• Suka Makan

    Resepi Ikan Panggang Limau

    Resepi asal guna salmon dan lemon, tapi saya guna apa yang ada 😄

    Dua tiga minggu ni salmon mahal, takde offer. 

    Paling murah RM29.99 sedangkan tahun lepas kalau time offer sampai RM24.99 sahaja.


    Bahan-bahannya:

    • Ikan
    • Limau
    • Black pepper coarse
    • Brokoli atau sayur pilihan lain

    Cara penyediaannya:

    1. Perah limau ke ikan.
    2. Letak serbuk lada hitam (dan garam jika suka).
    3. Panggang dalam magic pan.
    4. Brokoli diletak selepas ikan masak. Tutup pan dan tutup api jika tak mahu sayur lecuh.

    Selamat memasak.

    Sekian sahaja, dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy 😄

  • Suka Makan

    Rolled Oat vs Instant Oat

    Ada yang tanya adakah saya guna quaker oat kaler biru ke kaler merah?

    Dua-dua pun bukan..

    Oat kaler biru dan merah tu jenis instant oat.

    Saya gunakan rolled oat macam dalam gambar ni.


    Ini brand pristine. Selalunya saya gunakan yang ini.

    Tapi kali terakhir saya beli rolled oat ni, saya nampak quaker oat pun dah keluarkan rolled oat.

    Bolehlah cari di tesco jusco dan coco 🤣🤣🤣

    Selamat beroat!!

    Nor Azleen binti Abd Rahim

    Professional Mommy

  • Suka Makan

    Recipe Oat Omelette


    Bahan-bahan:

    • Rolled oat
    • 2 putih telur dan 1 kuning telur
    • Tomato
    • Pepper

    Cara penyediaan:

    1. Rendam rolled oat dengan air panas sehingga kembang. Toskan.
    2. Campurkan semua bahan.
    3. Masak atas kuali pan.


    Bila dah siap bolehlah dimakan.

    Saya suka taburkan garlic powder kat atasnya..

    Taaa daa..


    Selamat bersarapan..

    Nor Azleen Abd Rahim

    Professional Mommy

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Tandem Breastfeeding

    Saya stopkan bf Azmina waktu mengandung 4-5 bulan kerana tak tahan sakitnya dengan janji bila baby dah keluar kita sambung semula.

    Selepas bersalin saya cuba tawarkan kepada Azmina semula, tetapi dia enggan.

    Susu untuk baby katanya…

    Berkali-kali dengan pelbagai cara dipujuk tetap enggan.

    Hari ini, kerana risau Azmina kembali demam, saya trik dia bila dia minta susu.

    Instead of bancuhkan susu wildan untuknya, saya masukkan susu perahan tanpa beritahu apa-apa.

    Selepas habis, dia minta lagi..

    Saya tanya sedap ke? Azmina angguk dan senyum.

    Baru saya cakap itu susu mommy. Nak lagi?

    Azmina angguk dan senyum.

    Satu lagi botol susu mommy…

    Dua jam selepas itu, dia minta lagi susu – kali ini dengan abah.

    Abah bancuhkan susu wildan – waktu itu saya sedang memerah susu.

    Azmina ambil saja susu yang abah bancuh.

    Kemudian datang kepada saya dan tunjuk susu mommy.

    Tak mahu susu wildan, mahu susu mommy.

    Yeahhhh, mommy menang !!!!

    P.s: Kerja juga bertambah 😄

    Nor Azleen Abd Rahim
    Professional Mommy

  • Seni Ajar Membaca

    4 Tips Ajar Anak Autistik Membaca

    Saya nak bawa Afiah, Azmina dan Isyraq masuk Underwater World.

    Saya belanja anda 4 tips ajar anak autistik membaca dalam video ini.

    Sambil-sambil tengok perjalanan kami ke Langkawi.

    Maaf ni first time saya cuba rekod video di luar, suara ada bunyi hishing. Agak mengganggu, so saya attach skrip saya kat komen pertama ya..

    Next time saya akan cari mic yang sedappp untuk rekod bila berjalan kat luar..

    Dah ler, jom layan video ni..

    Nor Azleen Abd Rahim
    Professional Mommy

    P.s Nanti saya tag mana2 yang minta tag tempoh hari..

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Majlis Bercukur dan Akikah Nor Isyraq

     

    Majlis Bercukur dan Akikah Nor Isyraq.

    Takdelah majlis apa sangat pun hihi..

    Saya buat yang penting dan praktikal sahaja.

    Apapun, selesai sudah tuntutan untuk anak.

    Semoga membesar menjadi permta hati ayah bonda.

    Haaa gitu 😂

    Kita pergi cuti-cuti pulak sebelum mula kelas April ni.

    Oh ya, ada parents yang tarik diri tak dapat hantar anak ikut jadual kelas.

    So mungkin ada kekosongan untuk kelas Phonemic Awareness.

    Berminat? Whatsapps “FONIK” ke 0173329298.

    Boleh klik link ini juga http://www.wasap.my/+60173329298/fonik

    Nor Azleen Abd Rahim
    Professional Mommy