasi aksi dan juga lagu Abu Ada Ayam

  • Pendedahan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku

  • Tips mengajar anak membaca dengan cepat, mudah dan seronok

  • Aktiviti membuat bahan bantu belajar yang mudah, murah tetapi praktikal.

Bengkel akan diadakan di SK Pekan Nanas, Pontian pada 27 Oktober 2017 dari jam 9 hingga 12 tengah hari.

Yuran penyertaan adalah RM40 termasuk bahan edaran dan sijil penyertaan.

Diskaun RM5 jika daftar berkumpulan (3 orang atau lebih).

Boleh daftar terus di link berikut

Bit.ly/fonikpontian

Bit.ly/fonikpontian

Bit.ly/fonikpontian

Atau

Whatsapps Azleen 0173329298

Whatsapps Azleen 0173329298

Whatsapps Azleen 0173329298

Pertemuan Lisensi Phonicsmart Cepat Membaca JDT Kali Pertama

Alhamdulillah, hari itu terlaksana juga hajat nak bertemu muka dengan lisensi-lisensi Phonicsmart Kelas Cepat Membaca JDT.

Walaupun tidak semua yang dapat hadir, almaklumlah ada yang sedang berpantang, ada yang berkursus, ada yang urusan keluarga, mana yang hadir pun sudah cukup gamat.

Berjumpa macam dah kenal bertahun-tahun. Macam-macam cerita. Masing-masing nak bercakap. Memang dasar cikgu, riuh sentiasa.

Walhal sebenarnya ada kalangan kami yang baru bersua muka kali pertama. Ianya tidak membantutkan usaha untuk beramah mesra dan saling mengenali.

Lima lisensi JDT yang hadir iaitu Puan Azlina Nawi dan Ustaz Fazli Ghazi dari Moffaz Readers Skudai, Cikgu Masturah A. Latib dari Magicphonics Austin Perdana, Cikgu Mida Hamdan dari SMART Edu Kulai, Cikgu Yanti Ibrahim dari Kelas Membaca Cikgu Yanti Kempas dan saya, Azleen dari Whiztots Pasir Gudang.

Berjumpa bukan sekadar berbual-bual dan makan-makan, ya, banyak makanannya dan sedap-sedap belaka. Kami sempat juga merancang kolaborasi aktiviti-aktiviti lisensi JDT untuk sehingga 2018.

InsyaAllah akan ada projek kolaborasi antara lisensi JDT yang akan merancakkan lagi dunia membaca kanak-kanak di bumi ini.

Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan dan InsyaAllah berniaga berjemaah itu lebih afdhal dan banyak manfaatnya.

No kontek lisensi ada pada gambar ya!

LITERASI BUKANLAH SATU ANUGERAH!

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Dari kiri: Cikgu Mida Hamdan (Kulai) 0197004473, Cikgu Yanti (Kempas) 01128654508, Cikgu Nor Azleen Abd Rahim (Pasir Gudang) 0173329298 dan Puan Azlina Nawi (Skudai) 0185958184.

Dari kiri: Cikgu Masturah A. Latib (Johor Bahru) 0197744613, Cikgu Yanti Ibrahim (Kempas) 01128654508, Puan Azlina Nawi (Skudai) 0185958184 dan Cikgu Mida Hamdan (Kulai) 0197004473.

Refleksi Diri Minggu 1 – 7 Oktober 2017

Hi, saya Azleen, berusia 38 tahun dan sekarang menetap di Pasir Gudang.

Saya sedang berusaha memajukan diri dalam beberapa aspek, jadi saya mengambil keputusan untuk membuat siri video refleksi diri ini supaya saya dapat melihat kembali sejauh mana pencapaian saya.

Saya akan berusaha merekod dan mengupload video refleksi ini setiap hari Sabtu.

Untuk minggu ini, saya telah membuat perancangan posting-posting di Facebook. Hasilnya ada saya kongsikan dalam video ini.

Sehingga kita berjumpa lagi dalam video refleksi diri minggu hadapan, salam hujung minggu dan selamat berehat.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy